Rocket science

World's Toughest Fixes, salah satu siri rancangan di bawah jenama National Geographic Channel kali ini memaparkan bagaimana usaha jurutera-jurutera dalam membina dan melancarkan sebuah roket ke angkasa. Walaupun sekadar menonton sedutan ringkas rancangan yang bertajuk Rocket Science itu, jelas menggambarkan betapa rumitnya proses membina sebuah rekacipta yang sangat besar.

Bayangkan sebuah roket yang setinggi bangunan 12 tingkat, yang sarat dengan alatan yang berteknologi tinggi, dengan kualiti yang terbaik, dibina dalam tempoh yang lama, akhirnya diuji keberhasilannya dalam masa hanya 10 saat.

Dalam video tersebut ditunjukkan juga bagaimana pihak berkuasa menjaga keselamatan kawasan tersebut.

Apa yang lebih menarik, penggambaran dilakukan di French Guiana. Maka, saya tujukan post kali ini kepada kamu, Thaaqib. Ia tentang fizik dan Guiana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit