Selamat jalan...

Badan masih lenguh-lenguh. Ikutkan hati nak sambung tidur lagi. Apakah yang lebih enak selain tidur bila semuanya dah selesai? Exam sudah. Baiki laptop U.pit pun sudah. Hantar U.pit ke airport pun sudah. Tapi, rasanya tidur dah cukup. Kalau ditambah lagi jadi lain pulak.

Saya kata pada diri saya, takkan sentuh blog jika tak siap baiki laptop U.pit. Maka saya terkial-kial seharian semalam menyiapkannya. Mujur tak terlalu susah. Alhamdulillah, menjelang malam, semuanya selesai.

Bila malam menjelma, rumah kami dipenuhi tetamu. U.pit balik Malaysia malam ini setelah tinggal sebulan bersama kami. Sebelumnya, hidup kami memang betul-betul orang bujang. Peti ais tak ada bahan untuk memasak kerana kami selalu makan di kedai. U.pit datang dan perbaharui keadaan ini. Memasak dan makan ramai-ramai memang lebih mesra.

Saya pinjam semangat U.pit untuk belajar. Saya selalu intai bilik dia, kalau nampak dia sedang belajar, maka saya pun belajar. Bila dengar suara dia menghafal, saya pun turut menghafal.


Kami tiba di lapangan terbang jam 12.00 am. Penerbangan dijadualkan jam 4.50 am. Bererti kaunter check-in akan dibuka pada jam 1.50 am. Oleh kerana kepenatan, saya cuba untuk tidur di setiap tempat yang kami duduk. Bila tiba masanya, kami bersalam-salaman buat kali terakhir dan tunggu isyarat darinya setelah selesai menimbang barangan kargo.


Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.


Semalam bergelak ketawa di lapangan terbang. Pagi ini terasa sunyi pulak. Nak buat apa, ya? Baiki komputer ni la pulak.

Ulasan

  1. Emm...dah nk mula musim pulang bercuti.di Malaysia pun skrg ni cuaca tak menentu.mgu ni panas terik.mgu lepas diselangi dgn ribut petir pd waktu ptg.Ana pcaya tahun ni ramai student kite di Mesir akan pulang bercuti.dan anatara alasan yg pling konkrit,bln puasa adalah pd sbhgn drpd musim panas.fuh!cmne rsnye berpuasa pd suhu 40'C dan berbuka pd jam 8 mlm?masyaAllah,besar ganjaran bg mereka yg sabar.Buku Nota tak balik ke cuti ni?

    BalasPadam
  2. @Fitrie Muhammad: Hati-hati dengan cuaca yang tak menentu. Mudah untuk jatuh sakit. Tahun ni ramai yang balik Malaysia. Tinggal beberapa kerat saja yang tak balik. Puasa di musim panas memang mencabar. Kena kurangkan aktiviti di siang hari. Saya balik atau tidak? Tunggu result maa~

    BalasPadam
  3. waaa..ust pit da balik.sedih3..huhuhu

    BalasPadam
  4. @Munawwar: Sunyi je rumah kitorang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit