Sedikit pesanan buat diri...

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيكImage by ukhti27 via Flickr
"Antum baru nak bertunang dengan dakwah. Baru nak diikat dengan dakwah. Ana sudah kahwin dengan dakwah. Apa-apa yang ana nak lakukan ana akan utamakan dakwah dahulu."

Jika diajak lawan bergurau dengan saya, mungkin anda telah berjumpa dengan lawan yang tepat. Saya sanggup merapu ke langit jika dijolok dengn usikan-usikan yang menjadi. Tapi, tidak untuk kalam seperti di atas.

Mungkin untuk fatrah usia sebaya saya, perumpamaan dan kiasan cinta, tunang dan kahwin lebih menarik dan mudah difahami bagi kami. Bila dihadapkan dengan kiasan seperti ini, maka dengan cepat mulut membisu dan kepala mengangguk lemah tanda faham yang dalam.

Saya cuba untuk tidak bergurau dengan kalam seperti ini. Demi menjaga qimah di sebaliknya. Mungkin kerana itu sebelum ini saya sebak bila melaungkan "uhibbukum fillah" di khalayak umum. Kalam ini besar maknanya. Bukan kalam untuk memaniskan bicara. Tapi ia bersulamkan satu manifestasi keikhlasan yang melangit tinggi. Ia diucapkan para sahabat radhiallahu anhum. Bintang-bintang yang sentiasa di atas walau si rumput berusaha sepenuh tenaga untuk sedarjat dengan mereka.

Tinggalkan langit. Pandang ke bumi.

Alhamdulillah, banyak pencerahan minda yang dihadiahkan Allah Subhanahu wa Taala kebelakangan ini. Syukur. Moga digandakan lagi selepas ini. Amiin ya Rabb!

Esok hari baru. Banyak tugasan yang tertunda perlu diselesaikan segera. Sikap menunggu tindakan orang lain perlu dihilangkan dengan segera. Jangan lari dari kesilapan, akuinya dan berdepanlah dengan segala kesan buruk kesilapan itu dengan tabah. Moga ia memberi pengajaran untuk tidak terlalu manja dan mengada-ngada. Susun kerja ikut keutamaan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.

Amiin ya Rabb!

(Doakan saya)
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Saya tak reti nak 'bergurau-bicara' seumpama kalian.

    Sampaikanlah!

    BalasPadam
  2. @Caturist
    Saya juga sedang belajar memahami dengan memerhati.

    BalasPadam
  3. sikap menunggu orang lain mulakan. Ya, saya juga tidak sokong itu...

    BalasPadam
  4. @Balqissy
    Dan kerana itu saya juga tidak sukakannya... :-(

    BalasPadam
  5. suq sayyarat jom..

    BalasPadam
  6. @Al-Fatih
    Kena beli kasut dulu la nampak gayanya... :-D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman