Mama pulang malam ini
21 Ramadhan 1430H
Jumaat, 11 September 2009
Saya habiskan pagi dengan mencari gambar-gambar lama dan saya scan untuk simpanan. Banyak gambar yang menarik yang saya jumpa. Tapi ada beberapa gambar yang saya cari dan belum saya temui.
Sedar tak sedar, sudah tiga kali saya Solat Jumaat di Batu 6. Di masjid saya sempat tegur Budin dan Madhan, kawan di Mesir. Sebelum pulang, Baba beli lauk berbuka dan saya beli minyak tanah. Di rumah, saya sekali lagi bersihkan tebu yang masih berbaki.
Entah kenapa Asyraf banyak ragamnya hari ini.
Baba keluar berbuka dengan Cikgu Aziz. K.gee dan A.zul keluar berbuka di luar. Tinggal saya dengan Asyraf di rumah. Kambing belum diberi makan. Terpaksa saya bawa Asyraf ke kandang. Mujur Asyraf jenis yang mendengar arahan.
Mama telefon dan beritahu dia akan bertolak pulang malam ini.

Ulasan
Catat Ulasan