Padah gopoh

Saya menaiki bas menuju ke Abbasiyyah. Saya duduk di kerusi kegemaran saya. Setentang dengan pintu belakang. Bas di Mesir kebanyakkannya ada tiga kerusi untuk setiap baris. Dua di sebelah kanan, satu di sebelah kiri. Saya pilih kerusi itu kerana ada tempat untuk saya rehatkan kaki.

Lumrah bas di sini pula, pemandu bas tidak akan hentikan bas sepenuhnya jika penumpang turun. Begitu juga jika penumpang naik.

Kaki terseret?

Ketika di Haiyu Sadis kedengaran bunyi bising dari belakang bas. Semua kecoh. Rupa-rupanya ada penumpang yang terseret. Kakinya belum pijak tangga bas. Dalam masa yang sama tangannya berpaut pada pemegang bersebelahan dengan tangga. Saya tak nampak keadaannya sepenuhnya. Maka saya bayangkan kakinya terseret di jalan!

Penumpang yang lain memekik supaya pemandu bas berhentikan bas. Ajaibnya, lelaki tersebut tidak ada sebarang luka. Seluarnya pun tak koyak. Dia pakai kasut kulit. Di tangannya ada beg plastik berisi engsel besi. Saya betulkan semula imaginasi saya. Mungkin tapak kasutnya yang terseret di jalan raya, kerana itu tiada yang koyak dan luka.

Yang lebih ajaib lagi, lelaki itu -- sungguhpun berpeluh-peluh dan kelihatan agak cemas -- sedikitpun tidak memarahi pemandu bas. Dia naik dan duduk. Seingat saya, dia tidak bersuara sedikitpun. Padahal dia punya sebab untuk mengangkat suara.

Satu yang terlintas dalam benak saya setelah keadaan reda dan tenang, "Jangan gopoh."

Ulasan

  1. orang mesir memang kebal.bersabung nyawa nak naik bas.

    kalau takut jatuh bas,naik teksi je la(banyak duit??)

    BalasPadam
  2. @Munawwar: Naik tramco pun kadang-kadang bersabung nyawa jugak. Terutamanya kalau ke Tanta. Haha.

    BalasPadam
  3. betul2...semua bahaya..jalan kaki aje la..

    BalasPadam
  4. @Bintu Cumil: Jalan kaki pun bahaya. Duduk di rumah sajalah :-D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman