4 perkara tentang puasa

Muslims waiting for sunset during Ramadan in C...Image via Wikipedia
1. Puasa itu rukun ketiga dalam Islam.

2. Menurut bahasa ia diertikan sebagai: Menahan.

3. Menurut syara' ia diertikan sebagai: Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa dengan niat yang khusus dengan cara yang khusus.

Cara yang khusus: Niat untuk setiap hari pada waktu malam.

Pembatal puasa:
i) Makanan
ii) Minuman
iii) Bersetubuh
iv) Onani
v) Muntah dengan sengaja

4. Perkara yang menyempurnakan puasa:

i) Menjaga anggota dari melakukan perkara yang makruh.
ii) Berbuka dengan makanan yang halal.
iii) Tidak makan dengan banyak.
iv) Digalakkan memperbanyakkan puasa terutamanya pada hari-hari yang mulia dalam Islam.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. teringat member penah sahur time kat U dulu jam 5.30pagi sdgkan rupa2 yer dia makan dah 6.30pagi. sapa lah dajalkan dia yg bersahur dgn nasi goreng pataya yg dibeli awal.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,

    Kenangan tentang puasa sunat yang paling saya tak boleh lupakan ialah semasa di sekolah teknik Slim River.

    Seorang kawan saya, "termakan" tengahari. Semasa saya ke dewan makan, saya nampak beliau sedang mencuci tangan (baru habis makan). Saya pun tegur, "Eh! Tak jadi puasa ke?".Barulah beliau teringat yang beliau sedang berpuasa sunat. Maka dengan hati yang jitu, beliau meneruskan puasanya...

    BalasPadam
  3. @Shitsurei Shimashita

    Kalau makan untuk bersahur, tapi rupa-rupanya dah Subuh, puasanya masih sah.

    Tapi, kalau makan untuk berbuka, tapi rupa-rupanya belum Maghrib, batal puasanya.

    @Aiyrie

    Waalaikumussalam,

    Itulah yang dinamakan rezeki di tengah hari Ramadhan.

    :-D

    BalasPadam
  4. dia terus puasa tp yg lawaknya bila dia bukak radio dan tingkap hari dah cerah..

    BalasPadam
  5. @Shitsurei Shimashita

    Nak bersyukur rasa macam kurang ni'mat puasa.

    Tak nak bersyukur rasa macam kufur ni'mat makan.

    :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman