9HCCM: Beli tiket bas

Hari 0
Selasa, 6 Oktober 2009

9.00pm: Saya ajak A.yed ke stesen bas untuk beli tiket bas. Saya pilih Transnasional perjalanan Kuala Terengganu -- Kota Bharu (RM14.30).



"Lepas Kota Bharu nak ke mana?"
"Alor Setar."
"Kenapa tak beli terus tiket Kota Bharu -- Alor Setar?"
"Em... biarlah..."

Sengaja saya tak terus beli tiket Kota Bharu -- Alor Setar. Saya yakin tiket ada sebab sekarang bukan musim cuti. Kalau seminggu sebelum raya, tak berani saya.



Kemudian kami ke warung untuk makan malam. Sambil jumpa beberapa orang kawan A.yed. Bila bersurai, A.yed macam sudah mahu pulang. Saya belum. Kami ke Masjid Terapung, Kuala Ibai. Tersengih A.yed bila terjumpa pemandangan yang sangat cantik. Kena pula bulan mengambang. Tanpa lengah dia ketik DSLRnya. Sayang, tak bawa tripod.

Lama juga di sana. Maklumlah, tangkap gambar. Sekali ketik tak puas hati. Ketik lagi. Kemudian kami menuju rumah. Dalam hati saya, saya bertanya, "Takkan dah nak balik kot?" Sekali lagi saya cadangkan kami ke Pantai Telaga Batin. Jarang dapat peluang berdua dengan A.yed. Kebetulan K.bae dan Aisyah ada di Kelantan, saya ambil peluang ini untuk kami berbual bersama. Banyak yang kami kongsikan, banyak yang kami ceritakan. Maklumlah, abang dan adik. Saya pula jarang balik.

Kami berbual di kedai makan yang mengadap laut sambil makan keropok lekor goreng.

Mata sudah mengantuk. Masa untuk pulang.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit