Mesyuarat reunion
15 Ramadhan 1430H Sabtu, 5 September 2009 Selain urusan kambing, saya perlu uruskan Asyraf. Sebelum ini Mama yang uruskan. Setiap pagi beg sekolahnya perlu disiapkan dengan susu, pakaian dan lampin. Juga sediakan sarapan untuk Asyraf. Jaga Asyraf tak susah. Cuma perlu faham apa yang dia sebutkan sebab dia masih pelat. Antaranya, cucu melo (susu coklat), ekkemen (Ultraman), mekey mon (Mickey Mouse), eskeyem (aiskrim), air matam (air oren) dan aton (kartun). Yang jadi susah bila dia sebut perkataan lain. Susah nak faham! Kemudian saya dan Baba ke Kuala Berang. Jenguk kebun yang sudah lama tak diselia. Tak lama. Tengah hari kami pulang. Petangnya saya diajak bermesyuarat di Batu Burok untuk Reunion SMKATJ batch 1999-2003 pada 23 September 2009 (Raya ke-4). Sebelum ke Batu Burok, sempat saya singgah di rumah Adam Malik untuk ajak dia bermesyuarat sekali. Dia penat. Saya ke sana sendirian.