Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

9HCCM: Hari terakhir

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 9 Khamis, 15 Oktober 2009 Hari terakhir dalam perjalanan saya.

9HCCM: Ronda-ronda Johor Bahru

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 8 Rabu, 14 Oktober 2009 Selesai hantar Faiz dan Faizah di tadika, saya, C.su dan A.su ke UTM. Kemudian saya dan A.su ke terminal bas di Larkin untuk beli tiket. Saya beli tiket bas Transnasional Johor Bahru -- Kuantan (RM26.40).

9HCCM: Ikan goreng

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 7 Selasa, 13 Oktober 2009 Seperti semalam, saya bersama C.su dan A.su menuju ke UTM setelah hantar Faizah dan Faiz ke tadika. Pagi itu saya hubungi Zulkifli , kawan sekolah saya dahulu yang kini bertugas di UTM. Kami berjanji untuk makan tengah hari bersama.

9HCCM: Memancing

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 6 Isnin, 12 Oktober 2009 Saya perlu bangun awal. Pagi-pagi, C.su dan A.su perlu hantar anak-anaknya ke tadika. Pekan Nenas dan UTM juga agak jauh.

9HCCM: Majlis konvokesyen di UIA Gombak

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 5 Ahad, 11 Oktober 2009 Selepas solat dan mandi, Wali ajak saya bersarapan. Kami ke restoran yang berhampiran dengan motorsikal. Elok saja selesai makan, hujan turun renyai-renyai.

Senarai laman web bagi blogger baru

Imej
Image via CrunchBase Berikut adalah senarai laman web yang saya sarankan kepada blogger yang ingin memulakan blog pertama mereka:

9HCCM: Durian!

Imej
Hari 4 Sabtu, 10 Oktober 2009 Bangun pagi, solat Subuh dan main dengan anak-anak K.wa. Kina tidur di rumahnya. Tak lama kemudian dia sampai di rumah K.wa dengan baju baru untuk saya. Terima kasih! Kami keluar sarapan bersama-sama. Dalam perjalanan pulang, K.wa beli durian. Katanya durian Perak adalah yang terbaik. Sebelum balik, sempat lagi K.wa ziarah rumah contoh. Cantik!

9HCCM: Dari Pulau Pinang ke Perak

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 3 Jumaat, 9 Oktober 2009 2.00am: Sampai di rumah A.chik. A.reeh bagitahu biasanya dia tidur di rumah isterinya. Tapi mungkin sebab saya ada malam ini, maka dia pun tidur di rumah.

9HCCM: Sehari di Kedah

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 2 Khamis, 8 Oktober 2009 1.50am: Tiba-tiba tersedar. Bas berhenti. Entah di mana. Penumpang-penumpang turun untuk dapatkan tandas dan makanan. Lebih kurang setengah jam, kemudian kami teruskan perjalanan. Saya pula teruskan tidur.

9HCCM: Sehari di Kota Bharu

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 1 Rabu, 7 Oktober 2009 Bangun dari tidur, solat dan saya terus bersiap. Saya hanya bercadang untuk bawa satu beg. Tapi terpaksa tambah dengan satu lagi beg kertas. Banyak pula barang yang nak dibawa.

9HCCM: Beli tiket bas

Imej
Hari 0 Selasa, 6 Oktober 2009 9.00pm: Saya ajak A.yed ke stesen bas untuk beli tiket bas. Saya pilih Transnasional perjalanan Kuala Terengganu -- Kota Bharu (RM14.30).

9HCCM: Prolog

Imej
Image via Wikipedia Sebulan saya di Malaysia , saya dapati jadual harian saya agak padat. Terutamanya pada waktu petang. Terikat. Sedangkan cuti saya ada sebulan lagi. Takkan habis macam itu saja?

Puisi buat kawan

Puisi Buat Kawan by ~ rdhanz on deviant ART

Kemaskini Twitter dengan SMS di Malaysia

Imej
Image via CrunchBase Saya banyak gunakan Twitter untuk memberitahu keluarga dan kawan-kawan saya tentang keadaan semasa saya. Twitter boleh dihubungkan ke blog dan Facebook -- dua tempat yang banyak saya habiskan masa ketika online. Namun, sejak saya tiba di Malaysia , saya jarang menggunakan Twitter. Pertamanya, kerana masalah talian Internet . Saya perlu berusaha keras untuk masukkan talian Internet di rumah. Alhamdulillah, berjaya. Tapi, tetap tak boleh selalu kemaskini Twitter saya, sebab perlu berebut dengan Asyraf yang setiap hari nak tengok Ultraman Tiga . Alahai~ Sebab kedua, saya tak boleh kemaskini Twitter dengan menggunakan SMS sebagaimana yang saya lakukan di Mesir. Saya hairan juga kenapa tak boleh. Secara ringkasnya saya katakan, ada masalah untuk lakukannya dengan cara biasa. Rupa-rupanya, untuk kemaskini Twitter dengan SMS di Malaysia, perlu gunakan pihak ketiga. Baru sekejap tadi saya terjumpa V-Club yang membantu pengguna Twitter di Malaysia kemaskini akaun mereka

Aqiqah Aisyah Farhanah

Imej
Aqiqah , originally uploaded by rdhanz . Ramai yang datang semalam. Macam raya. Menu pun mantap. Nasi dagang, kuzi ayam dan gulai lembu dan kambing. Ramai juga yang tanya, "Bila balik?" dan "Bila nak pergi?" Saya juga tanya pada diri sendiri, "Bila nak pergi?"

Laporan September 2009

Imej
Bagaikan satu trend baru, saya lambatkan laporan bulanan saya. Sebetulnya saya tak sempat untuk kemaskini blog saya setiap hari kerana kekangan masa di rumah. Kerana itu kebelakangan ini saya tulis artikel bersiri. Sekali duduk, saya dapat siapkan 5-6 tulisan. Bereri saya dapat berehat dari menulis selama seminggu dan dapat tumpukan kepada hal-hal yang lain. Seminggu dua ini, benak saya penuh dengan idea untuk memperbaiki mutu persembahan blog saya. Beberapa idea penting cuba untuk saya laksanakan secara berperingkat. Antara yang sudah saya buat ialah tukar template dan kemaskini gajet. InsyaAllah, selepas ini banyak lagi pembaharuan yang akan dilaksanakan. Berikut adalah laporan untuk bulan September 2009.

Hari terakhir...

29 Ramadhan 1430H Sabtu, 19 September 2009 A.yed sampai di rumah semalam. Ketika saya tidur. Semua sangka dia akan pulang sendirian. Tapi rupanya K.bae dan Aisyah juga ada. Pagi ini saya nak alihkan baja yang berlonggok di hadapan rumah. Kedudukan asalnya di bawah rumah. Tapi, tahun lepas berlaku banjir besar. Baba bertungkus-lumus menyelamatkan baja. Ada yang 20kg, ada yang 50kg. Saya tak sekuat Baba. Tapi saya tetap nak mencuba untuk mengalihkannya. Menjelang tengah hari, A.chik datang dengan C.chik, A.reeh dan Kimi. Tapi tak lama. Mereka perlu pulang ke Besut. Saya teruskan kerja saya. Tiba-tiba posmen datang. Saya terima kiriman yang mengejutkan dari Aiyrie. Terima kasih banyak-banyak! Kejutan yang sungguh bermakna. Menjelang tengah hari, saya, A.su dan A.yed keluar beli barang. Saya tertidur dalam kereta. Kuat juga penangan baja. Sampai di rumah, saya masih mengantuk. Selepas Solat Asar, saya teruskan kerja saya. Baba sendirian cari daun untuk kambing. Saya dengan ba

Hari yang memenatkan

28 Ramadhan 1430H Jumaat, 18 September 2009 Kami pulang agak lewat. Sampai di rumah, saya cuma sempat tidur sedikit. Kemudian, Mama kejutkan saya untuk sahur. Hajat di hati ingin tidur semula. Tapi, sebab bersembang, saya tak sempat untuk tidur. K.wa dan A.fili sampai dari Perak dengan anak-anaknya. Tambah lagi sebab untuk tidak tidur. Anak-anak K.wa memang comel semuanya; Sarah, Fathir dan Syifa. Kemudian Mama ajak saya ke Batu 6 untuk dapatkan daging. Mama berhajatkan tulang rusuk. Sebab itu kami perlu cepat. Di Batu 6, saya ternampak Cikgu Rowena yang mengajar saya Sains ketika Tingkatan 3. Tak sempat untuk saya tegur. Selepas berbincang, akhirnya saya dan Ebah perlu ke Mydin Mall. Keadaan sudah sesak sungguhpun masih awal pagi. Saya terpaksa letak kereta di Terengganu Trade Centre (TTC), kira-kira 10 minit berjalan. Mujur kami ke sana berdua. Untuk timbang sayur pun perlu beratur panjang. Di sana saya sempatkan diri untuk menyapa Fakhruddin, junior di SMAASZA yang kini bela

Tetamu dari Johor

27 Ramadhan 1430H Khamis, 17 September 2009 Internet melambatkan pergerakkan saya. Itu yang saya perasan sejak Internet disambungkan ke rumah. Saya perlu susun kembali jadual harian saya. Baba ajak saya cari daun-daun untuk kambing. Semakin hari, semakin jauh kami pergi. Sebab kambing tak makan semua jenis daun. Ada beberapa jenis daun yang mereka makan dengan berselera. Antaranya daun pokok mengkudu, gelang dan senduduk. Selepas Solat Zohor, saya dan Baba ke Batu 6, beli satu guni lagi makanan kambing. Sebagai persiapan menjelang raya. Saya basuh kipas selepas Solat Maghrib. Kipas tanpa sawang sangat laju. Namun, mungkin sebab kerja ini yang buat saya mengantuk ketika terawih. Atau kerana cara makan saya. Balik ke rumah, saya dapati C.su dan A.su sampai dari Johor. Selepas bawa masuk barang-barang mereka, saya, C.su, A.su dan Ebah keluar untuk melihat suasana menjelang raya di Terengganu. Batu Burok menjadi pilihan.

Membeli belah di Sabasun

26 Ramadhan 1430H Rabu, 16 September 2009 Saya cuma sempat dua rakaat dengan imam. Kemudian telefon berdering. Kina sudah hampir sampai di stesen bas dari Tanjung Malim, Perak. Saya witir sendirian dan terus ke sana. Mujur kami berdua sempat bersahur di rumah bersama Mama, Baba, A.yed, A.zul, K.gee dan Ebah. Ebah ingin sekali lagi ke perpustakaan hari itu. Kemudian saya dan Mama ke Sabasun. Mama beli barang keperluan rumah, saya beli barang yang K.nor kirim. Lama kami di sana. Tiba di rumah, saya berehat sebentar dan kemudian ke perpustakaan untuk menjemput Ebah. Mungkin kerana keletihan, saya tertidur awal dari biasa sedangkan Mama minta saya masukkan duit ke bank. Mujur A.yed selesaikannya.

Qiamullail

25 Ramadhan 1430H Selasa, 15 September 2009 Siang ke bandar, hantar Ebah ke perpustakaan, buat cukai jalan kereta dan beli tiket. Sampai di rumah, Mama pula ajak ambil baju raya K.wa yang ditempah sebulan sebelum puasa. Sebelum pulang, ambil Ebah di perpustakaan. Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Ada majlis malam ini selepas terawih. Majlis khatam Al-Quran di Masjid UDM. Selesai majlis, saya diberitahu ada qiamullail.

Balik Besut

24 Ramadhan 1430H Isnin, 14 September 2009 Hari ini ke Besut. Balik kampung. Baru berkesempatan setelah hampir sebulan di rumah. Kami bertolak agak lewat. Tinggal Ebah dan K.gee di rumah. Saya, Mama dan Baba bertolak meninggalkan rumah. Saya nak jumpa Tokwe (datuk) dan saudara mara lain. Mama kata dia nak jumpa Tokwe juga. Sudah sebulan tak jumpa. Baba ada urusan lain dengan adik beradiknya. Mula-mula kami singgah di Kg. Pinang. Rumah Makcik Zah, kakak Baba. Mula-mula tak ada orang melainkan Amin, anak K.tie. Tak lama kemudian, K.tie pulang dari hantar kuih-muih. Selepas itu Makcik Zah pulang dari menoreh. Saya nak duduk lebih lama. Tapi masa tak mengizinkan. Kemudian ke rumah Pak Ngah Husin, abang Baba. K.pisah juga buat kuih. Tapi akan hantar selepas Asar. Kuat bisnes rupanya saudara mara saya. Kemudian ke rumah Pak Su Li, adik Baba. Pak Su tak ada di rumah. Hanya Mak Su Nah. Tiba-tiba hujan lebat. Tak tunggu hujan berhenti, kami ke rumah A.ngah, adik Mama. Kebetulan A.ngan

Pasang Streamyx

23 Ramadhan 1430H Ahad, 13 September 2009 Baru berkesempatan untuk berbual panjang dengan Mama setelah seminggu lebih dia di IJN. Kemudian saya keluar beberapa kali untuk selesaikan urusan yang pelbagai. Terkial-kial saya cuba untuk pasang Streamyx. Tidak semudah yang disangkakan. Asyraf tak ke nurseri hari ini. Semata-mata untuk gunting rambut dan beli baju raya. Alhamdulillah, setelah beberapa lama berusaha, akhirnya selesai sudah misi saya memasang Internet di rumah. Harap ramai yang dapat manfaat. Saya ambil masa untuk selesaikan urusan yang tertangguh. Kemudian ke Bazar Ramadhan Gong Badak, beli ayam pusing. Dalam perjalanan pulang saya singgah rumah kawan. Katanya ada kerja terjemahan untuk saya. Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Saya memang suka tugas yang diberi. Sebab itu cepat-cepat saya terima. Selesai terawih, saya dan A.yed keluar makan di luar. Malam ini baru berkesempatan untuk kami berdua berbual-bual. Banyak yang kami bualkan. Saya rasa hal ini sangat perlu

I'tikaf di Masjid UDM

22 Ramadhan 1430H Sabtu, 12 September 2009 Selesai sahur, saya dapat panggilan telefon dari Ebah, adik bongsu saya. Katanya dia sudah sampai di stesen bas dari UIA. Kebetulan masa saya hidupkan enjin kereta, A.yed, Mama, K.bae dan Aisyah sampai dari IJN. Lega. Saya tak buang masa dan terus ke stesen bas. Faiz naik bas yang sama dengan Ebah. Kami bertiga meredah kesejukan pagi pulang ke Kg. Padang Air yang tercinta. A.yed masih tidur ketika saya keluar ke Masjid UDM yang dahulunya dikenali dengan Masjid KUSZA. Ada program i'tikaf. 10-12 September 2009. Saya cuma sempat hadir hari terakhir. Ketika saya sampai, cuma dua orang yang tinggal. U.umar dan U.sabri. Menurut U.umar, ramai lagi yang hadir, tapi sudah pulang kerana masing-masing ada hal mereka. Teringat satu tazkirah yang menyebut, "Orang soleh berada dalam masjid macam ikan dalam air. Orang tak soleh berada dalam masjid macam burung dalam sangkar." Saya memahami hakikat kata-kata ini hari ini. Baru beberapa jam berad

Mama pulang malam ini

21 Ramadhan 1430H Jumaat, 11 September 2009 Saya habiskan pagi dengan mencari gambar-gambar lama dan saya scan untuk simpanan. Banyak gambar yang menarik yang saya jumpa. Tapi ada beberapa gambar yang saya cari dan belum saya temui. Sedar tak sedar, sudah tiga kali saya Solat Jumaat di Batu 6. Di masjid saya sempat tegur Budin dan Madhan, kawan di Mesir. Sebelum pulang, Baba beli lauk berbuka dan saya beli minyak tanah. Di rumah, saya sekali lagi bersihkan tebu yang masih berbaki. Entah kenapa Asyraf banyak ragamnya hari ini. Baba keluar berbuka dengan Cikgu Aziz. K.gee dan A.zul keluar berbuka di luar. Tinggal saya dengan Asyraf di rumah. Kambing belum diberi makan. Terpaksa saya bawa Asyraf ke kandang. Mujur Asyraf jenis yang mendengar arahan. Mama telefon dan beritahu dia akan bertolak pulang malam ini.

Iklan kambing

20 Ramadhan 1430H Khamis, 10 September 2009 Asyraf tidak ke nurseri hari ini. Entah kenapa dia susah untuk bangun pagi ini. Mungkin dia tidur lewat semalam. Tak pernah sebegini. Biasanya mudah saja. Mujur K.gee ada hari ini. Boleh saya keluar hantar barang kepada kawan. K.gee beli pelita dan dia pesan supaya saya belikan minyak tanah. Selesai Solat Zohor, sekali lagi saya keluar. Beli makanan kambing yang sudah hampir habis dan beli lauk berbuka. Saya termenung seketika. Seguni makanan kambing RM32. Tahan seminggu. Bererti sebulan perlukan empat guni. RM128. Setahun RM1536. Banyak juga. Di Batu 6, terjumpa Ustazah Akma yang mengajar saya Pendidikan Islam Tingkatan 3. Tapi tak sempat tegur. Baba sudah lama minta saya buatkan iklan untuk jual kambing. Sekarang baru boleh saya laksanakan. Alhamdulillah, sudah diedarkan. Harap-harap ia berkesan. Balik ke rumah, saya dan Baba bersihkan tebu. Kemudian saya minta tolong penjual air tebu di depan Sekolah Kebangsaan Padang Air unt

Aiman Zaqaziq

19 Ramadhan 1430H Rabu, 9 September 2009 Pagi ini saya bercadang untuk ke bandar untuk selesaikan beberapa urusan. Minta izin Baba dulu. Sebelum keluar, kena bagi makan kambing. Maka jangan tanya kenapa saya memang tak bergaya untuk ke bandar. Haha. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Bermula dengan urusan di Public Bank, daftar Streamyx hinggalah ke tukar duit. Berjumpa dengan Aiman Zaqaziq. Seronok tengok orang yang dah graduate. Hari ini saya diperkenalkan dengan not RM50 yang baru. Duit raya, kata pegawai pengurup wang. Pada sebelah petang saya ke Pejabat Pos Manir untuk tuntut bungkusan yang cuba dihantar posmen ketika tiada orang di rumah. Kemudian ke Batu 6 untuk beli lauk berbuka. Hujan. Saya membeli dalam tempias air hujan. Kemudian saya sempatkan diri ke cyber cafe.

Cinta Sempurna

18 Ramadhan 1430H Selasa, 8 September 2009 Saya selesaikan urusan saya dengan Internet sebelum saya hantar USB Stick yang saya pinjam semalam. Sempat saya tonton empat episod drama Cinta Sempurna di Youtube. Tiba-tiba saya dicurahkan dengan limpahan emosi yang positif kesan dari drama tersebut. Saya alihkan komputer dari bilik ke ruang tamu -- tempat asalnya, dan kemas bilik. Saya kemaskini gambar-gambar perjalanan saya. Tiba-tiba rasa rindu pada K.nor sekeluarga di Leeds. Saya ke Batu 6 untuk beli lauk berbuka. Dua kali terserempak dengan Fatih, junior di Mesir, merangkap jiran. Malam ini kami bertiga; saya, Baba dan Asyraf tidur di ruang tamu. Baba nampak letih. Sangat-sangat letih.

Berbuka di markaz ABIM

17 Ramadhan 1430H Isnin, 7 September 2009 Pagi ini saya pinjam Celcom Broadband dari kawan saya. Cadangan awalnya ingin hantar Asyraf ke nurseri, tapi bila tiba di nurseri, tak ada orang. Tiba-tiba baru saya dapat tahu hari itu ada cuti peristiwa -- Nuzul Quran. Kesibukkan melupakan saya banyak perkara. Seharian saya mencuba keberkesanan Celcom Broadband di rumah saya dengan ditemani Asyraf. A.yed beritahu ada tiga saluran Aisyah yang tersumbat. Doktor pada awalnya ingin bedah dua. Tapi akhirnya hanya bedah satu. Doktor dari Pakistan. Aisyah masih di ICU. Kami bertiga berbuka puasa di markaz baru ABIM di Kg. Tok Jiring. Ramai yang hadir. Termasuk Kamal dan Muiz, junior di SMAASZA. Kamal akan ke Jordan manakala Muiz akan ke Mesir.

Salah faham

16 Ramadhan 1430H Ahad, 6 September 2009 Seharian saya di rumah Najmi. Kemudian saya ke City Connection di bandar Kuala Terengganu untuk tinjau harga tiket ke Mesir. Kuwait Airways, RM1300, satu hala. Pada saya harga itu berpatutan. Maka saya tempah tiket pada tarikh tersebut. Menjelang petang mood saya tak berapa elok. Baba pula letih sebab terpaksa uruskan kambing sendirian di bulan puasa. Maka berlakulah sedikit salah faham ketika kami hampir berbuka puasa. Namun tak lama. Segalanya jernih kembali sebab masing-masing faham keletihan dan kepenatan masing-masing.