Iklan kambing

20 Ramadhan 1430H

Khamis, 10 September 2009


Asyraf tidak ke nurseri hari ini. Entah kenapa dia susah untuk bangun pagi ini. Mungkin dia tidur lewat semalam.

Tak pernah sebegini. Biasanya mudah saja. Mujur K.gee ada hari ini. Boleh saya keluar hantar barang kepada kawan. K.gee beli pelita dan dia pesan supaya saya belikan minyak tanah.

Selesai Solat Zohor, sekali lagi saya keluar. Beli makanan kambing yang sudah hampir habis dan beli lauk berbuka. Saya termenung seketika. Seguni makanan kambing RM32. Tahan seminggu. Bererti sebulan perlukan empat guni. RM128. Setahun RM1536. Banyak juga. Di Batu 6, terjumpa Ustazah Akma yang mengajar saya Pendidikan Islam Tingkatan 3. Tapi tak sempat tegur.

Baba sudah lama minta saya buatkan iklan untuk jual kambing. Sekarang baru boleh saya laksanakan.

Alhamdulillah, sudah diedarkan. Harap-harap ia berkesan.

Balik ke rumah, saya dan Baba bersihkan tebu. Kemudian saya minta tolong penjual air tebu di depan Sekolah Kebangsaan Padang Air untuk mesin tebu tersebut. Syaratnya, tebu mesti dibersihkan. Alhamdulillah, banyak juga air yang dapat.

Kerana kepenatan, petang ini saya terlewat beri makan kambing. Mujur sempat. Pada malamnya K.gee minta saya pasangkan pelita. Saya ambil gambar pelita yang menyala. Susah nak dapat pemandangan sebegini di Mesir.

Ulasan

  1. Salam, ayah saya pun ada wat ternak kambing kecil-kecilan.. die pun mintak tlg saya watkan iklan kat internet.. leh la refer2 kat sini.. hehe http://bekalankambing.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. @Ash Abd Rahman: Waalaikumussalam. Kita sekapal! :-) Saya iklankan secara offline saja. Sebab kambing tak banyak. Sekarang ada 29 ekor. Sangat ingin jual separuh. Nak ringankan beban ayah saya. Ada cadangan? Anyway, nice blog! :-D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit