I'tikaf di Masjid UDM
22 Ramadhan 1430H
Sabtu, 12 September 2009
Selesai sahur, saya dapat panggilan telefon dari Ebah, adik bongsu saya. Katanya dia sudah sampai di stesen bas dari UIA. Kebetulan masa saya hidupkan enjin kereta, A.yed, Mama, K.bae dan Aisyah sampai dari IJN.
Lega. Saya tak buang masa dan terus ke stesen bas. Faiz naik bas yang sama dengan Ebah. Kami bertiga meredah kesejukan pagi pulang ke Kg. Padang Air yang tercinta.
A.yed masih tidur ketika saya keluar ke Masjid UDM yang dahulunya dikenali dengan Masjid KUSZA. Ada program i'tikaf. 10-12 September 2009. Saya cuma sempat hadir hari terakhir. Ketika saya sampai, cuma dua orang yang tinggal. U.umar dan U.sabri. Menurut U.umar, ramai lagi yang hadir, tapi sudah pulang kerana masing-masing ada hal mereka.
Teringat satu tazkirah yang menyebut, "Orang soleh berada dalam masjid macam ikan dalam air. Orang tak soleh berada dalam masjid macam burung dalam sangkar." Saya memahami hakikat kata-kata ini hari ini. Baru beberapa jam berada di masjid saya mula gelisah nak balik. Saya nekad mahu bertahan sehingga Asar. Selesai Solat Zohor, saya mulai rasa tenang. Tak gelisah lagi. Alhamdulillah.
Banyak yang sayu bualkan dengan U.umar dan U.sabri. Berbual dengan orang berilmu tak sia-sia. Banyak input yang saya dapat. Kemudian berjumpa dengan Ustaz Syed Syukri, satu-satunya ustaz yang saya kenal yang masih mengajar di SMKATJ. Lama kami bersembang.
Selesai Solat Asar, saya pulang. Sempat tengok Aisyah dan berbual ringkas dengan A.yed dan K.bae sebelum mereka bertolak ke Melor, Kelantan.
Sebelah petangnya saya ke rumah Najmi. Lama tak berbual dengan Najmi, Faiz, Nizar dan A.toha. Entah bila dapat peluang macam ini selepas ini. Selesai beri makan kambing, kami sekeluarga berbuka puasa di Surau Al-Muttaqin, Kg. Padang Air. Inilah peluang untuk kenal orang sekampung.
Lewat Asyraf tidur malam ini. Bererti saya dan Ebah juga perlu lewat tidur.

slm, di jemput ke http://lianpadukan.blogspot.com
BalasPadam@Anonymous: Waalaikumussalam. Blog yang menarik! :-)
BalasPadam