Pakcik
Saya perhatikan wajah tenang seorang pakcik di masjid. Di bibirnya terukir senyuman. Namun di dahinya bersirat dengan kedutan-kedutan. Lambang lautan pengalaman hidup yang ditempuhinya. Dia berjalan perlahan-lahan untuk meletakkan Al-Quran di tempat asalnya. Sebelumya saya sempat mengintai dan saya dapati dia baru selesai membaca juzu' terakhir.
Apabila dia kembali ke tempat dia duduk sebentar tadi, dia dapati tempatnya sudah diisi anak muda yang sedang solat sunat. Saya nampak dia cuba juga untuk mencari tempat untuk mencelah dan duduk, namun tidak berjaya. Dengan tenang dia mendekati saya dan duduk di sebelah saya yang sedang bersandar di tiang masjid.
Tubuh meminta rehat setelah berjalan agak jauh hari ini.
Hati kecil saya menyimpan kagum pada pakcik tua tadi. Pertama, wajahnya yang tenang sungguhpun saya tahu bahawa kehidupan di Mesir ada banyak perkara untuk dikeluhkan. Kedua, ikatannya dengan Al-Quran. Satu hal yang tidak dapat siapa nafikan bahawa orang Mesir memang banyak membaca Al-Quran. Bahkan bukanlah sesuatu yang janggal untuk mendengar bacaan Al-Quran dialunkan dalam kenderaan pengangkutan awam dan kedai-kedai. Ketiga, kehadirannya untuk solat berjemaah. Mesir membuka ruang yang sangat luas untuk iltizam dengan solat berjemaah kerana masjidnya banyak.
Apabila iqamah dilaungkan, semua ahli jemaah bangun mengisi ruang.
Selesai solat, pakcik itu hilang dari pandangan.

alhamdulillah..tenang n damainya biah sebegitu..agak2 bila malaysia akan menjadi sebegitu?
BalasPadam@AnjeRuby: InsyaAllah, suatu hari nanti...
BalasPadambegitulah sifat yang ada pada seorang mukmin...apabila hatinya sentiasa pada yang Esa...segala masalah dan ujian dihadapi dengan sabar dan redha...juga hatinya yang sentiasa dipujuk rayu oleh kalam2 Allah yang maha menyentuh jiwa serta kalbu...baarakallahufiik....
BalasPadamsama-samalah doa Malaysia akan berubah biahnya seperti mesir...
@Kembara: Amiin ya Rabb!
BalasPadamAwak...
BalasPadamsaya tenang baca entri ni..
terima kasih..!
@Seri Lyana: Baguslah...
BalasPadam