Kemaskini Twitter dengan SMS di Malaysia
Saya banyak gunakan Twitter untuk memberitahu keluarga dan kawan-kawan saya tentang keadaan semasa saya. Twitter boleh dihubungkan ke blog dan Facebook -- dua tempat yang banyak saya habiskan masa ketika online.
Namun, sejak saya tiba di Malaysia, saya jarang menggunakan Twitter. Pertamanya, kerana masalah talian Internet. Saya perlu berusaha keras untuk masukkan talian Internet di rumah. Alhamdulillah, berjaya. Tapi, tetap tak boleh selalu kemaskini Twitter saya, sebab perlu berebut dengan Asyraf yang setiap hari nak tengok Ultraman Tiga. Alahai~
Sebab kedua, saya tak boleh kemaskini Twitter dengan menggunakan SMS sebagaimana yang saya lakukan di Mesir. Saya hairan juga kenapa tak boleh. Secara ringkasnya saya katakan, ada masalah untuk lakukannya dengan cara biasa.
Rupa-rupanya, untuk kemaskini Twitter dengan SMS di Malaysia, perlu gunakan pihak ketiga. Baru sekejap tadi saya terjumpa V-Club yang membantu pengguna Twitter di Malaysia kemaskini akaun mereka dengan menggunakan SMS. Daftar akaun Twitter dan nombor telefon bimbit anda di sana, mulakan SMS anda dengan TWEET, tuliskan mesej anda dan hantarkan ke 33212. Hanya 15 sen dicaj untuk setiap SMS.
Buat masa ini, saya ingin mencuba keupayaan V-Club dalam menguruskan mesej-mesej yang masuk ke server mereka. Apa-apa pun, saya sangat teruja dan ini adalah satu permulaan yang baik! Syabas!

Ulasan
Catat Ulasan