Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda adalah mangsa ragut?

ragutImage by zakulaan@zainiabdullahpjk via Flickr
Ini cerita yang baru saya terima.

Kejadian ragut di kawasan sekitar Kompleks Rumah Negeri, Hayyu Asyir, Madinah Nasr, Kaherah yang menjadi-jadi kebelakangan ini agak membimbangkan saya. Sungguhpun cuma dua tiga kes yang sampai ke telinga saya, namun ia sudah cukup untuk memberi peringatan buat diri saya dan rakan-rakan yang tinggal di kawasan tersebut khususnya, dan buat semua penuntut Malaysia di Mesir umumnya.

Beza kejadian ragut di Mesir berbanding di Malaysia, ia bergerak dengan menggunakan kereta -- bukan motorsikal sebagaimana yang biasa didengar. Mereka akan mendekati mangsa dan nangsa akan diajak berbual dengan bertanyakan soalan-soalan cepu mas dan mudah, dan sebagaimana biasa, mangsa dengan penuh bersemangat akan cuba untuk menerangkan kepada mereka jawapan-jawapan secara panjang lebar. Kemudian, mereka akan meneruskan langkah mereka yang seterusnya; sama ada merampas beg mangsa atau berpura-pura untuk meminjam telefon bimbit mangsa untuk kononnya menghubungi rakan mereka. Seterusnya, mereka akan meninggalkan mangsa dan membuatkan mangsa terpinga-pinga sebelum menyedari bahawa dirinya diragut.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa?

1. Laporkan kepada persatuan. Cerita anda penting sebagai sebab untuk persatuan mengambil langkah yang seterusnya.

2. Jangan malu untuk sebarkan cerita tersebut. Cerita anda akan dijadikan iktibar dan pedoman kepada kawan-kawan yang lain supaya lebih berhati-hati.

3. Elakkan dari berlaku kejadian yang sama sekali lagi. Elakkan dari berjalan bersendirian, juga jauhi kawasan-kawasan yang sudah dilabel hitam oleh kawan-kawan. Baca ayat-ayat pelindung terutama ketika hati terasa gugup dan takut.

4. Hidup dengan ringkas. Gunakan telefon bimbit yang murah, yang anda mampu beli dua tiga biji tanpa susah. Bawa wang secukupnya untuk keluar berjalan-jalan tanpa lebih. Simpan pasport di rumah melainkan jika keadaan memerlukan. Bawa barang yang perlu sahaja ketika keluar. Jangan amalkan menyimpan semua barang dalam satu beg.

5. Hayati sikap bertawakkal kepada Allah Subhanahu wa Taala dalam kehidupan. InsyaAllah, khair.

Demikian serba sedikit yang boleh saya kongsikan. Sekiranya anda ada cerita-cerita malang untuk dikongsi, anda boleh kongsikan dengan kami melalui ruang komen.

Fi ri'ayatillah!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan dunia dan kejahatan akhirat..ameen..

    BalasPadam
  2. @Bintu Hassan

    Hati-hati, ya. Jaga keselamatan diri dan kawan-kawan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman