Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

10 faedah berzikir

Imej
Image by Acizane via Flickr 1. Hindari syaitan. 2. Dapat keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. 3. Hilangkan kesedihan. 4. Menguatkan tubuh badan. 5. Merasakan pengawasan Allah Subhanahu wa Taala. 6. Menghapuskan dosa. 7. Menghalang lidah dari mengumpat dan mengadu domba. 8. Menghalang dari keras hati. 9. Menghalang dari sifat munafiq. 10. Menambah kekuatan hati dan badan.

6 jenis bateri untuk kamera digital

Imej
Image via Wikipedia 1. Bateri Alkali Paling meluas digunakan, tetapi cepat habis dan tidak boleh digunakan semula. Perlu bawa banyak jika ingin melancong lama. 2. Bateri Lithium Juga jenis pakai-buang, tetapi tahan lebih lama berbanding bateri alkali. Agak mahal tetapi kebanyakkan kamera digital sesuai dengan bateri jenis ini. 3. Nickel-Cadmium ( NiCd ) Jenis termurah dalam kategori bateri cas semula. Kekuatannya diukur dengan unit mAh -- lebih tinggi lebih kuat. Bateri jenis ini perlu digunakan sehingga habis sebelum dicaj semula atau ia akan cepat rosak. 4. Nickel-Metal Hydride (NiMh) NiMh adalah jenis bateri cas semula yang paling popular. Ia tahan lebih lama, tetapi akan habis cas jika ditinggalkan di dalam kamera tanpa guna. Seperti bateri NiCd, kekuatannya diukur dengan unit mAh. Ia lebih baik untuk alam sekitar berbanding bateri pakai-buang kerana ia tahan lebih lama dan boleh dicas semula. Ia juga lebih menjimatkan selagi mana ia boleh dicas semula. 5. Lithium-Io

Pengumuman penting: Kes samun di Toob El-Ramly

Imej
Image via Wikipedia  Ini berita yang baru saya terima. Seorang pelajar Indonesia di sini telah disamun oleh sekumpulan lima orang lelaki berkulit hitam yang menaiki kereta di sekitar Toob El-Ramly, Hayyu Asyir. Penyamun berkenaan melarikan beg yang berisi pasport mangsa (A621653 -- M. Munif) , kad pelajar (Tahun 3) dan sejumlah wang. Kepada sesiapa yang menjumpai barang-barang yang disebutkan, sila hubungi 010-2933567. Harap penduduk sekitar kawasan berkenaan lebih waspada. Semoga Allah Subhanahu wa Taala melindungi kita semua. Amiin ya Rabb!

6 isim yang tidak berubah

Imej
Image by Cool Hossam !! via Flickr 1. Dhomir: Kata ganti nama. i) Berpisah -- Dhomir rafa' أنا/ نحن/ أنتَ/ أنتِ/ أنتما/ أنتم/ أنتن/ هو/ هي/ هما/ هم/ هن -- Dhomir nasab إياي/ إيانا/ إياك/ إياكما/ إياكم/ إياكن/ إياه/ إياها/ إياهما/ إياهم/ إياهن ii) Bersambung -- Dhomir rafa' حضرتُ -- Dhomir nasab أكرمني/ أكرمكَ/ أكرمهُ -- Dhomir jar مر بي/ مر بنا/ مر بكَ/ مر بكِ/ مر بكما/ مر بكم/ مر بكن/ مر به/ مر بها/ مر بهما/ مر بهم/ مر بهن 2. Isim isyarah: Kata tunjuk. هذا/ هذه/ هذان/ هاتان/ هؤلاء/ هنا/ هناك/ ثَم 3. Isim mausul: Kata hubung. الذي/ التي/ الذان/ اللنات/ الذين/ اللاتي/ مَن/ ما 4. Isim istifham: Kata tanya. مَن حضر؟/ ما هذا؟/ متى جئت؟/ أين كنت؟/ كيف حالك؟/ كم مالك؟ 5. Isim syarat (lihat 'apa yang menjazamkan dua fi'il') 6. Isim fi'il: Kata yang menggantikan fi'il  dari sudut makna dan penggunaan. i) Isim fi'il amar صَه/ آمين/ هَلُمَّ ii) Isim fi'il madhi كهَيهات/ شتان iii) Isim fi'il mudhari&#

Selepas 12 hari...

Imej
Image via Wikipedia Saya terkedu. Terasa menyesal. Pertama, kerana cuba untuk download walaupun sudah tahu bahawa komputer saya mempunyai kapasiti yang sangat terhad. Kedua, untuk menyelesaikan masalah, saya telah ambil keputusan untuk restart. Setelah berkhidmat selama 12 hari, termasuk dua hari penuh berkhidmat dengan cemerlang, akhirnya USB Ubuntu saya telah menyerah kalah. Sebenarnya, saya yang mengalah. Beberapa kali saya cuba hidupkan kembali USB ini, namun hampa. Mungkin ia perlukan rehat. Mungkin saya perlukan rehat. Keputusan awal eksperimen menunjukkan USB pen drive boleh bertahan selama 12 hari jika dijadikan boot driver. Keputusan yang agak memberangsangkan memandangkan ada yang berkata ia hanya tahan selama seminggu. Namun agak mengecewakan kerana saya berharap ia dapat bertahan lebih lama. Paling tidak sebulan. Timbul persoalan di benak saya, jika saya menggunakan pen drive jenama lain, adakah keputusannya akan berbeza? Jika saya menggunakan pen drive berkapasit

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Imej
Image by Cool Hossam !! via Flickr 3 jenis fi'il: 1. Madhi 2. Mudhari' 3. Amar Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il). Hukumnya: Mabni dengan baris atas. حضرَ Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah. Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf. احضُر Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'. Hukumnya: 1. Mabni: i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid. ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath. ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ 2. Mu'rab: i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam. يحضرُ ii) Nasab: Jika didahului dengan: - Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai. - Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersem

10 tempat i'rab

Imej
Image by Swamibu via Flickr 1. Isim mufrad i) Rafa' dengan baris depan جاء زيدٌ ii) Nasab dengan baris atas رأيت زيداً iii) Jar dengan baris bawah مررت بزيدٍ 2. Jama' taksir i) Rafa' dengan baris depan جاء الرجالُ ii) Nasab dengan baris atas رأيت الرجالَ iii) Jar dengan baris bawah مررت بالرجالِ 3. Jama' muannath salim i) Rafa' dengan baris depan جاءت المسلماتُ ii) Nasab dengan baris bawah (ganti kepada baris atas) خلق الله السمواتِ iii) Jar dengan baris bawah غفر الله للمؤمناتِ 4. Isim allazi la yunsorif i) Rafa' dengan baris depan حضر أحمدُ ii) Nasab dengan baris atas بعث الله أحمدَ iii) Jar dengan baris atas (ganti kepada baris bawah) صلى الله على أحمدَ 5. Fi'il mudhari' sohih aakhir i) Rafa' dengan baris depan يكتبُ زيد ii) Nasab dengan baris atas لن يكتبَ زيد iii) Jazam dengan baris mati لم يكتبْ 6. Fi'il mudhari' mu'tal aakhir i) Rafa' dengan baris depan yang te

I'rab dan bina'

I'rab: Perubahan akhir perkataan kerana awamil yang masuk ke atasnya secara lafaz atau taqdir. Bina': Kekal akhir perkataan dengan satu keadaan. i) Asal isim adalah i'rab. ii) Asal fi'il adalah bina'. iii) Harf semuanya bina'. Apa yang berubah pada baris: i) Isim mufrad ii) Jama' taksir iii) Jama' muannath salim iv) Isim allazi la yunsorif v) Fi'il mudhari' sohih aakhir vi) Fi'il mudhari' mu'tal aakhir Apa yang berubah pada huruf: i) Muthanna ii) Jama' muzakkar salim iii) Asma' khamsah iv) Af'al khamsah Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

Kalam dan pembahagiannya

Kalam: Apa yang terhimpun padanya 4 perkara; lafaz, murakkab, mufid dan bilwadh'ie. i) Lafaz: Suara yang mengandungi huruf hijaiyah. ii) Murakkab: Apa yang tersusun dari 2 perkataan atau lebih. قام زيد/ زيد قائم iii) Mufid: Apa yang memberi faedah. iv) Bilwadh'ie: Bahasa Arab. Bahagian-bahagian kalam yang ditulis dengannya terbahagi kepada 3; isim, fi'il dan harf. i) Isim: Perkataan yang memberi makna pada dirinya tanpa dikaitkan dengan masa. ii) Fi'il: Perkataan yang memberi makna pada dirinya dengan dikaitkan dengan masa. Terbahagi kepada 3; madhi (masa lalu), mudhari' (sekarang dan akan datang) dan amar (arahan). iii) Harf: Perkataan yang tidak zahir maknanya melainkan jika digabungkan. هل/ و/ في/ لم Tanda-tanda: 1. Isim: i) Menerima alif-lam الرجل/ الغلام ii) Menerima tanwin زيدٌ iii) Boleh disandarkan kepadanya كتبتُ 2. Fi'il: Madhi -- Menerima ta' ta'nith قامتْ Mudhari' -- Menerima sin, saufa dan lam (lam-mim) سيقعد/ سوف يقعد/ لم يقعد A

Nombor-nombor itu...

Imej
Image by (klaus) via Flickr Saya memerhatikan nombor-nombor yang tercatit dengan keluhan kecil. Cerita lama berulang kembali. 24/7 Setiap orang diberi 24 jam sehari. Dalam tempoh itu, kita penuhkan dengan pelbagai aktiviti. Ada yang dirancang, ada yang tidak dirancang. Ada yang perlu dan ada yang tidak perlu. Usaha untuk mengubah rutin adalah satu usaha yang berterusan. Kerana itu nombor-nombor ini tercatit. Rutin lama vs rutin baru Untuk saya melazimi dengan rutin yang baru, saya telah mengorbankan rutin-rutin lama. Bukan dengan sengaja. Tetapi, inilah yang dapat saya pelajari dari nombor-nombor ini. Antara 6 item, hanya satu item yang bertambah baik. Satu lagi kekal, manakala selebihnya menjunam teruk. Benar, ada banyak faktor yang menyebabkan nombor-nombor itu berkurangan. Ada hari-hari yang dibebani dengan pelbagai kerja dan aktiviti. Ada hari-hari yang lapang tanpa sebarang kerja. Maka, secara logiknya, hari yang lapang tentu akan lebih baik prestasinya berbanding hari

Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah

Imej
Image via Wikipedia Saya berkenalan dengan tulisan ini ketika bermusafir di Yaman pada akhir tahun 2006. Ketika itu saya mencari rujukan yang ringkas buat saya memperbaiki kefahaman saya dalam fiqh . Ternyata tulisan ini memenuhi kehendak saya. Penulisnya ialah Habib Ahmad bin Zain bin Alawi Al-Habsyi. Ia telah dicetak dengan cetakan yang pelbagai; Mesir, Saudi , Yaman, Indonesia dll. Ia adalah silibus di kebanyakkan sekolah dan pondok di Hadramaut . Juga di tempat-tempat lain seperti Zabid, Tihamah Yaman, Hijaz , Mekah, Madinah , Indonesia, Malaysia , Mesir, Afrika Selatan, Kenya, Uganda dan Algeria. Kitab yang mensyarahkan tulisan ini: 1. Anwar Lami'ah wa Tatimmat Wasi'ah syarh Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah 2. Bahjah Al-Wasail bisyarh Masail Ar-Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah 3. Syarah Alamah Muhammad bin Salim Ba Basil Al-Hajrini Al-Hadhrami Al-Makki 4. Durur Lami'ah syarh Risalah Jami'ah 5. Syarh Ar-Risalah Jami'ah 6. Ghil

Habib Ahmad bin Zain bin Alawi Al-Habsyi

Imej
Image via Wikipedia Nama penuh: Ahmad bin Zain bin Alawi bin Ahmad bin Muhammad bin Alawi bin Abi Bakr Al-Habsyi. Gelaran: Sayyid Alamah, Faqih Hibr, Imam Qudwah, Abid Soleh, Shihabuddin Kelahiran: Di Ghurfah pada awal tahun 1069H. Belajar: 1. Beliau belajar dengan ulama-ulama dari Syibam, Taris, Seyoun dan Tarim. 2. Antara guru beliau yang paling terkenal ialah Imam Abdullah Ba Alawi Al-Haddad dan beliau berguru dengan Imam Al-Haddad ini selama 40 tahun dan telah belajar darinya 70 kitab dari pelbagai bidang. 3. Antara guru beliau yang terkenal juga Imam Abdullah bin Ahmad Ba Faqih. 4. Beliau juga berguru dengan Syeikh Ahmad bin Abdullah Syarahil di Syibam. 5. Dan Syeikh Abdul Rahim bin Qadhi Ba Kathir di Taris. Dakwah: 1. Setelah Imam Al-Haddad meninggal pada tahun 1133H, majoriti anak murid Imam Al-Haddad menjadikan Habib Ahmad Al-Habsyi sebagai rujukan. 2. Sejak itu kebolehannya dalam berdakwah kepada Allah Subhanahu wa Taala terserlah. 3. Beliau pernah menetap d

8 maksiat dengan badan

Imej
Image via Wikipedia 1. Maksiat perut seperti: i) Makan riba ii) Minum perkara yang memabukkan iii) Makan harta anak yatim iv) Makan makanan dan minuman yang Allah haramkan v) Allah Taala dan RasulNya Sallallahu alaihi wasallam melaknat orang yang memakan riba dan setiap apa yang menyumbang ke arah itu vi) Juga dilaknat peminum arak dan semua yang membantu peminumnya minum dan membelinya 2. Maksiat lisan itu banyak, contohnya: i) Mengumpat: Menyebut perihal saudara semuslim dengan apa yang tidak disukainya walaupun perkara itu benar ii) Mengadu domba iii) Menipu iv) Mencela v) Melaknat vi) Dan sebagainya 3. Maksiat mata: i) Melihat perempuan ajnabi ii) Melihat aurat iii) Melihat dengan pandangan menghina kepada muslim iv) Melihat ke dalam rumah orang lain tanpa izin v) Dan sebagainya 4. Maksiat telinga: i) Mendengar umpatan ii) Dan sebagainya yang diharamkan 5. Maksiat tangan seperti: i) Mengurangkan timbangan ii) Khianat iii) Mencuri iv) Semua muamalat y

19 ketaatan hati

Imej
Image by (¯`·.¸¸.¤*¨¨*¤.๑۩۩۩๑Zeyneeep! via Flickr 1. Beriman kepada Allah Taala 2. Yakin 3. Ikhlas 4. Tawadhu' 5. Nasihat sesama muslim 6. Bermurah hati 7. Bersangka baik 8. Membesarkan syiar-syiar Allah Taala 9. Bersyukur dengan ni'mat Allah Taala seperti: i) Islam ii) Ketaatan iii) Dan lain-lain ni'mat 10. Sabar atas bencana seperti: i) Sakit ii) Ujian iii) Kematian orang yang disayangi iv) Kekurangan wang v) Diugut manusia 11. Sabar atas ketaatan 12. Sabar atas maksiat 13. Yakin bahawa rezeki itu dari Allah Taala 14. Membenci dunia 15. Memerangi nafsu dan syaitan 16. Mencintai Allah dan RasulNya Sallallahu alaihi wasallam, para sahabat Baginda, ahli keluarga Baginda, tabiin dan para solihin 17. Redha dengan Allah Taala 18. Tawakkal kepada Allah Taala 19. Dan lain-lain kewajipan hati yang menyelamatkan

Jawapan Kuiz April 2009

Imej
Image by iwona_kellie via Flickr 1. Apakah jenis laptop yang dicadangkan baik dalam blog ini? C. iii dan iv iii. Toshiba iv. Hyundai -- Satu lagi jenama laptop yang baik ialah ASUS. 2. Apakah hukum wudhu' jika terpijak tahi cicak? A. Tidak batal -- Tak batal wudhu' jika terpijak tahi cicak. Cuma perlu basuh sebelum solat kerana antara syarat sah solat ialah suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat solat. 3. Antara berikut, apakah minuman kegemaran RdhanZ? B. Air masak -- Air masak baik untuk kesihatan anda! :-) 4. Berapakah jumlah blog baru yang mendapat Anugerah Buku Nota Mac 2009? A. 5 -- Rujuk Laporan Mac 2009. 5. Apakah had muka secara menegak? B. Dari anak rambut hingga ke pangkal janggut dan dagu. -- Rujuk 6 rukun wudhu'. 6. Berapakah rukun Iman? C. 6 -- Soalan ini soalan trick kerana ramai yang bertukar antara rukun iman dan rukun Islam. 7. Berapa lamakah Syeikh Jibril mengulang baca Al-Qurannya dalam sehari? D. Sejam 40 minit --

11 maksiat hati

Imej
Image by mozzercork via Flickr 1. Menjaga hati dari maksiat adalah kewajipan setiap setiap muslim. 2. Begitu juga menjaga setiap anggota, fardhu ain atas setiap muslim. 3. Antara maksiat hati: i) Syak kepada Allah Taala. ii) Berasa aman dari murka Allah Taala. iii) Putus asa dari rahmat Allah Taala. iv) Meninggi diri dengan hamba-hamba Allah Taala. v) Riya'. vi) Ujub dengan ketaatan kepada Allah Taala. vii) Hasad dan dengki kepada hamba-hamba Allah Taala. *Hasad: Membenci ni'mat yang dikurniakan kepada muslim dan berhasrat agar dikurangkan ni'mat tersebut. viii) Kekal dalam keadaan maksiat kepada Allah Taala. ix) Kedekut dengan apa yang Allah Taala berikan x) Buruk sangka dengan Allah Taala dan hamba-hambaNya. xi) Meremehkan apa yang Allah Taala besarkan: -- ketaatan -- maksiat -- Al-Quran -- ilmu -- syurga -- neraka 4. Semua ini termasuk dosa-dosa dan perkara keji yang membinasakan. Bahkan ada diantaranya membawa kepada kekufuran. Maka mintalah p

Jumaat hari untuk bertelefon: Sarah sakit

Imej
Image via Wikipedia Lama sudah saya tidak menulis siri ini. Jumaat hari untuk bertelefon. Bererti, saya jarang telefon rumah kebelakangan ini. Kalau telefon pun, bukan hari Jumaat. Telefon K.nor Saya memilih untuk menelefon telefon bimbit K.nor kerana khuatir kalau-kalau saya tertelefon Ayed ketika mendengar khutbah atau ketika dia sedang sujud. Tentu huru-hara jadinya. Kebetulan waktu yang saya pilih untuk telefon pagi tadi agak hampir dengan waktu Zohor di Malaysia . Saya memulakan perbualan dengan K.nor. Kedengaran suara teruja dia mengangkat telefon. Mungkin dia sangka A.tohir yang telefon. Maklumlah, saya dan A.tohir sama-sama duduk jauh dan telefon guna VoIP (Voice over Internet Protocol -- khidmat PC to Phone), maka nombor yang tertera pada skrin telefon bimbit adalah sama. "Baru je tanya bakpe lame Syakir tak telefon." Ajak ke UK Saya senyum. Tapi terpaksa juga keluarkan sedikit bunyi, "He he..." Kalau tidak, K.nor tak tahu bahawa saya sedang

16 perkara tentang haji dan umrah

Imej
Image via Wikipedia 1. Haji adalah rukun kelima dalam Islam. 2. Ia adalah wajib ke atas semua muslim yang mukallaf dan merdeka. 3. Haji dan umrah masing-masing wajib sekali seumur hidup dengan syarat mampu. 4. Mampu: Memiliki apa yang diperlukan ketika perjalanan untuk menunaikan haji pergi dan balik dan belanja tanggungannya sepeninggalannya menunaikan ibadah haji. 5. Amalan haji terbahagi kepada tiga; rukun, wajib dan sunat. 6. Rukun haji: i) Ihram: Niat masuk haji atau umrah. Sunat disebut bersekali dengannya: Aku berniat untuk haji atau umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala. *Tidak sah ihram untuk haji kecuali pada bulan-bulannya iaitu: Syawal, ZulQaedah dan 10 hari dalam bulan ZulHijjah dan berakhir pada terbit matahari hari pertama Raya Qurban. ii) Wuquf di Arafah iii) Tawaf ifadhah iv) Saie v) Bercukur atau potong rambut 7. Rukun umrah: Sama seperti rukun haji kecuali wuquf di Arafah. 8. Wajib bagi orang yang melakukan tawaf untuk: i)

Kanak-kanak riang

Imej
Komputer restart beberapa kali. Masalah semakin rumit kerana Ubuntu USB ini perlukan 10 minit untuk load. Sangat lama. Kalau guna hard disk , seminit pun tak sampai... Teori saya, sistem restart sebab ruang fail sementara penuh. Ubuntu tiada perisian untuk mengosongkan ruang fail sementara seperti CCleaner untuk Windows . Kerana itu, untuk mengosongkan ruang tersebut ia perlu restart. Tapi, kenapa terlalu kerap? Barulah saya teringat, sebentar tadi saya baru saja menerima kepilan dari e-mel Ayed. Kepilan apakah itu? Siapakah kanak-kanak riang ini? Dari atas: Sarah, Fatir dan Syifa. Semua ini anak K.wa dan A.fili yang kini menetap di Perak . (Saya cuba untuk menulis lebih panjang. Tak boleh.) ~ Homesick ~

9 perkara tentang zakat

Imej
Image by Mindful One via Flickr 1. Zakat merupakan rukun keempat dalam rukun Islam. 2. Wajib ke atas muslim untuk mengetahui jenis-jenis harta yang wajib untuk dizakatkan iaitu: i) Binatang ternakan ii) Emas dan perak iii) Perniagaan iv) Harta karun v) Hasil galian emas dan perak vi) Bijirin dan buah-buahan 3. Disyaratkan cukup tempoh dan cukup nisab. 4. Wajib ke atas perniagaan dan emas dan perak sebanyak 2.5%. 5. Wajib ke atas bijirin dan buah-buahan yang dialirkan air sebanyak 5%. 6. Wajib ke atas bijirin dan buah-buahan yang tidak dialirkan air sebanyak 10%. 7. Zakat fitrah wajib ke atas setiap muslim jika lebih makanannya dan siapa dalam tanggungannya pada hari raya dan malamnya iaitu dengan empat cupak makanan ruji. 8. Diwajibkan niat atas semuanya. 9. Tidak harus dibahagikan zakat dan zakat fitrah melainkan kepada orang yang merdeka, muslim dan bersifat dengan salah satu dari lapan golongan: i) Faqir ii) Miskin iii) Amil zakat iv) Orang yang baru ma

8 larangan dan 3 suruhan dalam bersaudara

Imej
Image by Torley via Flickr Larangan: 1. Saling berdengki: Mengharapkan Allah Subhanahu wa Taala hilangkan ni'mat saudaranya. 2. Sengaja menaikkan harga barang tanpa hasrat untuk membeli. 3. Saling membenci. 4. Saling tidak bertegur sapa. 5. Membeli belian saudaranya dengan harga yang lebih tinggi. 6. Menzalimi. 7. Menipu. 8. Menghina. Suruhan: 1. Menghayati hakikat bahawa setiap muslim itu saudara kepada muslim yang lain. 2. Menjadikan taqwa sebagai neraca kemuliaan seseorang. 3. Menjaga hak saudaranya dari sudut: i) Darahnya -- Tidak boleh mencederakannya dan menyakitinya. ii) Hartanya -- Tidak boleh merampas dan berlaku khianat terhadap hartanya. iii) Kehormatan -- Tidak boleh menjatuhkan maruah dan kehormatannya dengan apa cara sekalipun.

Cerita pagi ini

Imej
Image via Wikipedia Tubuh terasa lemah. Barangkali kerana tidur lewat. Tidur awal pun jika tidak kena caranya lenguh juga. Wayar disambungkan, suis pemanas air dipetik dan kunci air dibuka. Kemudian muka disembamkan ke bantal sambil menunggu air panas. Hati terasa sakit mengenangkan talian Internet yang tidak stabil. Bukan setakat tidak stabil, bahkan bagaikan mempermainkan perasaan! Di manakah silapnya? Tidak tahu di mana silapnya. Sebelum ini, memang saya sudah cam ada masalah pada talian. Dari arahan ping -t pada tetingkap Run saya dapat kenalpasti bahawa sekiranya ping dibalas dari IP 169.xxx.xxx.xx, maka talian akan bersambung secara normal. Namun, ia kerap berubah. Apabila ia berubah kepada IP 10.x.x.x atau 127.x.x.x, talian bagaikan terputus sementara. Terpaksa menunggu ia berubah kembali kepada IP 169.xxx.xxx.xx. Namun kali ini situasi sangat berbeza. Saya tidak lagi gunakan arahan ping -t sebagai pedoman kerana arahan ini tidak disertakan dengan masa. Saya jadikan

8 persiapan untuk Hari Akhirat

Imej
Image by howcheng via Flickr 1. Doa pohon keselamatan dari neraka dan dimasukkan ke syurga bersama-sama orang soleh. 2. Melazimi bangun malam untuk solat dan membaca Al-Quran. 3. Mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. 4. Memaafkan orang lain sebelum tidur. 5. Memikirkan hak orang lain ke atas diri sendiri berbanding memikirkan hak diri sendiri ke atas orang lain. 6. Meminta nasihat dan teguran kawan-kawan. 7. Melazimi istighfar dan membaca ayat Kursi selepas solat. 8. Berselawat dan istighfar dalam perjalanan ke masjid. Tips untuk dapatkan ketenangan ketika tidur 1. Selesaikan kewajipan harian. 2. Tinggalkan maksiat.

4 perkara tentang puasa

Imej
Image via Wikipedia 1. Puasa itu rukun ketiga dalam Islam. 2. Menurut bahasa ia diertikan sebagai: Menahan. 3. Menurut syara' ia diertikan sebagai: Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa dengan niat yang khusus dengan cara yang khusus. Cara yang khusus: Niat untuk setiap hari pada waktu malam. Pembatal puasa: i) Makanan ii) Minuman iii) Bersetubuh iv) Onani v) Muntah dengan sengaja 4. Perkara yang menyempurnakan puasa: i) Menjaga anggota dari melakukan perkara yang makruh. ii) Berbuka dengan makanan yang halal. iii) Tidak makan dengan banyak. iv) Digalakkan memperbanyakkan puasa terutamanya pada hari-hari yang mulia dalam Islam.

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan. Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah. Rukun-rukun khutbah Jumaat: 1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala. 2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam. 3. Berpesan supaya bertaqwa. 4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah. 5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua. Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah. Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah. Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu. Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.

6 pengajaran dari komputer rosak

Imej
Image via Wikipedia Komputer rosak. Maka mood saya kurang elok. Jangan buat lawak teknologi di depan saya, atau anda akan dikecewakan dengan muka yang masam. Hard disk yang rosak. Awalnya Windows yang meragam. Kemudian melarat ke seluruh partition C. Kemudian merebak ke seluruh partition D. Tamatlah riwayat hard disk saya. Sekarang saya online menggunakan komputer saya -- tanpa hard disk. Ya, tanpa hard disk. Saya guna Live CD Ubuntu 9.04 beta. Alternatif kepada Windows. Cuma, saya tak boleh simpan sebarang maklumat sekarang sebab ketiadaan hard disk. Boleh tengok dan usik sahaja. Tak boleh simpan... Sungguh, banyak yang saya pelajari tiga hari ini: 1. Setiap hardware ada tempoh akhirnya, dan tempoh akhirnya akan berkurangan akibat penggunaan yang lasak. 2. Ada banyak cara alternatif yang belum diketahui. Antara yang akan saya cuba selepas ini ialah boot menggunakan USD pen drive. Maknanya, saya akan install Ubuntu dalam pen drive dan saya akan hidupkan komputer saya hany

8 pembatal solat

Imej
Image by thepatahtumbuh™(life expression) via Flickr 1. Berkata-kata. Sekiranya sengaja, memadai dengan dua huruf untuk membatalkan solat. Sekiranya terlupa tetapi berkata-kata dengan kata-kata yang banyak juga membatalkan solat. 2. Perbuatan yang banyak seperti tiga kali melangkah. 3. Makan. 4. Minum. 5. Tersingkap aurat jika tidak segera ditutup. 6. Terkena najis jika tidak segera dibuangkannya tanpa menanggungnya. 7. Mendahului imam dengan dua perbuatan yang rukun. 8. Ditinggalkan imam dengan dua perbuatan yang rukun tanpa keuzuran. Tidak sah solat berimamkan: 1. Orang kafir. 2. Perempuan. 3. Khuntha.