Antara halangan dan cabaran

Baca semula novel Ayat-Ayat Cinta di musim panas memang mengesankan.

Poket kering

Anda tidak tahu apa yang anda miliki hingga nanti anda kehilangannya. Beberapa hari sebelum ini diuji dengan kekurangan wang. Rasanya bukan sebab boros. Tapi tersilap tadbir. Terlalu cepat bayar bil yang sepatutnya boleh dibayar kemudian.

Namun, banyak pengajaran terselit di sepanjang hari-hari tersebut. Dapat lihat dengan jelas dan pasti mana satu keperluan mana satu kehendak dan mana satu nafsu semata-mata. Dapat mengenalpasti hal ini boleh memberikan pedoman yang lurus kepada seseorang dalam berbelanja. Apa yang patut dan apa yang tak patut.

Alhamdulillah.

Semalam selesai masalah poket kering.

Halangan atau cabaran?

Cadang nak telefon Malaysia pagi ini. Tapi dihalang dengan beberapa halangan. Teringat suatu masa dahulu saya pernah bertanya kepada seorang kawan, "Macam mana nak tahu sesuatu masalah tu, sebenarnya Allah nak sekat kita dari buat sesuatu atau sengaja nak uji sejauh mana kita nakkan perkara tersebut?"

Dia jawab. "Jika perkara itu kebaikan, maka ia cabaran. Jika perkara itu maksiat dan dosa, maka ia halangan." Hari itu, saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

Tapi hari ini saya perlukan lebih penjelasan...

Ulasan

  1. kalau baca ayat2 cinta di musim panas,mesti semangat dah berkobar2 nak gi talaqqi..kalau nak gi ajak2 la..hehe

    tak pun semangat nak cari aisyah dalam metro..

    BalasPadam
  2. @Munawwar: Cari Aisyah? Nak kena bertekak dulu baru dapat kawan dengan Aisyah... Tak sanggup ah! Haha.

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Cara meninggalkan komen di blog