Pasang Streamyx
23 Ramadhan 1430H
Ahad, 13 September 2009
Baru berkesempatan untuk berbual panjang dengan Mama setelah seminggu lebih dia di IJN. Kemudian saya keluar beberapa kali untuk selesaikan urusan yang pelbagai.
Terkial-kial saya cuba untuk pasang Streamyx. Tidak semudah yang disangkakan. Asyraf tak ke nurseri hari ini. Semata-mata untuk gunting rambut dan beli baju raya.
Alhamdulillah, setelah beberapa lama berusaha, akhirnya selesai sudah misi saya memasang Internet di rumah.
Harap ramai yang dapat manfaat. Saya ambil masa untuk selesaikan urusan yang tertangguh. Kemudian ke Bazar Ramadhan Gong Badak, beli ayam pusing. Dalam perjalanan pulang saya singgah rumah kawan. Katanya ada kerja terjemahan untuk saya. Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Saya memang suka tugas yang diberi. Sebab itu cepat-cepat saya terima.
Selesai terawih, saya dan A.yed keluar makan di luar. Malam ini baru berkesempatan untuk kami berdua berbual-bual. Banyak yang kami bualkan. Saya rasa hal ini sangat perlu. Kami semakin dewasa dan mula membina hidup sendiri. Bimbang makin jauh nanti diheret kehidupan yang semakin sibuk.

bes laa..daa de le laa on9 sll eh
BalasPadamharap ustazah fatimah semakin sihat. ameen
BalasPadam@Ana BP 86: Ya, memang dapat online selalu. Kalau ada di rumah la... :-)
BalasPadam@Balqissy: Amiin ya Rabb. Mama saya memang sihat. IJN tu sebab anak saudara saya. Sekarang dah OK. Alhamdulillah... (sila rujuk tulisan sebelum ini untuk cerita lanjut tentang anak saudara saya)