Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda adalah mangsa ragut?

Imej
Image by zakulaan@zainiabdullahpjk via Flickr Ini cerita yang baru saya terima. Kejadian ragut di kawasan sekitar Kompleks Rumah Negeri, Hayyu Asyir, Madinah Nasr, Kaherah yang menjadi-jadi kebelakangan ini agak membimbangkan saya. Sungguhpun cuma dua tiga kes yang sampai ke telinga saya, namun ia sudah cukup untuk memberi peringatan buat diri saya dan rakan-rakan yang tinggal di kawasan tersebut khususnya, dan buat semua penuntut Malaysia di Mesir umumnya. Beza kejadian ragut di Mesir berbanding di Malaysia, ia bergerak dengan menggunakan kereta -- bukan motorsikal sebagaimana yang biasa didengar. Mereka akan mendekati mangsa dan nangsa akan diajak berbual dengan bertanyakan soalan-soalan cepu mas dan mudah, dan sebagaimana biasa, mangsa dengan penuh bersemangat akan cuba untuk menerangkan kepada mereka jawapan-jawapan secara panjang lebar. Kemudian, mereka akan meneruskan langkah mereka yang seterusnya; sama ada merampas beg mangsa atau berpura-pura untuk meminjam telefon bim

6 rukun wudhu'

Imej
Image by Ubermensch Doppelganger via Flickr 1. Niat. 2. Basuh muka. Had muka ialah: i) Menegak: Dari anak rambut hingga pangkal janggut dan dagu. ii) Melintang: Dari anak telinga ke anak telinga. 3. Basuh kedua tangan hingga ke siku. 4. Menyapu sebahagian dari kulit kepala atau rambut. 5. Basuh kedua kaki beserta buku lali. 6. Mengikut urutan. Jika seseorang itu berjunub atau keluar mani ketika tidur dan sebagainya, dia wajib mandi seluruh badannya berserta niat angkat hadas besar.

Asas keimanan seorang muslim

Imej
Image via Wikipedia Yakin dengan teguh bahawa Allah Subhanahu wa Taala itu wujud, esa, tiada sekutu bagiNya, tiada yang serupa denganNya, tiada yang menyerupaiNya, tiada yang sama denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dialah yang menciptakan langit dan bumi, mati dan hidup, ketaatan dan kemaksiatan, sihat dan sakit, yang menciptakan seluruh kejadian dan apa yang ada pada kejadian itu. Yang menciptakan makhluk dan segala perbuatan mereka, menentukan rezeki dan ajal mereka, tidak lebih dan tidak kurang. Tiada yang berlaku melainkan dengan kekuasaan dan kehendakNya. Dia hidup, mengetahui, berkehendak, berkuasa, berkata-kata, mendengar, melihat. Dia mengetahui mata yang khianat dan apa yang diselindungkan di dalam hati. Dia mengetahui apa yang dirahsiakan dan disembunyikan bahkan Dialah yang mencipta segala sesuatu. Dia itu Esa dan Maha Berkuasa. Juga yakin dengan teguh bahawa Allah Subhanahu wa Taala membangkitkan Saidina Muhammad sebagai hambaNya dan RasulNya kepada selu

Turun dan naik

Imej
Image by nd_architecture_library via Flickr Blog ini semakin hilang popularitinya apabila saya tidak lagi menulis cerita-cerita harian saya, sebaliknya saya catatkan nota-nota penting untuk dikongsikan bersama. Dumyat Jadidah Memang setiap minggu ada turun naiknya. Namun, turun naik minggu ini agak berbeza. Banyak perkara baru yang berlaku. Selain saya semakin mampu untuk menguruskan tugasan harian dengan lebih berkesan, hujung minggu lepas, saya ke Dumyat Jadidah untuk ziarah kawan-kawan di sana. Beza Dumyat dan Kaherah amat ketara. Kaherah terkenal dengan sibuk. Dumyat tenang, terutamanya Dumyat Jadidah. Tenang dan sejuk. Kebetulan hari yang kami tiba di sana, angin sejuk menggigit kulit kami yang tidak bersedia dengan baju sejuk yang tebal. Maka, keseronokkan menikmati malam di Dumyat agak terganggu dengan angin sejuk. Kawan, teman, sahabat Benarlah, untuk mengenali peribadi kawan, ajaklah dia berjalan. Sepanjang perjalanan, kami berbual panjang. Akhirnya saya simpulkan,

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM 1. Mengucap dua kalimah syahadah. 2. Mendirikan solat. 3. Menunaikan zakat. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan. 5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. 6 RUKUN IMAN 1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala. 2. Beriman dengan para malaikat. 3. Beriman dengan kitab-kitab suci. 4. Beriman dengan para Rasul. 5. Beriman dengan Hari Akhirat. 6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Imej
Image via Wikipedia 1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'. 2. Peringkat mencegah kemungkaran: i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu. ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu. iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar. 3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu. 4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran: i) Tersebarnya kejahatan di dunia. ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji. iii) Bertambah ramai orang jahat. iv) Orang jahat akan menguasai orang baik. v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat. vi) Luput sifat-sifat kemuliaan. vii) Berleluasa sifat-sifat keji. viii) Ketika itu, semua manu

6 cara untuk kuatkan iman dengan Hari Akhirat

1. Ambil sedikit masa dalam sehari untuk beri'tikaf dan muhasabah diri. Setiap hari kita sibuk berurusan dengan manusia hingga kita terlupa untuk menghitung bekalan amalan yang ada pada diri kita untuk dibawa ke akhirat kelak. Untuk itu, cuba ambil 10-20 minit setiap hari sebelum atau selepas solat berjemaah di masjid, niatkan i'tikaf dan muhasabah apa yang telah dan akan dilakukan pada hari tersebut. Lahirkan syukur dengan amalan yang telah dilakukan dengan meneruskan amalan dan menambah amalan-amalan lain, juga lahirkan rasa gerun dengan dosa-dosa yang telah dilakukan dengan berhenti berbuat dan beristighfar. 2. Hadiri majlis pengebumian. Jika terdengar akan berita kematian, hadiri majlis tersebut. Ambil pengajaran dari majlis yang sedemikian. Lihat sendiri apakah gunanya pangkat dan harta apabila kematian menjelma. Lihat apakah kesan interaksi kita dengan masyarakat pada hari tersebut. Jika kita seorang yang baik dengan Allah Subhanahu wa Taala dan masyarakat, bagaiman

Hakikat tawakkal

Imej
Image via Wikipedia 1. Tahu 2. Percaya 3. Amal 4. Doa Tawakkal 1. Ia adalah amal yang berkaitan dengan hati. 2. Asasnya adalah bersangka baik dengan Allah Subhanahu wa Taala. 3. Ciri-ciri orang yang tawakkal: i) Tidak takut kepada makhluk. ii) Tidak tunduk kepada makhluk. iii) Tidak hina dan menghinakan diri di hadapan makhluk. iv) Tidak meminta pertolongan melainkan kepada Allah Subhanahu wa Taala. 4. Tawakkal tanpa amal tiada maknanya kerana bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh para nabi alaihimussalam yang turut berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Ibnu Qayyim 1. Bersangka baik kepada Allah Subhanahu wa Taala itu kunci kepada tawakkal. 2. Menyerahkan segala urusan kepada Allahu Subhanahu wa Taala itu roh kepada tawakkal. 3. Redha itu hasil tawakkal. Menyerahkan segala urusan kepada Allah Subhanahu wa Taala seperti seorang anak menyerahkan semua urusan kepada bapanya kerana yakin bapanya lebih mampu untuk menyelesaikan urusan tersebut dengan sem

2 tips untuk memudahkan pembaiki komputer atau laptop

Imej
Image via CrunchBase Setiap hari dalam seminggu ini terasa penuh. Kewajipan harian cuba dilaksanakan sebaik mungkin ditambah dengan tugas-tugas yang datang tanpa diundang dan tanpa dijangka. Saya dihadapkan dengan beberapa buah laptop untuk diselesaikan masalah masing-masing. Apa yang mengecewakan, belum ada yang benar-benar sempurna, sebagaimana saya setup komputer saya. Sering saya nyatakan kepada kawan-kawan bahawa komputer saya sedia untuk diformat pada bila-bila masa. Bahkan, untuk format komputer ini sebulan sekali pun tidak menjadi masalah. Ini tandanya komputer ini bersedia untuk rosak dan tidak akan mendatangkan masalah yang besar untuk membaikinya. Berbeza dengan laptop-laptop yang tiba di rumah ini. Mereka tak bersedia untuk rosak. Maka, usaha untuk saya membaiki mereka agak terbantut dan memeningkan kepala. Antara isunya ialah: 1. Maklumat penting ada dalam C:. Ini menghalang saya untuk terus format dan install Windows baru. Penyelesaiannya, simpan semua bahan ya

5 erti tawakkal

Imej
Image by omani via Flickr 1. Dari sudut bahasa: Menyerahkan urusan kepada orang lain. Istilah 2. Berserah kepada Allah Subhanahu wa Taala serta percaya dengan apa yang ada padaNya dan tidak bergantung kepada manusia. 3. Serahkan hati kepada Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana mayat yang dimandikan. 4. Bergantung kepada Allah Subhanahu wa Taala dalam semua urusan. 5. Redha dengan Allah Subhanahu wa Taala.

Contoh dan teladan dalam menghidupkan al-Quran dalam kehidupan seharian

Imej
Image by Ramy Alaa via Flickr Saidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu 1. Mengambil masa 12 tahun untuk mempelajari Surah al-Baqarah. Semua ini kerana para sahabat menitikberatkan pengamalan ayat-ayat yang dipelajari dan dihafal. 2. Setelah tamat mempelajari Surah al-Baqarah, beliau menyembelih unta untuk melahirkan rasa gembira. Ibnu Qayyim rahimahullah 1. Tinggalkan alam dunia dan masuk ke alam akhirat ketika membaca al-Quran. 2. Cuba untuk fahami apa yang Allah Subhanahu wa Taala kehendaki dari ayat tersebut. 3. Ketahui sebab ayat tersebut diturunkan. 4. Ambil setiap ayat yang dibaca untuk merawat penyakit hati. Imam Hassan al-Banna 1. Hati adalah jalan yang paling mudah untuk memahami ayat al-Quran. 2. Membaca al-Quran dengan merendah diri kepada Allah Subhanahu wa Taala. 3. Membaca al-Quran dengan tumpuan yang sepenuhnya. 4. Membaca al-Quran dengan niat untuk meminta petunjuk dan kebenaran. 5. Cuba untuk kuasai sirah Rasulullah Sallallahu alaihi wasalla

7 produk pilihan

Imej
Image via Wikipedia 1. Sinus Treatment Set Merupakan rawatan tradisional yang paling efektif untuk merawat masalah resdung pada masa kini. Rawatan ini banyak terdapat di salon dan spa yang mengamalkan rawatan secara tradisional. Kini anda juga boleh merawat masalah resdung dengan sendiri hanya dengan Sinus Treatment Set dari 99 Kepulauan Langkawi. Penggunaan yang berterusan dan tetap dapat menghalang penyakit resdung atau sinus menjadi kronik serta dapat memiliki kulit yang cantik dan sihat. Harga: RM46 Semenanjung RM54 Sabah & Sarawak (harga termasuk kos pos laju) Percuma sepeket Sinus Herbs! 2. Pakej Fotografi Shahkasahias Pakej A: RM600 - 120 keping 4R + 4 keping 8R + 1 album mockup + 1 CD. Pakej B: RM1200 - Custom album 8x12 + 1 CD. Pakej C: RM1400 - Custom album 10x12 + 1 CD. Pakej D: RM1800 - Custom album 12x18 + 1 CD. * Deposit: RM200. Caj pengangkutan. Diskaun tempah awal. Tambahan hari RM300. 3. Slim It Yourself Berat badan bertambah? Risiko penya

Bagaimana hidup dengan al-Quran?

Imej
Image via Wikipedia 1. Menyambut al-Quran dengan cara yang terbaik. 2. Mewujudkan rasa bahawa setiap arahan itu turun kepada diri sendiri. 3. Menghayati ancaman kepada mereka yang tidak menghayati ayat-ayat yang dibaca. 4. Mengetahui bahawa tiada alasan untuk seseorang itu meninggalkan penghayatan ketika membaca al-Quran.

6 syarat untuk mendapat manfaat daripada al-Quran

Imej
Image via Wikipedia 1. Merujuk al-Quran untuk mendapat arahan untuk diamalkan dengan segera. 2. Memenuhkan hati dengan rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Taala. 3. Menyediakan hati yang hidup untuk menerima isi kandungan al-Quran. 4. Rasa terkesan dengan ayat-ayat suci al-Quran itu satu perkara, sedang beramal dengan ayat tersebut itu satu perkara yang lain. 5. Mewujudkan rasa perlu untuk beramal dengan ayat al-Quran. 6. Mewujudkan rasa bahawa mati itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Para sahabat radhiallahu anhum dan al-Quran

Imej
Image by Ibn Ar-Rashid via Flickr 1. Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk menambah pengetahuan. 2. Juga bukan untuk sekadar baca. 3. Juga tidak untuk sedapkan hati dengan mengalunkannya dengan suara yang merdu. 4. Tetapi mereka membaca al-Quran untuk mengetahui arahan-arahan Allah Subhanahu wa Taala ke atas diri mereka sama ada: i) Pada peringkat individu ii) Pada peringkat jemaah iii) Pada peringkat masyarakat sekeliling 5. Mereka membaca al-Quran untuk mengamalkannya dengan segera setelah mengetahui isi kandungan ayat-ayat yang dibaca.

5 peranan al-Quran kepada manusia

Imej
Image by ozgurmulazimoglu via Flickr Dalam usaha untuk mendekatkan diri kita kepada al-Quran, marilah sama-sama kita renungkan beberapa peranan al-Quran kepada manusia: 1. Peringatan kepada seluruh alam. 2. Petunjuk bagi mereka yang inginkannya. 3. Cahaya dari Allah Subhanahu wa Taala. 4. Tali Allah Subhanahu wa Taala yang kukuh. 5. Rugi jika tinggalkan al-Quran dan mencari hidayah melalui sumber lain. Sekadar menyenaraikan beberapa untuk manfaat bersama.

Pengajaran dari SPM 2008

Berikut adalah petikan-petikan yang menarik sepanjang pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2008 Khamis lalu. Petikan ini diambil dari Berita Harian Online dan Utusan Malaysia Online. Semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal "Saya mengulang kaji awal pagi setiap hari selepas bersolat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan sejak di sekolah rendah lagi. Berikutan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar kerana mahal, saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas," katanya. "Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat. Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih b

Sedikit pesanan buat diri...

Imej
Image by ukhti27 via Flickr "Antum baru nak bertunang dengan dakwah. Baru nak diikat dengan dakwah. Ana sudah kahwin dengan dakwah. Apa-apa yang ana nak lakukan ana akan utamakan dakwah dahulu." Jika diajak lawan bergurau dengan saya, mungkin anda telah berjumpa dengan lawan yang tepat. Saya sanggup merapu ke langit jika dijolok dengn usikan-usikan yang menjadi. Tapi, tidak untuk kalam seperti di atas. Mungkin untuk fatrah usia sebaya saya, perumpamaan dan kiasan cinta, tunang dan kahwin lebih menarik dan mudah difahami bagi kami. Bila dihadapkan dengan kiasan seperti ini, maka dengan cepat mulut membisu dan kepala mengangguk lemah tanda faham yang dalam. Saya cuba untuk tidak bergurau dengan kalam seperti ini. Demi menjaga qimah di sebaliknya. Mungkin kerana itu sebelum ini saya sebak bila melaungkan "uhibbukum fillah" di khalayak umum. Kalam ini besar maknanya. Bukan kalam untuk memaniskan bicara. Tapi ia bersulamkan satu manifestasi keikhlasan yang melang

Solat berjemaah di masjid

Imej
Image via Wikipedia Terima kasih ya Allah kerana mengirimkanku kawan yang menjaga solatnya dalam segenap urusan. Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkanku makmum ketika solat sendirian di masjid. Terima kasih ya Allah kerana mengizinkanku berbual panjang dengan kawan lama yang peribadinya berwibawa. Semua ini menyegarkan roh saya untuk kembali aktif dan tidak lesu sepanjang hari. Pernah saya tuliskan suatu masa dahulu perihal masjid yang berbilang-bilang di Mesir ini. Apabila masuk waktu solat, kedengaran azan dari setiap penjuru. Ia bergema dan menimbulkan rasa kehebatan dalam diri yang ingin merasakannya. Sungguhpun waktu azan itu sama, tempoh antara azan dan iqamah berbeza. Sememangnya ada kebaikan di celah-celah perbezaan. Jika sibuk dan perlu habiskan solat dengan segara, maka masjid yang iqamahnya awal menjadi pilihan. Jika sudah terlewat tetapi masih mahu solat secara berjemaah, maka masjid yang lewat iqamahnya menjadi pilihan. Jika sudah terlalu lewat dan masih in

Hikmah di sebalik peristiwa

Imej
Image by didiz | fotokahwin.com via Flickr Semalam saya nyaris memalukan diri sendiri di hadapan kawan-kawan. Pagi ini, dek kerana tubuh terasa lemah kerana seharian berpenatan di ARMA semalam, ia meminta untuk disegarkan dengan air dengan kehangatan yang nyaman, namun pemanas air pula meragam. Tiada air panas. Menggeletar tubuh bila kesejukkan air bergabung dengan kesejukkan pagi. Ditambah pula sejak semalam lagi saya tak dapat akses Internet . Dengan keletihan fizikal dan emosi, biasanya Internet menjadi tempat saya melonggarkan ketegangan yang ada. Namun, hampa. Hingga ke pagi, saya masih belum dapat akses Internet. Maka, saya menapak di pagi hari menuju ke kafe siber yang berdekatan. Aneh, pagi ini banyak kafe siber yang tutup. Terpaksa menapak lebih jauh. Tiba di hadapan pintu kafe siber, penjaganya berkata, "Nuss sa'ah." Dia sedang membersih, maka dia minta saya menunggu setengah jam. Maka, saya menapak lagi. Tiba di kafe siber yang lain, saya terpaksa bersaba

Tuliskan matlamat hidup anda, tetapi...

Imej
Image by churl via Flickr "Tuliskan matlamat hidup anda, tetapi lakukannya dengan pensel." Demikian bunyinya satu kata-kata yang berjaya memenuhkan minda saya dengan senyuman. Sebetulnya, dua hari yang lepas saya membantu kawan serumah saya membaiki komputer-komputer yang diserahkan kepadanya untuk dibaiki. Komputer rosak Menolong orang membaiki komputer mengajar saya banyak benda. Banyak ilmu baru yang diperolehi. Namun, sebagai bayaran, kepala akan berserabut memikirkan masalah yang tidak selesai. Saya tahu, inilah lumrah dalam belajar. Permulaannya banyak kesulitan. Bahkan terlalu banyak. Sedang pengakhiran itu tidak nampak. Setakat ini, masalah yang berkaitan dengan hardware driver sangat memeningkan. Yang ada tidak sesuai dengan Windows XP . Yang sesuai dengan Windows XP pula tidak sesuai dengan hardware. Maka berpusing-pusinglah dalam ruang lingkup yang sama hingga saya sendiri terlingkup, tertidur dengan kepala yang pusing. Oh... Namun, benarlah dalam kes

7 langkah untuk melukis komik

Imej
Image via Wikipedia Kebetulan saya sedang berehat dari menyiapkan komik saya, di sini saya kongsikan langkah-langkah yang saya gunakan untuk menyiapkan komik ini. Diinspirasikan dari team Les' Copaque yang menerbitkan siri TV dan filem Upin dan Ipin, saya sesuaikannya untuk produksi komik. 1. Penulisan skrip Proses ini memerlukan kepakaran menulis. Skripnya haruslah ringkas dan sesuai untuk disokong dengan lukisan. Kebiasaannya dialog diberi keutamaan yang lebih berbanding penerangan situasi. Dialog pula tidak ditulis dalam bentuk formal, bahkan ditulis dalam bahasa pasar untuk memudahkan pemahaman pembaca. Sesuai dengan ciri komik yang santai. Namun, terdapat juga pekomik yang menggunakan tulisan-tulisan yang panjang dan berat dalam komik mereka. Kekuatan skrip akan memberi nilai tambah yang tinggi kepada mutu keseluruhan komik tersebut. 2. Membuat storyboard Storyboard boleh digambarkan sebagai lakaran kasar perjalanan komik dari awal hingga akhir. Lukisan tidak dibuat de

3 keseronokkan minggu ini

Imej
Image via Wikipedia Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Beberapa perkara yang berlaku beberapa hari yang lepas membuat saya rasa gembira. Pindah Pertama, saya sempat membantu Kamal, Waza, Hadi dan Hakim berpindah ke rumah baru mereka. Walaupun hanya sedikit, tapi tetap seronok. Malam itu tidak begitu dingin. Nyaman. Akhirnya saya tertidur di rumah baru mereka. Teguran Kedua, saya ditegur oleh seorang kawan akan kelalaian saya. Kalau nak diikutkan, memang tak suka jika ditegur. Apatah lagi jika teguran itu pada perkara yang sangat peribadi. Tapi, apabila berada di tempat orang, jauh dari pandangan keluarga, satu nasihat yang sememangnya ditujukan khusus untuk diri sendiri oleh kawan yang benar-benar prihatin sememangnya dihargai. Ia buat saya terfikir untuk berfikir. Komik Ketiga, saya sekarang sedang menyiapkan komik empat muka untuk menyertai pertandingan. Sudah lama saya tidak bersungguh dalam melukis. Seronok rasanya menghabiskan malam dengan pen, pensel d

Di antara beribu lainnya, kau tetap benderang!

Imej
Image via Wikipedia Sejak awal RabiulAwal lagi, kemeriahan sambutan kelahiran Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sudah terasa. Masing-masing menggunakan pendekatan masing-masing sebagai usaha mendekatkan diri dan masyarakat dengan manusia unggul ini. Sallallahu alaihi wasallam. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah manusia, tetapi bukan manusia biasa. Keunggulannya sepatutnya diteliti dan dihalusi semua orang untuk dicontohi. Jadikan bulan kelahiran ini sebagai bulan muhasabah kecintaan diri kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam. Sungguhpun diri ini tidak cukup bekal untuk bercerita tentang keunggulan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, namum tetap tidak ingin tertinggal dalam usaha menyatakan cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam secara jelas dan nyata kepada umum. Jika kecintaan kepada manusia lain kita war-warkan, kenapa tidak kita hebahkan kecintaan kepada Rasul yang jasa besar Baginda Sallallahu alaihi wasallam adalah mengajarkan kepada dunia bagaim

Satu pagi yang dingin...

Imej
Image via Wikipedia Pagi. Bukan pagi biasa. Awal pagi. Sengaja saya memilih untuk meredah kesamaran pagi semata-mata kerana rindu pada angin sejuk yang semakin menghilang dengan ketibaan ribut pasir yang menandakan penghujung musim sejuk. Bila tiba musim panas, hanya waktu pagi yang menjanjikan kedinginan. Siang dan malam akan dibaluti dengan hawa panas. Menggusarkan jiwa yang manja dengan kesejukkan. Berjalan di antara bangunan-bangunan yang seakan-akan sama membuat hati sedikit gusar, kerana bukan sekali terdengar kes samun di kawasan ini. Hati terasa cuak, maka langkah dipercepatkan. Serentak dengan itu, dada menjamah kesejukan angin pagi. Cerita tentang bawab Tatkala warga Kaherah tidur, kelihatan bawab-bawab sedang mengelap kereta majikan mereka. Satu tugas yang perlu di sini. Setiap kereta perlu dilap sekurang-kurangnya sekali sehari atau anda akan dilihat memandu kereta yang disalut debu. Ia bukanlah satu keaiban di sini kerana saya pernah lihat kereta yang lebih teruk

11 isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

Imej
Image via Wikipedia 1. Khadijah binti Khuwailid 2. Aisyah binti Abi Bakr As-Siddiq 3. Hafsah binti Umar bin Al-Khattab 4. Zainab binti Jahsy 5. Ummu Salamah Atikah binti Amir 6. Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan 7. Zainab binti Khuzaimah 8. Maimunah binti Al-Harith 9. Juwairiyyah binti Al-Harith 10. Saudah binti Zum'ah 11. Sufiyyah binti Hayy Jika kesebelasan pemain bola sepak kita boleh ingat dan hafal, kenapa tidak kita ingat dan hafal kesebelasan isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam?

7 orang anak Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

Imej
Image via Wikipedia 1. Qasim (kerana itu Baginda Sallallahu alaihi wasallam digelar Abu Qasim) 2. Zainab 3. Ruqayyah 4. Ummu Kalthum 5. Fatimah 6. Abdullah (lahir selepas Khadijah memeluk Islam) * Kesemua anak Baginda Sallallahu alaihi wasallam yang tersenarai di atas ibu mereka adalah Khadijah. ** Anak Baginda Sallallahu alaihi wasallam yang paling awal meninggal dunia ialah Qasim kemudian Abdullah. 7. Ibrahim (ibunya ialah Mariah Al-Qibtiyyah dan meninggal ketika usianya 16 bulan atau lebih)

12 mukjizat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

Imej
Image via Wikipedia Antara mukjizat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: 1. Al-Quran 2. Isra' dan mi'raj. 3. Batang pokok tamar menangis kerana Baginda Sallallahu alaihi wasallam. 4. Air terpancar keluar dari jari-jari Baginda Sallallahu alaihi wasallam. 5. Menceritakan hal-hal yang ghaib. 6. Batu-batu dan pokok-pokok mengucapkan salam kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam. 7. Menceritakan hal-hal akan datang. 8. Membelah bulan 9. Makanan dan minuman menjadi banyak dengan keberkatan Baginda Sallallahu alaihi wasallam. 10. Menyembuhkan penyakit sahabat Baginda Sallallahu alaihi wasallam dengan doa dan menyapukan tangannya. 11. Doa Baginda Sallallahu alaihi wasallam yang mustajab. 12. Para malaikat berperang bersama Baginda Sallallahu alaihi wasallam.