Tak sangka

Post yang lalu inspirasinya semalam. Tak sangka tengah hari ini diajak untuk menyempurnakan solat jenazah. Saya tak mengenali Allahyarham. Perempuan. Katanya rombongan umrah dari Malaysia, singgah di Mesir sebelum masuk ke tanah suci. Siapa sangka ajalnya di sini.

Hati bergetar bila melihat kelibat yang saya fikir suami dan anak Allahyarham. Pun begitu, mereka kelihatan tenang. Bersama-sama kami pegawai-pegawai Malaysia yang berkaitan.

Kebetulan buat hidup lebih bermakna. Kadang-kadang lebih misteri. Semoga kita akan sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi hari terakhir kita di dunia ini.

Bak kata pejuang Islam, "Saat kelahiranku aku menangis dan orang lain gembira. Biarlah saat kematianku aku gembira sedang orang lain menangis."

Ulasan

  1. Kematian berlaku d'mana2, x kra tmpat..x kra siapa..Sudahkh kta b'sedia? trm ksh ats jejak m'bina dr saudara.

    BalasPadam
  2. @Al-Faqir Ilallah: Sama-sama.

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Cara meninggalkan komen di blog