Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Ziarah

Bola mingguan ada perubahan. Setiap orang diberi team masing-masing. Walaupun belum sepenuhnya dibahagikan, nampak harapan untuk baiki permainan selepas ini. Oleh kerana malamnya tak tidur, paginya main bola, maka saya mencari ruang untuk tidur sebelum Solat Jumaat. Rugi rasanya kalau tertidur ketika khutbah. Alhamdulillah, walaupun sejam sahaja tidur, dengan lampu tertutup, kipas terpasang dan suasana pun tenang, cukup sebagai bekal untuk hari itu. Rejab Tak tersedar bahawa sudahpun menjejak bulan Rejab. Bulan yang banyak kelebihan yang telah dijanjikan Allah Subhanahu wa Taala. Ramai yang berebut-rebut untuk berpuasa pada bulan ini walaupun cuaca sangat panas. Dengan suhu berlegar sekitar 30-40 darjah celcius, puasa di bulan ini sangat menguji keimanan. Apatah lagi jika terpaksa berurusan di luar rumah. Siang di musim panas sejam lebih panjang berbanding siang di musim sejuk. Itu di Mesir. Tempat lain, lain pula kiraannya. Teringin untuk berpuasa di bulan Rejab walaupun sehari. Ziara

Tak dapat lelapkan mata

Tak dapat lelapkan mata malam ini. Tiba-tiba rindukan keluarga. Rupa-rupanya hari ini sudah hari Jumaat. Hari biasa saya telefon keluarga di Malaysia. Apa khabar mereka di sana? Lambat Seminggu ini terasa bergerak dengan lambat. Terasa sangat lama sudah tidak bertanya khabar keluarga. Terakhir saya berbicara sebentar dengan A.yed yang sedang mencari barang, dan K.nor yang menceritakan semua yang berlaku di rumah. Juga sekejap dengan Kina sebelum talian terputus. Tak sempat berbicara dengan Mama dan Baba. Rindu.  Keliling Kaherah Dua hari lepas Salman ajak saya untuk temankan dia bawa kawan-kawan dari UK keliling Kaherah. Kami ke maqam Al-Banna, maqam Imam Syafie, Masjid Sultan Hassan dan Masjid Ar-Rafie, makan di restoren Yaman sebelum melihat sekitar piramid. Saya memilih untuk tidur di ARMA. Aqad nikah Zaizul Siang tadi, berlangsungnya majlis aqad nikah Zaizul Irsyadi Zaman dengan pilihan hatinya Fahimah. Berpeluh-peluh saya mengambil video majlis. Sama ada peng

Blogger yang bagus

Aaa~ alhamdulillah... Beberapa hari berlalu tanpa sebarang post. Rasanya saya perlu mula menulis kembali sebelum blog ini dipenuhi habuk. Hehe. Maka berpusing-pusinglah kepala ini mencari inspirasi apakah yang akan dituliskan kali ini. Sebetulnya semalam dah ada beberapa idea. Tapi ia agak skema dan bosan. Cuba anda jawab soalan ini. Apakah ciri-ciri blogger yang bagus? Setelah berfikir panjang, saya berjaya senaraikan beberapa ciri. Jika anda ada tambahan boleh kemukakannya di ruangan komen. Terima kasih. 1. Bertanggungjawab. Blogger harus bertanggungjawab dengan apa yang disiarkannya. Tanggungjawab ini terbahagi kepada dua. Dunia dan akhirat. Bertanggungjawab di dunia bererti dia tidak menulis sesuatu yang melanggar undang-undang. Sekiranya berlaku, dia harus cepat-cepat meminta maaf atau dia akan terdedah kepada bahaya saman-menyaman oleh pihak yang terbabit. Bertanggungjawab di akhirat pula bererti blogger juga mestilah memilih kandungan yang tidak mendatangkan kemurkaan A

Pakcik

Saya perhatikan wajah tenang seorang pakcik di masjid. Di bibirnya terukir senyuman. Namun di dahinya bersirat dengan kedutan-kedutan. Lambang lautan pengalaman hidup yang ditempuhinya. Dia berjalan perlahan-lahan untuk meletakkan Al-Quran di tempat asalnya. Sebelumya saya sempat mengintai dan saya dapati dia baru selesai membaca juzu' terakhir. Apabila dia kembali ke tempat dia duduk sebentar tadi, dia dapati tempatnya sudah diisi anak muda yang sedang solat sunat. Saya nampak dia cuba juga untuk mencari tempat untuk mencelah dan duduk, namun tidak berjaya. Dengan tenang dia mendekati saya dan duduk di sebelah saya yang sedang bersandar di tiang masjid. Tubuh meminta rehat setelah berjalan agak jauh hari ini. Hati kecil saya menyimpan kagum pada pakcik tua tadi. Pertama, wajahnya yang tenang sungguhpun saya tahu bahawa kehidupan di Mesir ada banyak perkara untuk dikeluhkan. Kedua, ikatannya dengan Al-Quran. Satu hal yang tidak dapat siapa nafikan bahawa orang Mesir memang ba

Alhamdulillah...

Alhamdulillah. Selesai berbual panjang dengan K.nor. Banyak yang kami kongsikan. Dari hati ke hati. Pada saya, keluarga adalah supporting team yang paling kuat. Terima kasih semua. Kerdil rasa diri tanpa kalian. Selesai ujian di universiti, saya dah rakan-rakan dihadapkan pula dengan ujian kehidupan yang lebih pelbagai dan markahnya sangat subjektif. Banyak yang saya pelajari. Namun, tatkala ego mula cuba untuk mendabik dada bahawa saya sudah banyak pengalaman, tatkala itu juga saya disedarkan bahawa orang lain lebih hebat pengalaman mereka. Pengalaman adalah ilmu yang tidak dapat dibeli. Tidak juga dengan membaca, kerana memahami tidak menderitai. Alhamdulillah atas kurnianya. Tiada niat yang lebih suci untuk saya tuliskan hal ini melainkan demi menzahirkan sebuah kesyukuran rasa hidup bertuhan. Kadang-kadang ketika menghadapi masalah, kita tidak jumpa penyelesaiannya. Buntu. Itu kerana kita masih di pertengahan jalan. Masih belum berjumpa dengan simpang. Bila sudah berdepan dengan s

Al-Fatihah buat Saudara Ammar

Sebetulnya saya tak mengenali Allahyarham secara dekat. Malah, rasanya tidak pernah bersua muka di bumi Mesir ini. Namun, pengenalan yang dibuat kawan-kawan buat saya tenang dan senang hati bila dapat tahu tentang ketinggian akhlaknya. Tentu, yang paling sukar menerima pemergian Allahyarham ialah ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat. Apatah lagi yang turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Tiada ucapan yang mampu saya ucapkan melainkan kalimah sabar. Itupun setelah mengetahui betapa sabarnya kalian menempuhi ujian ini. Saya tiba di ARMA dengan fikiran yang kosong. Tidak tahu apa yang harus saya rasa, apa yang harus saya fikirkan. Namun, tiba-tiba perasaan sebak menjentik hati kecil saya apabila terlihat wajah kawan-kawan dari muhafazah yang jauh turut hadir untuk menyempurnakan solat jenazah. Ini hal yang tidak boleh ditipu dan dibuat-buat. Pemergian orang yang baik-baik akan dihadiri dan ditangisi ramai orang. Hari ini, kita semua mendapat tazkirah penting tentang ert

Post segera: Edisi ringkas

Sementara menunggu teman serumah keluar bilik air, tulis post sikit. Beberapa hari ini saya menerima beberapa tempahan untuk baiki komputer. Sesuai dengan iklan di YM. Namun, ia tak seindah dan semudah yang disangka. Setiap laptop dan PC ada ciri-cirinya yang tersendiri. Hanya pemiliknya yang tahu luar dan dalam sistem masing-masing. Oh, dia sudah keluar. Saya terpaksa berhenti di sini.

Padah gopoh

Saya menaiki bas menuju ke Abbasiyyah. Saya duduk di kerusi kegemaran saya. Setentang dengan pintu belakang. Bas di Mesir kebanyakkannya ada tiga kerusi untuk setiap baris. Dua di sebelah kanan, satu di sebelah kiri. Saya pilih kerusi itu kerana ada tempat untuk saya rehatkan kaki. Lumrah bas di sini pula, pemandu bas tidak akan hentikan bas sepenuhnya jika penumpang turun. Begitu juga jika penumpang naik. Kaki terseret? Ketika di Haiyu Sadis kedengaran bunyi bising dari belakang bas. Semua kecoh. Rupa-rupanya ada penumpang yang terseret. Kakinya belum pijak tangga bas. Dalam masa yang sama tangannya berpaut pada pemegang bersebelahan dengan tangga. Saya tak nampak keadaannya sepenuhnya. Maka saya bayangkan kakinya terseret di jalan! Penumpang yang lain memekik supaya pemandu bas berhentikan bas. Ajaibnya, lelaki tersebut tidak ada sebarang luka. Seluarnya pun tak koyak. Dia pakai kasut kulit. Di tangannya ada beg plastik berisi engsel besi. Saya betulkan semula imaginasi saya

Antara halangan dan cabaran

Baca semula novel Ayat-Ayat Cinta di musim panas memang mengesankan. Poket kering Anda tidak tahu apa yang anda miliki hingga nanti anda kehilangannya. Beberapa hari sebelum ini diuji dengan kekurangan wang. Rasanya bukan sebab boros. Tapi tersilap tadbir. Terlalu cepat bayar bil yang sepatutnya boleh dibayar kemudian. Namun, banyak pengajaran terselit di sepanjang hari-hari tersebut. Dapat lihat dengan jelas dan pasti mana satu keperluan mana satu kehendak dan mana satu nafsu semata-mata. Dapat mengenalpasti hal ini boleh memberikan pedoman yang lurus kepada seseorang dalam berbelanja. Apa yang patut dan apa yang tak patut. Alhamdulillah. Semalam selesai masalah poket kering. Halangan atau cabaran? Cadang nak telefon Malaysia pagi ini. Tapi dihalang dengan beberapa halangan. Teringat suatu masa dahulu saya pernah bertanya kepada seorang kawan, "Macam mana nak tahu sesuatu masalah tu, sebenarnya Allah nak sekat kita dari buat sesuatu atau sengaja nak uji sejauh man

Satu lagi tazkirah buat hari ini

Sementara menunggu solat Isya', tulis blog sekejap. Rugi kalau tertidur sekarang. Malam pendek. Isya' agak lewat dalam masa yang sama Subuh agak awal. Sebab itu ada yang memilih untuk berjaga malam dan tidur selepas Subuh. Saya tetap kena tidur malam. Berjaga ada kesan sampingannya yang negatif. Lapang, bukan lapan* Dalam kelapangan hari-hari selepas imtihan, rupa-rupanya pelajar perubatan baru saja memulakan imtihan bertulis mereka. Sebelumnya imtihan amali. Selepas ini imtihan syafawi. Sungguhpun bosan, sepatutnya saya hargai kelapangan yang ada. Sememangnya kehidupan seperti ini. Ada waktu bosan sangat-sangat, ada waktu sibuk sangat-sangat. Hargai kedua-duanya dan anda akan dapat rasai nikmatnya. Bukannya dengan mengeluh sibuk di kala sibuk, mengeluh bosan di kala bosan. Sungguhpun diciptakan manusia itu penuh keluh kesah, namun ia fitrah yang negatif. Untuk dihindari. Mengeluh Teringat pengalaman di Yaman. Sesetengah kita senang mengeluh dengan kata-kata, "Aaaa

Percikkan hidayah

Percikkan hidayah ada di mana-mana. Hari ini berpeluang untuk ditegur soal berkata-kata. Intipatinya, kurangkan bercakap hal yang tidak mendatangkan faedah walaupun tidak dikategorikan kepada dosa. Kerana terlalu banyak membuat hal yang harus boleh membawa kepada perkara yang haram. Khutbah Jumaat pula berpesan tentang peperiksaan. Betapa pentingnya peperiksaan, usaha untuk melepasinya dengan berjaya dan apa gunanya kejayaan itu. Semua dikupas dengan sabar oleh khatib. Namun, setekun manapun kita dengan ujian di dunia, seharusnya kita dahulukan ujian untuk ke akhirat. Maksud saya, persiapan menuju ke sana. Saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan kelapangan selepas peperiksaan. Rasa terlalu mensia-siakan masa bila tidak buat apa-apa. Namun, tak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan. Untuk itu, kepada sesiapa yang ada masalah dengan laptop dan PC mereka, bolehlah hubungi saya. Begitu juga jika anda perlukan khidmat designer untuk sebarang urusan, boleh juga hubungi saya. Untuk lain

Tak sangka

Post yang lalu inspirasinya semalam. Tak sangka tengah hari ini diajak untuk menyempurnakan solat jenazah. Saya tak mengenali Allahyarham. Perempuan. Katanya rombongan umrah dari Malaysia, singgah di Mesir sebelum masuk ke tanah suci. Siapa sangka ajalnya di sini. Hati bergetar bila melihat kelibat yang saya fikir suami dan anak Allahyarham. Pun begitu, mereka kelihatan tenang. Bersama-sama kami pegawai-pegawai Malaysia yang berkaitan. Kebetulan buat hidup lebih bermakna. Kadang-kadang lebih misteri. Semoga kita akan sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi hari terakhir kita di dunia ini. Bak kata pejuang Islam, "Saat kelahiranku aku menangis dan orang lain gembira. Biarlah saat kematianku aku gembira sedang orang lain menangis."

Mari berfikir sejenak

Mari berfikir sejenak. Bayangkan jika talian Internet tiba-tiba terputus. Mungkin akan sedikit serabut. Tetapi OK lagi. Komputer masih boleh digunakan. TV pun ada. Maka hidup tetap tak bosan. Bayangkan pula jika komputer dan TV tak ada. Telefon bimbit ada. Boleh hubungi kawan-kawan. SMS mereka. Atau main permainan yang sedia ada dalam telefon bimbit. Masih tak bosan. Bayangkan pula telefon bimbit tak ada. Mungkin dah tiba masanya kembali kepada buku. Baca buku untuk hilangkan rasa bosan. Bayangkan pula jika tiada sebuah pun buku di sekeliling anda. Mungkin masa ini baru terdetik dalam hati anda untuk menulis. Paling tidak, ia menjadi hiburan buat diri sendiri. Bayangkan jika tiada satu pun bahan untuk anda menulis. Tiada pen. Tiada kertas. Masih lagi boleh berjumpa kawan-kawan dan lakukan aktiviti bersama-sama. Bayangkan jika anda keseorangan tanpa kawan-kawan. Masih lagi ada keluarga. Mungkin tak boleh bermain sama-sama, tetapi masih boleh buat banyak perkara bersama-sama. Bay

K OK ke?

"K OK ke?" Pertanyaan ini terpacul di mulut K.wa sebaik saja kami berbalas pantun salam. Saya terpana seketika. Apa yang membuatkan soalan ini muncul tanpa disuruh? Apa yang sudah saya buat? Inilah bahaya misscommunication . Sama ada dalam bentuk silap faham atau terputus hubungan, kedua-duanya ada kesan buruk terhadap hubungan; keluarga dan kawan. Saya akan cuba lebih berhati-hati dalam menyampaikan emosi saya lain kali. Nampaknya saya perlu khatamkan kembali buku Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual. Biar tutur kata saya berseni. Tersusun rapi dan kemas. Down to Earth. Mungkin saya terlalu berani bermimpi hingga ke langit sedang kaki terpasak di bumi. Saya akui saya degil. Bila saya kata saya akan buat, saya akan cuba sampai tak boleh. Sebab biasanya saya cuba hal yang saya tak boleh buat. Maka terbuktilah bahawa saya benar-benar tak boleh. Maka, maafkan saya jika cakap saya terlalu berani dan berapi-api. Padahal saya tak mampu. Ada satu nuansa yang berbeza bila kita cuba

Rocket science

World's Toughest Fixes , salah satu siri rancangan di bawah jenama National Geographic Channel kali ini memaparkan bagaimana usaha jurutera-jurutera dalam membina dan melancarkan sebuah roket ke angkasa. Walaupun sekadar menonton sedutan ringkas rancangan yang bertajuk Rocket Science itu, jelas menggambarkan betapa rumitnya proses membina sebuah rekacipta yang sangat besar. Bayangkan sebuah roket yang setinggi bangunan 12 tingkat, yang sarat dengan alatan yang berteknologi tinggi, dengan kualiti yang terbaik, dibina dalam tempoh yang lama, akhirnya diuji keberhasilannya dalam masa hanya 10 saat. Dalam video tersebut ditunjukkan juga bagaimana pihak berkuasa menjaga keselamatan kawasan tersebut. Apa yang lebih menarik, penggambaran dilakukan di French Guiana. Maka, saya tujukan post kali ini kepada kamu, Thaaqib . Ia tentang fizik dan Guiana .

Melegakan...

Alhamdulillah. Dapat berbicara sebentar dengan Kina tadi agak melegakan. Berbanding dua hari yang lepas, kali ini ia lebih baik sebab tidak terburu-buru mengejar masa. Maka, segala butiran boleh diberikan dengan jelas. Segala emosi dapat ditonjolkan dengan benar. Walaupun ada sedikit masalah talian kurang jelas. Namun, saya tamatkan perbualan dengan hati yang puas. Sebetulnya, saya kehilangan rentak untuk mengemaskini blog ini. Macam banyak benda nak dibuat, tapi satu pun tak terbuat. Gaya tulisan saya pun kaku. Tambah tiada isi yang kuat untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Saya tetap menulis ini pun sekadar untuk kembali mendapatkan rentak menulis. Bagaimana menyambungkan idea demi idea ke dalam bentuk yang mudah dan indah. Oh ya. Saya ada janji yang belum ditepati. Mai meminta saya hebahkan bahawa dia sekarang ini sedang giat mengedarkan Alpha Lipid kepada sesiapa sahaja yang berminat. Kalau tak silap, Mama saya sendiri menggunakan produk ini dan turut mengedarkannya kepada kaw

Khidmat baiki komputer dan laptop

Saya dah selesai exam. Orang lain belum. Maka, saya tak boleh bertindak sesuka hati mengganggu kehidupan orang lain. Untuk itu, saya tawarkan di sini khidmat membaiki komputer dan laptop kepada sesiapa sahaja yang sedang berdepan dengan masalah. Untuk sebarang urusan, sila hubungi saya di talian +20105841265 atau rdhanawang[at]yahoo.com (YM dan e-mel). Terima kasih.

Laporan Mei 2009

10 artikel yang paling kerap dikunjungi sepanjang Mei 2009: 1. Rukun Islam dan rukun Iman 2. 5 rukun khutbah Jumaat 3. Doa lembutkan hati anak 4. Warkah buat kawan yang gundah 5. Kanser tiroid 6. Laporan April 2009 7. Sebuah laptop sebuah cerita: Compaq Presario V3000 8. 16 perkara tentang haji dan umrah 9. Muraqabah dan taqwa 10. Terima kasih, kawan! 10 blog yang menyumbang kunjungan tertinggi sepanjang Mei 2009: 1. Cucu Dagang [kekal] 2. Munauza At-Takiri [kekal] 3. Pena Hafiy [kekal] 4. Raqaiq [kekal] 5. Tinta Aisya [baru] 6. Mairanai Story [baru] 7. Azan Subuh Khamis [-1] 8. Cyids [-1] 9. Wahyu Suci [baru] 10. Aiyrie [baru] Kepada pemilik blog-blog di atas, anda boleh paparkan Anugerah Buku Nota: Blog Pilihan Mei 2009 dengan masukkan kod di bawah pada blog anda. Bagi pengguna Blogger , anda boleh pilih HTML/Javascript pada ruangan Add a gadget di laman Page Elements. <a href="http://rdhanz.blogspot.com/2009/06/laporan-mei-2009.html"><img src="http:

Selamat jalan...

Badan masih lenguh-lenguh. Ikutkan hati nak sambung tidur lagi. Apakah yang lebih enak selain tidur bila semuanya dah selesai? Exam sudah. Baiki laptop U.pit pun sudah. Hantar U.pit ke airport pun sudah. Tapi, rasanya tidur dah cukup. Kalau ditambah lagi jadi lain pulak. Saya kata pada diri saya, takkan sentuh blog jika tak siap baiki laptop U.pit. Maka saya terkial-kial seharian semalam menyiapkannya. Mujur tak terlalu susah. Alhamdulillah, menjelang malam, semuanya selesai. Bila malam menjelma, rumah kami dipenuhi tetamu. U.pit balik Malaysia malam ini setelah tinggal sebulan bersama kami. Sebelumnya, hidup kami memang betul-betul orang bujang. Peti ais tak ada bahan untuk memasak kerana kami selalu makan di kedai. U.pit datang dan perbaharui keadaan ini. Memasak dan makan ramai-ramai memang lebih mesra. Saya pinjam semangat U.pit untuk belajar. Saya selalu intai bilik dia, kalau nampak dia sedang belajar, maka saya pun belajar. Bila dengar suara dia menghafal, saya pun turut