Hari yang memenatkan

28 Ramadhan 1430H

Jumaat, 18 September 2009


Kami pulang agak lewat. Sampai di rumah, saya cuma sempat tidur sedikit. Kemudian, Mama kejutkan saya untuk sahur. Hajat di hati ingin tidur semula. Tapi, sebab bersembang, saya tak sempat untuk tidur. K.wa dan A.fili sampai dari Perak dengan anak-anaknya. Tambah lagi sebab untuk tidak tidur. Anak-anak K.wa memang comel semuanya; Sarah, Fathir dan Syifa. Kemudian Mama ajak saya ke Batu 6 untuk dapatkan daging. Mama berhajatkan tulang rusuk. Sebab itu kami perlu cepat.

Di Batu 6, saya ternampak Cikgu Rowena yang mengajar saya Sains ketika Tingkatan 3. Tak sempat untuk saya tegur. Selepas berbincang, akhirnya saya dan Ebah perlu ke Mydin Mall. Keadaan sudah sesak sungguhpun masih awal pagi. Saya terpaksa letak kereta di Terengganu Trade Centre (TTC), kira-kira 10 minit berjalan.

Mujur kami ke sana berdua. Untuk timbang sayur pun perlu beratur panjang. Di sana saya sempatkan diri untuk menyapa Fakhruddin, junior di SMAASZA yang kini belajar di Jordan. Tak banyak masa yang kami buang di sana kerana saya perlu ke pasar raya Hock Kee Seng di Gong Badak pula. Sebab saya belum beli baju raya.

Di Hock Kee Seng juga tak kurang hebatnya. Ramai. Saya tak boleh ambil masa terlalu lama untuk memilih. Sebab saya perlu Solat Jumaat. Sampai di rumah, saya tak sempat untuk mandi, terus ke Masjid Batu 6. Penat!

Saya benar-benar sudah penat hinggakan tertidur selepas balik dari Solat Jumaat. Selepas Solat Asar, Baba ajak cari daun untuk kambing. Saya bagaikan sudah kehabisan tenaga. Tapi, saya paksakan juga diri menghayun parang. Ini baru betul-betul puasa.

Hari ini ada majlis berbuka puasa di surau sebelah rumah. Setiap rumah sediakan dua hidangan makanan. Surau akan sediakan nasi dan air. Saya cuma sempat bantu bersihkan gelas. Kemudian, anak C.su, Faezah ajak saya melihat kambing. Pada awalnya dia teruja nak tengok. Bila sudah dekat, dia kata nak tengok dari jauh saja.

Faiz dan Sarah juga ikut.

Ramai juga yang hadiri majlis berbuka puasa. Saya tertidur lena. Penat!

Ulasan

  1. bila balik bro?
    masih kat malaysia?
    perghhh lama cooti!

    BalasPadam
  2. @The Hobbit Frodo: Masih di Malaysia. InsyaAllah ada di Mesir menjelang November.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Memudahkan yang rumit