Di antara beribu lainnya, kau tetap benderang!

The name "Muhammad" in traditional T...Image via Wikipedia
Sejak awal RabiulAwal lagi, kemeriahan sambutan kelahiran Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sudah terasa. Masing-masing menggunakan pendekatan masing-masing sebagai usaha mendekatkan diri dan masyarakat dengan manusia unggul ini. Sallallahu alaihi wasallam.

Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah manusia, tetapi bukan manusia biasa. Keunggulannya sepatutnya diteliti dan dihalusi semua orang untuk dicontohi. Jadikan bulan kelahiran ini sebagai bulan muhasabah kecintaan diri kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Sungguhpun diri ini tidak cukup bekal untuk bercerita tentang keunggulan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, namum tetap tidak ingin tertinggal dalam usaha menyatakan cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam secara jelas dan nyata kepada umum. Jika kecintaan kepada manusia lain kita war-warkan, kenapa tidak kita hebahkan kecintaan kepada Rasul yang jasa besar Baginda Sallallahu alaihi wasallam adalah mengajarkan kepada dunia bagaimanakah sepatutnya seorang hamba hidup di muka bumi ini.

Ayuh, para pembaca sekalian, tunjukkan rasa cinta kalian kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam. Tuliskan kalimah cinta walaupun sepotong ayat kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam. Sama-sama kita kongsi pengajaran dan pelajaran dari perjalanan hidup Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Allahumma solli wa sallim wa baarik alaih! Solawatullahi alaih!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. saya masih ingat lagi, ketika di darjah 6 semasa pertandingan nasyid (maulidur rasul) kami telah mencipta lagu sendiri tp dah x ingat lirik dia.

    Kau dilahirkan tanpa orang tua,
    Namun jiwa mu murni tidak terkata
    Tatkala yg lain menyembah berhala
    Kau datang membawa sinar berkekalan
    Hingga di hari muka

    BalasPadam
  2. @Shitsurei Shimashita
    Buat lagu sendiri ketika darjah 6? Dahsyat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman