Alhamdulillah...
Alhamdulillah. Selesai berbual panjang dengan K.nor. Banyak yang kami kongsikan. Dari hati ke hati. Pada saya, keluarga adalah supporting team yang paling kuat. Terima kasih semua. Kerdil rasa diri tanpa kalian.
Selesai ujian di universiti, saya dah rakan-rakan dihadapkan pula dengan ujian kehidupan yang lebih pelbagai dan markahnya sangat subjektif. Banyak yang saya pelajari. Namun, tatkala ego mula cuba untuk mendabik dada bahawa saya sudah banyak pengalaman, tatkala itu juga saya disedarkan bahawa orang lain lebih hebat pengalaman mereka.
Pengalaman adalah ilmu yang tidak dapat dibeli. Tidak juga dengan membaca, kerana memahami tidak menderitai. Alhamdulillah atas kurnianya. Tiada niat yang lebih suci untuk saya tuliskan hal ini melainkan demi menzahirkan sebuah kesyukuran rasa hidup bertuhan.
Kadang-kadang ketika menghadapi masalah, kita tidak jumpa penyelesaiannya. Buntu. Itu kerana kita masih di pertengahan jalan. Masih belum berjumpa dengan simpang. Bila sudah berdepan dengan simpang, di situ kita akan diberi pilihan penyelesaian masalah. Pilihannya sama ada pahala atau dosa. Atau pilihannya antara tepat dan tidak tepat.
Buat kawan-kawan yang ditimpa kesusahan, saya doakan agar Allah Subhanahu wa Taala akan kurniakan kekuatan kepada kalian. Ada ketika kita perlu menangis, maka menangislah. Kita punya banyak sebab untuk bersedih, namun kita yang memilih air mata kita untuk siapa. Semoga dilimpahi rahmat dari Allah.
Wassalam.

ya..airmata itu mmg perlu,namun tangisan itu juga penting difikirkan kpd siapa dan untuk apa...
BalasPadam@Ummu Masyitah: Pengalaman mengajar saya tentang perkara ini.
BalasPadam