Langkau ke kandungan utama

9HCCM: Sehari di Kota Bharu

Bangunan Pas, Kota BharuImage by rdhanz via Flickr
Hari 1
Rabu, 7 Oktober 2009

Bangun dari tidur, solat dan saya terus bersiap. Saya hanya bercadang untuk bawa satu beg. Tapi terpaksa tambah dengan satu lagi beg kertas. Banyak pula barang yang nak dibawa.



Ketika saya panaskan enjin kereta, tiba-tiba Baba menghampiri saya dengan senyum simpul. Kambing beranak dua ekor pagi ini! Wah! Lumayan!

Saya bergegas ke kandang dan ambil gambar anak kambing yang bulunya masih basah. Uri pun belum jatuh lagi.



9.30am: Kami bertolak ke Stesen Bas MBKT. Bas saya pukul 10.00 pagi. Sampai saja di sana, saya terus naik bas. Tak nak Mama dan Baba tunggu lama di stesen. Saya dapat tempat duduk tunggal, tepi tingkap. Alhamdulillah. Saya ingin mulakan catatan.

Alahai, pen rosak pula!


10.00am: Bas bergerak. Sejam kemudian kami berhenti di stesen minyak Petronas, Bandar Permaisuri, Setiu. Di sana saya beli pen baru. Bas meluncur laju. Saya hanya berbekalkan air mineral. 40 minit kemudian kami melalui Jertih, Besut. Tersergam indah di sebelah kiri kami Masjid Hadhari.

Bas melalui Pasir Putih, Pasir Tumbuh sebelum tiba di Kota Bharu pada jam 1.00 petang. Hentian terakhir kami berhampiran dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Turun saja dari bas, saya menuju ke kaunter tiket untuk tanyakan tiket ke Alor Setar. Ada, jam 9.30 malam. Tapi, naik di Stesen Langgar. Katanya antara Billion dan KB Mall. 10 minit dari pasar. Kalau naik teksi mungkin kena caj RM10.

Saya iyakan saja apa yang dia kata. Saya beli tiket Transnasional Kota Bharu -- Alor Setar (RM35.30) dan mula merayau-rayau tanpa arah tuju. Sehinggalah saya nampak Kedai Buku Jaafar Rawas. Saya pernah ke sana sebelum ke Mesir. Sebelum masuk kedai buku, saya isi perut dahulu di Mutiara Corner, bersebelahan Jaafar Rawas. Sebab saya pernah makan dengan A.yed di sini dahulu.

Saya solat dan ke kedai buku. Banyak! Sayangnya saya datang bukan dengan niat untuk beli. Takkan saya nak kelek buku yang banyak sepanjang perjalanan? Saya perlu rasional. Saya berjalan kaki tanpa arah yang khusus. Sekadar mengikut gerak hati.

Sepanjang perjalanan, saya terjumpa Muzium Kelantan, mahkamah, Kota Bhari Trade Center, Hospital Perdana, stadium, balai polis dan wisma persekutuan. Dari sana saya dapat lihat puncak Hotel Renaissance yang satu bangunan dengan Billion. Sempat saya cuci mata dan sejukkan badan di PC Depot.

Saya masuk Billion. Dari bawah sampai ke atas. Rehat sebentar. Kemudian saya menapak ke KB Mall. Dalam perjalanan, saya temui Stesen Langgar di sebelah kiri saya. OK, dah jumpa! Terlalu awal untuk saya tunggu bas sekarang. Elok saya ke KB Mall dahulu.

Kebetulan saya ada kerja yang perlu saya siapkan. Saya ke food court di KB Mall dan sambung kerja saya di sana. Edit harga pada katalog. Tiba-tiba saya disapa angin sejuk. Bila saya jenguk ke luar, rupa-rupanya hujan lebat. Kilat sabung-menyabung. Mujur saya di dalam dan tak perlu keluar. Alhamdulillah. Saya sempatkan diri untuk beli barang-barang keperluan.

Selesai solat, saya terus berjalan menuju Stesen Langgar. Minum air dan tunggu bas. Badan sudah penat. Mata sudah mengantuk.

9.15pm: Bas datang dan membawa kami ke destinasi seterusnya, Alor Setar.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. Assalamualaikum..
    uihhh awak..
    awak lalu depan rumah saya tak cakap dengan saya pon. hahahaha (ok, just kidding). If naik bas from terengganu to kota bharu FOR SURE anda akan lalu depan rumah saya yang terletak di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, Kelantan, hihihi.

    now i'm wonder : mana gambar kambing tersebut..?

    BalasPadam
  2. @Liyana: Waalaikumussalam. Saya tidur masa lalu di Pasir Puteh. Tak sempat nak bagitahu. Haha. Macam la ada nombot telefon. Gambar anak kambing tersebut ada dalam Facebook.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.