Hari terakhir...

29 Ramadhan 1430H

Sabtu, 19 September 2009


A.yed sampai di rumah semalam. Ketika saya tidur. Semua sangka dia akan pulang sendirian. Tapi rupanya K.bae dan Aisyah juga ada.

Pagi ini saya nak alihkan baja yang berlonggok di hadapan rumah. Kedudukan asalnya di bawah rumah. Tapi, tahun lepas berlaku banjir besar. Baba bertungkus-lumus menyelamatkan baja. Ada yang 20kg, ada yang 50kg. Saya tak sekuat Baba. Tapi saya tetap nak mencuba untuk mengalihkannya.

Menjelang tengah hari, A.chik datang dengan C.chik, A.reeh dan Kimi. Tapi tak lama. Mereka perlu pulang ke Besut. Saya teruskan kerja saya.

Tiba-tiba posmen datang. Saya terima kiriman yang mengejutkan dari Aiyrie. Terima kasih banyak-banyak! Kejutan yang sungguh bermakna.

Menjelang tengah hari, saya, A.su dan A.yed keluar beli barang. Saya tertidur dalam kereta. Kuat juga penangan baja. Sampai di rumah, saya masih mengantuk.

Selepas Solat Asar, saya teruskan kerja saya. Baba sendirian cari daun untuk kambing. Saya dengan baja. A.yed basuh kereta.Yang lain sibuk dengan kerja masing-masing.

Selesai Solat Isyak, kami bertakbir beramai-ramai. Lain rasanya bertakbir dengan kanak-kanak yang comel di sana-sini. Meriah! Kemudian saya, A.su dan A.yed keluar. A.yed bayar zakat fitrah dia dan keluarga. Kemudian kami minum di kedai.

Pulang ke rumah, saya terus tidur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit