9HCCM: Ikan goreng

Keli dan haruan digorengImage by rdhanz via Flickr
Hari 7
Selasa, 13 Oktober 2009

Seperti semalam, saya bersama C.su dan A.su menuju ke UTM setelah hantar Faizah dan Faiz ke tadika. Pagi itu saya hubungi Zulkifli, kawan sekolah saya dahulu yang kini bertugas di UTM. Kami berjanji untuk makan tengah hari bersama.



1.00pm: A.su hantarkan saya ke pintu gerbang UTM, tempat saya dah Zul berjanji untuk bertemu. Kami makan tengah hari bersama, kemudian dia bawa saya ke makmal tempat dia bekerja. Di sana, saya berkenalan dengan Saleem, kawan Zul berasal dari Turki. Saya nyatakan kepadanya yang saya pernah ke Istanbul dan perbualan kami yang panjang bermula dari situ.

5.00pm: Saya ke bilik A.su setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Zul dan Saleem.

6.00pm: Seperti semalam, setibanya di rumah A.su, saya terus menuju ke kolam untuk memancing. Kali ini saya cari cacing lebih awal sebanyak yang mungkin.

Menjelang Maghrib, ikan-ikan mula mengganas. Saya dan A.su berjaya menangkap 3 ekor keli dan 2 haruan. Tapi hanya 2 ekor keli dan seekor haruan yang berjaya C.su goreng. Selebihnya terlepas. Kebetulan C.su masak nasi goreng, makan pula dengan ikan hasil tangkapan sendiri... memang menakjubkan!

Sebelum saya akhiri sesi memancing, sempat lagi keli menjamah kail saya, tetapi terlepas kerana saya terlalu awal menggantungkannya di udara. Berat! Ikan itu terlucut. Saya juga tak begitu kesal kerana perut sudah kenyang.

Satu lagi hari yang istimewa buat saya!
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit