5 tips kurangkan kesan sumpahan Raja Midas

A Canadian Gold Maple Leaf, the purest gold co...Image via Wikipedia
Pernahkah anda membaca cerita tentang Raja Midas?

Raja Midas adalah seorang raja yang dikurniakan kelebihan istimewa iaitu apa sahaja yang disentuhnya akan bertukar menjadi emas. Akhirnya, dia tidak mampu menikmati kekayaan yang dimilikinya kerana semuanya bertukar menjadi emas dan tidak lagi boleh dinikmati seperti biasa.

Raja Midas Moden

Cuba bayangkan jika Raja Midas keluar berjalan-jalan untuk membeli-belah di Jalan Chow Kit atau di Pasar Husin. Segala yang disentuhnya bertukar menjadi emas. Sudah tentu penjual akan mengenakan harga yang berganda padanya.

Inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda kali ini.

Sentuhan Raja Midas

Saya ada kelebihan yang hampir serupa dengan Raja Midas. Barangan yang saya sentuh biasanya akan menjadi mahal harganya berbanding jika disentuh orang lain. Pernah satu kali, barang yang berharga LE5 bertukar menjadi LE20 setelah saya sentuh.

Saya tak tahu sama ada untuk berbangga atau berdukacita akan kelebihan ini. Maka, di sini saya turunkan beberapa tips untuk mengurangkan kesan sumpahan Raja Midas ini:

1. Hentikan amalan membandingkan harga dengan kawan-kawan. Jika diri anda tidak terluka kerana kawan anda berjaya membeli dengan harga yang lebih murah, diri kawan anda pula yang akan terluka.

2. Buat kaji selidik harga sebelum dibuat pembelian. Bukannya selepas. Kaji sebelum beli supaya dapat harga yang terbaik. Kaji selepas beli hanya untuk sedapkan hati.

3. Jangan hafal harga barang yang baru dibeli. Jika kawan anda tanya akan harga barangan tersebut, jawab sahaja, "Berapa ek? Dah lupa dah..."

4. Walau betapa hebat sekalipun barang yang baru anda beli, tak perlu untuk anda hebohkannya kepada kawan-kawan. Lagi ramai yang tahu, lagi besar peluang untuk anda dikecewakan. Kadang-kadang kawan-kawan saja nak kenakan anda dengan berkata bahawa dia dapat harga yang lebih murah. Walaupun sebenarnya tidak.

5. Jika anda ingin beli apa-apa barang, suruh saja kawan anda. Apatah lagi jika anda mempunyai kawan yang diberi gelaran Raja Diskaun. Lepas beli belah, belanja la apa-apa yang patut...

Semoga beroleh manfaat dari tulisan yang merapu ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. thanks for the tips! nampak mcm merapu tapi ada jugak akan kebenaran nya. Cuma sy kurang setuju pd point no 5. Sy lebih suka beli sendiri beb..

    BalasPadam
  2. @Rozita
    Sama-sama. Dua tiga hari ni masih dalam mood merapu. Hehe... Tak setuju dengan point nombor 5, tak apa... ada 4 lagi point yang dipersetujui... :-D

    BalasPadam
  3. apa relevannya suruh orang beli?...hmmm

    BalasPadam
  4. @Sueda
    Kalau orang tanya, "Kenapa awak beli mahal, saya beli murah?" anda boleh jawab, "Bukan saya yang beli, orang lain yang beli."
    Haha.

    BalasPadam
  5. Excellent work, my friend, excellent!!! Congrats!!!!

    BalasPadam
  6. JOM SAHUT CABARAN "TOP SUPERB BLOGGER" DENGAN MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM 700 tanpa keluarkan WANG ? APA TUNGGU LAGI.
    JOM SERTAI CABARAN TOP SUPERB BLOGGER di http://www.fiq-life.blogspot.com .
    PENDAFTARAN PERCUMA @ FREE SAHAJA..
    JOM SAHUT CABARAN INI!!!

    CARA MENDAFTAR :


    Anda perlu menghantar email kepada fiq.life@yahoo.com di sertakan dengan :



    Nama :
    URL Blog :
    Alamat :
    Umur :
    Jantina :



    Tarikh tutup penyertaan pada 15 March 2009.


    * Di harap maklumat lengkap ini memudahkan pihak Fiq Online menghantar HADIAH kepada anda.

    BalasPadam
  7. JOM SAHUT CABARAN "TOP SUPERB BLOGGER" DENGAN MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM 700 tanpa keluarkan WANG ? APA TUNGGU LAGI.
    JOM SERTAI CABARAN TOP SUPERB BLOGGER di http://www.fiq-life.blogspot.com .
    PENDAFTARAN PERCUMA @ FREE SAHAJA..
    JOM SAHUT CABARAN INI!!!

    CARA MENDAFTAR :


    Anda perlu menghantar email kepada fiq.life@yahoo.com di sertakan dengan :



    Nama :
    URL Blog :
    Alamat :
    Umur :
    Jantina :



    Tarikh tutup penyertaan pada 15 March 2009.


    * Di harap maklumat lengkap ini memudahkan pihak Fiq Online menghantar HADIAH kepada anda.

    BalasPadam
  8. @Fiq Online
    Macam menarik saja... ;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman