9HCCM: Hari terakhir

KuantanImage by rdhanz via Flickr
Hari 9
Khamis, 15 Oktober 2009

Hari terakhir dalam perjalanan saya.



2.30am: Saya tiba di Terminal Makmur, Kuantan. Saya pernah di sini bersama Fahmi dan Wahab, terkial-kial mencari tiket bas kerana esok sudah AidilAdha. Saya tersenyum sendirian mengenangkan hal tersebut sambil berbaring di atas bangku yang ada.



6.15am: Solat Subuh. Selesai solat, telefon berdering. Baba tanyakan saya di mana.

Saya berjalan-jalan ke kawasan sekitar. Badan masih penat, beg pun boleh tahan berat. Maka, saya tak berjalan terlalu jauh. Cukup untuk melihat suasana pagi di bandar Kuantan ini.

Saya sarapan di restoran yang berdekatan. Beli topup. Kemudian beli tiket bas Kuantan -- Kuala Terengganu (RM18). Sebelum itu sempat saya berbincang dengan Syajiri, kawan saya di Mesir yang tinggal di Dungun. Cadangannya, saya nak ke Dungun terlebih dahulu. Tapi tak sempat.

9.30am: Bas bergerak dari Kuantan. Beberapa jam kemudian, saya tamatkan perjalanan saya. Baba jemput saya di stesen bas.

Banyak yang saya kutip dari perjalanan yang singkat ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua, terutamanya kepada kawan-kawan dan keluarga yang saya susahkan sepanjang perjalanan saya ini. Terima kasih atas bantuan kalian.

Tamat, 9 hari cuti-cuti Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit