Catatan

Klik di sini untuk ke Sistem Semakan Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pengumuman

Imej
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Legasi

Quick update. Dulu, bila mula sampai di sini, tanam azam, agar kepulangan nanti adalah kepulangan yang dikenang orang. Maka, semangat untuk kerja sungguh-sungguh. Tinggal legasi, bak kata orang. Tapi, hari ini, bila kepulangan itu semakin hampir, tak lagi berazam hal yang sama. Kini, sangat harap, kepulangan nanti bukanlah kepulangan yang disedari. Gerak kerja tetap tak cacat, dan posisi kini ada yang mengganti. Yang ditinggalkan dapat bergerak terus tanpa terkesan.  Lebih cekap, lebih baik. Inilah yang saya belajar dari hidup. Setiap hari, ada pedoman yang boleh diteladani. Apa yang saya utarakan hari ini, esok nanti, mungkin berubah lagi. Harapnya Ar-Rahman akan menuntun ke arah yang lebih baik, amiin.

2012

2011 banyak berlaku kejadian tak terjangka. Full of surprises. Dan saya tak fikir 2012 akan dapat saya lalui dengan lebih mudah. Usia bertambah seiring dengan tanggungjawab. Tanggung sekarang, jawab kemudian. Bila di sana kelak. Ada beberapa perkara yang saya tunggu sepanjang 2012: 1. Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-13 2. Presiden baru Mesir 3. Pulang ke Malaysia Saya harap tuan-tuan turut doakan yang terbaik untuk semua orang. حسبنا الله ونعم الوكيل

Ancaman Facebook

Imej
Assalamualaikum wbt. Sudah lama saya biarkan blog ini tanpa tulisan baru. Memang disengajakan, untuk beri laluan kepada urusan yang lebih penting. Tapi hari ini ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Yang memaksa saya untuk meninggalkan sedikit pesan kepada tuan-tuan sekalian. Ancaman Facebook Semakin hari semakin banyak urusan kita bergantung dengan Facebook. Jika sebelum ini Facebook hanya digunakan untuk mencari kawan lama, kini ia menjadi alternatif kepada medan perbincangan menggantikan medan seperti e-mail group dan forum board . Bahkan untuk sesetengah situasi, adalah lebih mudah untuk menghubungi seseorang menggunakan Facebook Message berbanding SMS, e-mel dan selainnya. Satu asas yang penting dalam menggunakan teknologi yang patut kita semua pegang adalah, kita yang sepatutnya mengawal teknologi tersebut, bukan sebaliknya. Sesetengah orang begitu ghairah dengan respon yang mereka terima dari pengguna-pengguna Facebook yang lain sehinggakan terlupa bahawa d...

Ramadhan sepanjang tahun

Lama tak manfaatkan ruang ini. Tidak ada apa-apa yang berubah. Cuma kesan dari beberapa peristiwa buat saya mengambil beberapa posisi sementara menunggu situasi reda. الواجبات أكثر من الأوقات Fi'lan. Sebagai lelaki, pertambahan usia diiringi dengan pertambahan tanggungjawab. Tak hairanlah jika ada yang bertanya kepada sekelompok orang dewasa, "Siapa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak?" maka lelaki yang lebih cenderung untuk berkata 'ya'.

Hantar barang dari Mesir ke Malaysia

Syarikat Darul Bayan/Humaizi menawarkan khidmat penghantaran barang dari Mesir ke Malaysia melalui jalan air pada harga LE190 sekotak (kotak disediakan). Untuk makluman lanjut, sila hubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

Meraikan sebuah kemenangan

Alhamdulillah, selesai sudah sebulan madrasah Ramadhan. Pengalaman yang sangat berharga. Setiap Ramadhan menjanjikan pengalaman yang baru. Untuk melihat kehidupan dari sisi-sisi yang dilupakan. Selesai solat raya, amalan ziarah menziarahi mewarnai keindahan sepanjang hari lebaran. Terasa kehangatan dan kemesraan antara yang mengunjung dan yang dikunjung. Semua bergembira tanda meraikan sebuah kemenangan. Kemenangan yang memenangkan iman ke atas nafsu. Kemenangan yang memenangkan fitrah ke atas kebobrokan hasutan syaitan. Moga ia adalah kemenangan yang benar. Cabaran yang sebenar adalah mengekalkan kemenangan. Tak ada makna andai sebulan kemenangan disusuli dengan sebelas bulan kekalahan.

Salam Aidil Fitri, MZDB

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد Sempena Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam pada esok hari, saya mengucapkan, "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin," kepada: Mama, Baba, Kak Gee, Abang Zul, Abang Yed dan Kak Bae serta anak-anak di Kuala Terengganu Kak Nor dan Abang Tohir sekeluarga di Leeds Kak Wa dan Abang Fidli sekeluarga di Tanjung Malim Sakinah dan Najibah Jiran tetangga di Padang Air Keluarga besar Tok Ji di seluruh Malaysia Keluarga besar Tok We di seluruh Malaysia Kawan-kawan SKTJ Kawan-kawan SMKATJ Kawan-kawan SMAASZA Kawan-kawan di Mesir Kenalan sepanjang pengembaraan di Mesir, Yaman, Jordan, Syria, Turki, UK dan Malaysia Kenalan Internet Semoga keraian yang diraikan adalah untuk meraikan kemenangan, bukan untuk meraikan penyesalan. تقبل الله منا ومنكم كل عام وأنتم بخير MZDB

Revolusi Arab: Bila keadilan menemui jalan buntu

Tahun 2011 dikejutkan dengan Revolusi Arab yang tercetus di Tunisia yang kemudiannya merebak ke seluruh Timur Tengah. Mesir antara negara yang menerima perubahan yang besar kesan dari revolusi ini. Libya, Yaman dan Syria berdepan dengan kemelut yang bermandi darah, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan banyak harta benda. Campur tangan pihak luar Antara isu yang dimainkan adalah campur tangan pihak luar dalam menghangatkan revolusi ini. Terutamanya Libya yang kaya dengan minyak, dan Syria yang polisi luarnya yang selama ini mengancam keamanan Israel. Atas sebab ini masih ada sebahagian rakyat yang menyokong kerajaan walaupun dalam keadaan tidak dapat disembunyikan lagi penyelewengan mereka lakukan sebelum ini. Tiada pilihan lain Tetapi pemerintah sedia ada seakan-akan tidak menyediakan jalan lain kepada rakyat untuk melakukan perubahan. Ruang pilihanraya yang disediakan telah dicemari dengan penyelewengan yang akhirnya menatijahkan putus asa rakyat terhadap sistem tersebu...

Maaf...

Imej
Maaf, kerana terlalu manusia. :(

Tujuh belas

Malam ke-17. Setiap Ramadhan berbeza. Ramadhan kali ini juga berbeza. Ada pengalaman baru. Ada perasaan baru. Satu pengajaran yang sangat besar adalah, manfaatkan masa lapang, sementara masa sibuk datang. Persediaan awal Ramadhan bantu saya untuk tidak terlalu hanyut apabila tiba di tengah. Namun masih ada setengah lagi untuk disempurnakan. Sempurnakan dengan hati berat untuk melepaskannya pergi. Bukan sempurnakan dengan harapan ia cepat-cepat pergi. Yang itu lain.

Memudahkan yang rumit

Dalam memberi penerangan kepada orang lain tentang sesuatu perkara, kita akan cenderung untuk memudahkan bahan yang cuba kita sampaikan, supaya idea umum bahan tersebut dapat difahami pihak yang satu lagi. Proses memudahkan sesuatu yang asalnya rumit adalah proses yang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Sabar dalam memproses dan teliti supaya tidak keluar dari maksud sebenar. Dalam proses menerima penerangan daripada orang lain, kita akan cuba untuk dapatkan idea umum bahan tersebut, sebelum kita cuba memahami cabang-cabang. Sebab dengan pemahaman yang betul tentang idea umum akan membantu kita memahami cabang-cabang yang banyak tanpa diterangkan oleh pihak yang satu lagi. Proses memahami cabang-cabang penting kerana kebanyakkan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang realiti tidak disebutkan dengan jelas dalam idea umum. Juga penting untuk menguji tahap kefahaman terhadap idea umum. Jika betul cabang yang kita tunaskan, maka itu petanda bahawa kita mulai m...

Keajaiban Ramadhan

Imej
Ramadhan menunjukkan keajaibannya, sejak hari pertama. Pemuda berkerusi roda sedang iktikaf di Masjid Salam beberapa minit sebelum tiba waktu Isya'. Tazkirah antara terawih pada malam pertama Ramadhan.  Anak-anak Mesir digalakkan berkhidmat dengan kerja-kerja mudah seperti mengagihkan air kepada para jemaah sementara mendengar khutbah. Kita tak tahu berapa Ramadhan yang masih berbaki untuk kita. Manfaatkan Ramadhan yang ada. اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعفو عنا Ya Allah! Sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan Maha Pemurah, suka untuk mengampunkan, maka ampunkanlah kami.

Tahniah, kakak!

Imej
Lapang dada melihat gambar-gambar konvokesyen adik saya di UPSI. Kepuasan terzahir pada wajah Mama, Baba dan adik-beradik lain. Tahniah, kakak! Moga kejayaan ini memberi inspirasi kepada ramai orang. Nama panggilannya 'kakak' walaupun dia adik. My hero with his heroin. Handsome and 'phretty' as always. :) Depan rumah Kak Wa di Tanjung Malim. Mr. Photographer Alhamdulillah. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Ad-Duhaa: 11)

Izzah bukan sombong

Terdiam sekejap kawan saya bila saya nyatakan, "Itu bezanya orang belajar agama." Mungkin kedengaran sombong. Tapi, sebenarnya bukan sombong. Tetapi izzah. Izzah berdiri di tengah-tengah antara sombong dan tidak yakin diri. Berasa izzah dengan ilmu yang ada adalah sifat yang terpuji, kerana ia mendorong kepada pemeliharaan ilmu dan membangkitkan keinginan untuk mendalami ilmu. Dan penuntut ilmu ada adab-adab yang perlu dihalusi. Maka izzah itu bukan sekadar semboyan. Ia disusuli dengan banyak perkara. Banyak agenda. Ia bertitik tolak dari firman Allah subhanahu wa taala: قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar: 9) Begitu juga dengan iffah. Menjaga kehormatan diri bukanlah sombong. Bahkan ia adalah tuntutan. Firman Allah subhanahu wa taala ketika menerangkan ciri-ciri mukmin yang berjay...

Basyir

Jumpa Basyir tadi. Kenalan dari Thailand. Jumpa di Tarim, Yaman pada musim panas tahun 2006. Entah kenapa beria-ia saya tegur dia tadi. Padahal saya bukanlah jenis yang ramah sangat. Pada awalnya saya tak dapat ingat di mana saya jumpa dia. Bahkan saya menebak bahawa namanya Ibrahim. Terus terang, saya hanya ingat muka dia.

New dashboard!

Imej
Setelah sekian lama menanti...

Kering

Kering. Itu saja perkataan yang saya jumpa untuk wakilkan apa yang saya rasakan sekarang. Mungkin tak tepat.

Ayat-ayat pilihan (9/6/2011)

Surah Al-A'raf 7:155 - Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.