Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Sukan otak

Imej
Image by "lapolab" via Flickr Manfaat dari the Method of Loci : 1. Andi Bell : Mampu mengingat 520 keping kad mengikut susunan dalam masa 20 minit! 2. Ben Pridmore : Mampu mengingat 52 kad dalam masa 30 saat! Kalkulator otak: 1. Jan Van Koningsveld 2. Johannes Mallow 3. Rudiger Gamm 4. Alberto Coto 5. Jorge Arturo

Kemaskini harga barangan pilihan di Technology Mall

Imej
Image via Wikipedia Kad Grafik: Nvidia GeForce 9400GT 1GB LE490 Nvidia GeForce 9500GT 512MB LE480 Nvidia GeForce 9600GSO 768MB LE750 Kamera: Sony DSC-H10 LE3550 -- bukan DSLR rupa-rupanya... Projektor: Sony VPL-EX4 LE4300 LCD Monitor: Acer X243W LE2350

Gaza 1430H II

Imej
Image via Wikipedia Intifadhah Kedua meletus pada September 2000. Pada Februari 2005, Israel memutuskan untuk berundur dari Gaza . Rancangan ini dilaksanakan pada 15 Ogos 2005 dan selesai pada 12 September 2005. Israel juga berundur dari Jalan Philadelphi iaitu jalan yang sempit berhampiran dengan sempadan Gaza dan Mesir setelah Mesir bersetuju untuk mengawal sempadan tersebut. Pada tahun 2006, Hamas telah memenangi pilihanraya umum Palestin, mengalahkn Fatah dan beberapa parti lain. Kerajaan yang dipimpin Hamas enggan untuk mengiktiraf Israel. Sebagai respond, Israel, Amerika, Kanada dan Kesatuan Eropah membekukan dana-dana kerajaan Palestin. Maka, keadaan politik dan ekonomi di Gaza meruncing. Pada Januari 2007, pertembungan berlaku antara Hamas dan Fatah. Hujung Januari 2007 menyaksikan satu pelan damai antara kedua parti tersebut. Namun, setelah beberapa hari, anggota Fatah menyerang universiti yang dikatakan ada hubungan dengan Hamas. Pada Jun 2007, ketegangan antara Ha

Gaza 1430H

Imej
Image by spdl_n1 via Flickr Tubuh masih letih. Saya ingin rehat, tapi tak nak tidur. Ada janji setengah jam lagi. Saya perlu tahu had keupayaan saya. Jika bukan saya yang ambil berat tentang diri saya, siapa lagi, kan? Sepulangnya saya dari Sinai , terasa berat untuk menulis. Padahal ada beberapa peristiwa penting yang seharusnya kita kongsikan bersama keseronokkan dan kesedihannya. Tapi saya biarkan rakan-rakan yang lain mendahului. Biar saya berjaga-jaga di belakang, agar isu ini tidak hanya hangat saat ia berlaku, bahkan kehangatannya tetap terasa walaupun ia telah pergi. 1430H Hari ini hari kedua kita hidup dalam tahun baru. Bak kata seorang teman, masanya untuk juruaudit membuat hitungan terakhir untuk tahun yang sudah dan memulakan hitungan yang baru untuk tahun ini. Setiap orang seharusnya membuat perancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Tidak bermakna kerana terlepas untuk menyenaraikan azam tahun baru semalam, maka sudah terlepas peluang untuk membuat pemb

Menunggu fajar di puncak Sinai

Imej
Menunggu fajar , originally uploaded by rdhanz . Gambar diambil pada 20 Februari 2007.

Sebelum berangkat...

Imej
Image via Wikipedia "Sila bawa pakaian yang paling panas kerana suhu di Sinai sejuk giler... Wow!"

Bertemu untuk berpisah

Imej
Ustaz Mad , originally uploaded by rdhanz . Memang kami bertemu untuk berpisah semalam. Nama pun majlis perpisahan. Yang diraikan ialah Ustaz Mohd Rusydi Afifi. Bila berangkat? Saya pun tak tahu. Dia sendiri pun tak tahu. Sebab dia belum beli tiket lagi. Hee... Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan diakhiri dengan makan-makan. Selain ucapan Suhaib, ada ucapan Abdullah Husaini, persembahan nasyid X-Jamasoh, Toob El-Ramly dan Zahid Naser. U.mad juga turut menyampaikan ucapan beliau. Ali Baharom buat kek yang cun untuk U.mad. Sedap pun sedap. Lama dah tak makan kek. Jazakumullahu khairan kathiran bagi yang menjayakan majlis semalam dan yang menjemput. U.mad, jumpa lagi. InsyaAllah. Panduan Belajar Bahasa Arab khusus buat golongan professional yang tiada masa untuk ke kelas!

Koleksi cipan-cipan

Imej
Image via Wikipedia Maaf bagi yang terasa. Memang tidak sepatutnya saya menukar judul apa sahaja sesuka hati saya. Saya tetap lakukannya demi mengurangkan kesannya terhadap diri. Menukarkan sesuatu yang jiwang menjadi suatu yang jenaka. Kang Abik, atau Habiburrahman El Shirazy mencuri hati saya dengan tulisannya Ayat-Ayat Cipan. Terutama 1/3 permulaan cerita itu yang sangat dekat di hati saya. Tentunya kerana ia berlatarbelakangkan Mesir. 1/3 kedua novel tersebut membawa saya ke alam khayalan tahap tinggi hingga hilang rasa bahawa novel ini berpijak pada bumi yang nyata. 1/3 terakhir pula mengheret jiwa saya yang terapung-apung itu terus menyembah bumi dan dikambus-kambus di dalam tanah dengan masalah-masalah yang menimpa Fahri. Maka saya simpulkan, keindahannya ada dipermulaannya. Dengan pantas novel ini meraih nama. Popularitinya memaksa syarikat perfileman Indonesia melakukan penggambaran filem Ayat-Ayat Cipan berdasarkan novel tersebut. Sungguh mendebarkan tatkala menanti

Tukar templates

Imej
Waza baru saja tukar template blognya. Oh, saya rasa teruja kerana saya turut terlibat dalam proses penukaran tersebut. Kalau diikutkan hati, mahu saja saya tukar templates blog ini setiap hari. Tapi, bimbang juga kalau-kalau perbuatan tersebut akan mengelirukan pembaca. Bahkan saya sendiri mungkin terkeliru. Lalu saya sabarkan diri saya. Lantas membuat keputusan untuk mulakan pengundian. Bermulanya tahun 2009, saya akan gunakan template yang lain, insyaAllah. Maka saya pilih templates yang saya berkenan dan minta jasa baik anda untuk memperincikan pilihan. Mujur hanya dua yang saya berkenan di hati setelah merayau-rayau di BTemplates.com sebentar tadi. Pertama: Elegance Ia ringkas dan kemas. Cuma warnanya kurang menyerlah berbanding template lama. Sungguhpun begitu, pemilihan warna yang lembut lebih mententeramkan mata yang memandang. Kedua: Masinop Sungguhpun namanya agak pelik, namun templates ini berjaya mencuri hati saya berikutan ciri-ciri keseniannya. Sukar untuk s

Punca talian yang kurang memuaskan

Imej
Image via Wikipedia Anak Turki yang tinggal di aras bawah rumah saya datang, mengadu talian Internet yang lembab. Saya jadi serba salah kerana saya baru saja naikkan kelajuan dan sewa bulanan. Terus terang, talian di rumah ini juga tidak selaju yang diharapkan. Setelah meneliti berita-berita di Internet yang kebanyakkannya bertarikh 22 Disember 2008, ternyata keadaan talian yang kurang memuaskan ini berikutan kejadian tiga kabel gentian optik terputus Jumaat lalu. Kabel yang dinamakan The Sea Me We 3 (SMW3) dan The Sea Me We 4 (SMW4) yang menghubungkan selatan Itali dan Timur Tengah itu terputus dipercayai disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di Lautan Mediterranean . Kejadian ini tidak hanya menjejaskan talian Internet bahkan dilaporkan talian telefon bimbit Vodafone dan Orange turut terjejas. Negara-negara yang terlibat mengambil inisiatif dengan menggunakan talian menerusi kabel lain dan talian satelit sementara kabel yang terputus ini dibaiki. Bloomberg melaporkan,

Tips Twitter di blog

Imej
Image via CrunchBase Anak-anak Arab kelihatan gembira petang ini. Seorang melaung-laungkan kata-kata yang berima, sedang yang lain menyambutnya dengan, "La la la la..." Sejuk dan debu membalut tubuh mereka yang keluar berjalan hari ini. Siapa yang menjemur baju pasti perlu membilas semula dengan air. Baju akan jadi berpasir dan kuning. Kita terus sahaja ke persoalan utama. Bagaimana memasang Twitter di blog? Pertamanya, sudah tentu anda perlu membuka akaun di Twitter . Prosedurnya sama seperti mendaftar di web-web lain. Apabila sudah selesai, klik pada Settings dan skroll ke bawah sehingga anda bertemu dengan ruang More Info URL yang anda perlu masukkan alamat blog atau laman web anda di sana. Klik pada You can also add Twitter to your site here. Rasanya, dari sini anda sudah boleh bawa diri. Maklumat tambahan. Bagaimanakah caranya untuk update Twitter melalui telefon bimbit? Bayangkan jika talian Internet terputus. Atau anda perlu meninggalkan rumah bebera

Selamat pengantin baru

Imej
Selamat pengantin baru , originally uploaded by rdhanz . Saya ingin menjadi yang pertama mengkhabarkan khabar indah ini kepada dunia. Saya baru sahaja pulang dari menghadiri majlis aqad nikah Ustaz Sirajul Afkar dan Dr. Nik Nabihah di ARMA, Abbasiah, Kaherah. Saksi umum majlis tersebut tersangatlah ramai. Ikhwah dan akhawat kelihatan berseri-seri menyaksikan majlis yang bersejarah tersebut. Saya yang kebetulan diminta rakan-rakan untuk mengambil gambar turut berasa seronok dan teruja. Mana tidaknya, saya sudah kenal Ustaz Atan agak lama. Seorang kawan tentu akan gembira dengan kegembiraan kawannya. Maka, saya ucapkan apa yang diajarkan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam kepada pasangan pengantin, "Barakallahu lakuma, wa baraka alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair." Minggu lepas pun doa yang sama juga... Oh... Selesai majlis, saya mengikut S dan M makan dan terheret sama menyaksikan mereka berdua bermain futsal. Sengaja saya tidak ikut serta. Sudahlah cuma berselipar

T-shirt muslimah

Imej
Antara kata kunci yang sering membawa pengunjung ke sini ialah "t-shirt muslimah". Ternyata ada permintaan yang agak menggalakkan untuk produk ini. Bersempena tutupnya tempahan semalam dan pertanyaan di Ruang Sembang, di sini saya cadangkan dua syarikat yang menjual produk berkenaan. Pertama: Brotherhood Arts Sejujurnya, saya kagum dengan hasil seni mereka. Dari laman web mereka saja saya sudah dapat cam bahawa mereka ini sebenarnya passionate designer. Ada gaya tersendiri. Apatah lagi bila diselitkan dengan mesej-mesej Islami. Kedua: Faeizonline.com Co-founder syarikat ini adalah bekas kawan sekelas saya. Terkejut juga apabila dapat tahu yang dia kini berjinak-jinak dengan perniagaan. T-shirt keluaran syarikat ini labuh dan longgar. Menjanjikan keselesaan bagi pemakai. Kedua-dua syarikat ini berada di Malaysia . Maka, produknya adalah untuk pasaran Malaysia secara rasminya. Bagi yang berada di Mesir, boleh tunggu dulu sebelum tempahan kembali dibuka.

Tempahan ditutup

Imej
Image by BlazerMan via Flickr Ada nuansa yang berbeza bergelora dalam jiwa tatkala melihat anak perempuan kecil menaiki tangga sambil dipanggil kakaknya, "Ta'ali... ta'ali..." Dia terpaku di tangga saat saya melihat dan mengagahnya. Ingatan terus melayang teringatkan Ifah, Asyraf, Sarah, Atif dan Fatir. Juga K.wa yang sedang menunggu hari sekarang ini. Ada pengumuman yang ingin saya buat. Tempahan untuk MuslimT ditutup secara rasmi pada hari ini. Saya akan hantar semua tempahan kepada Dr.Abduh untuk diselesaikan urusan yang seterusnya. Sejujurnya saya sedikit kecewa dengan sambutan yang diterima. Barangkali kesilapan di pihak saya kerana tidak menggunakan kaedah promosi secara gerila. Ini bukan main-main. Memang ada kaedah pemasaran yang dipanggil Guerrilla Marketing Strategy . Lagipun ini tempahan pertama. Juga termasuk salah satu eksperimen yang dijalankan Rumah Sewa 700 . Jika batch pertama ini berjalan lancar, tentunya batch-batch lain akan menyusul. InsyaAl

Berhenti dan terhenti

Imej
Image by Rich Anderson via Flickr Mata seakan berselaput setelah berada di pertengahan jalan untuk menghabiskan novel yang dipinjam ini. Buku pinjam harus dihantar dengan segera. Maka, ia harus dihabiskan dengan segera. Semua sudah tidur. Kepenatan dengan aktiviti masing-masing. Irama nasyid menemani pembacaan. Kebanyakkannya dalam Bahasa Arab. Selain keindahan lenggok suara orang Arab, ketinggian bahasa yang digunakan memudahkan saya menumpukan perhatian pada pembacaan (cakap je la tak faham, senang!). Antara petua cemerlang belajar K.gee, ialah mengulangkaji di tengah malam sambil mendengar radio Cina. Kenapa? Kerana muziknya menarik dan liriknya tidak difahami. Maka, otak tidak sibuk untuk memahami lagu sebaliknya boleh ditumpukan pada bahan bacaan. Kebetulan semasa makan malam tadi, saya mendapat peluang untuk berbicara hati ke hati dengan seorang kawan. Terima kasih kerana sudi mendengar dan teliti dalam memberi respon. Petua utama dalam kejayaan dalam perhubungan adalah ko

Kanser tiroid

Imej
Image via Wikipedia Tiroid adalah kelenjar yang paling besar dalam tubuh. Ia terletak pada bahagian leher berhampian halkum. Tiroid mengawal kadar pembakaran tenaga oleh tubuh, membuat protin dan tahap sensitiviti badan terhadap hormon. Dianggarkan 20,000 kes baru kanser tiroid setiap tahun. Perempuan adalah lebih terdedah kepada penyakit ini dengan nisbah 3:1. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semua peringkat umur, walaupun ia lebih dikesan selepas umur 30 dan lebih agresif terhadap pesakit yang lebih berusia. Majoriti pesakit mengalami bengkak pada tiroid mereka tanpa sebarang simptom. Harus diambil perhatian, 99% bengkak pada tiroid bukan disebabkan oleh kanser. Tapi, sekiranya kanser merebak pada tiroid, ia selalunya menimbulkan bengkak pada tiroid. Fakta ringkas tentang bengkak pada tiroid: 1. Seorang dari 12 - 15 orang perempuan muda mempunyai bengkak pada tiroid. 2. Seorang dari 40 orang lelaki muda mempunyai bengkak pada tiroid. 3. Lebih 95% dari bengkak tersebut buka

Eksperimen 1Mbps

Imej
Image via CrunchBase Alhamdulillah. Kami di Rumah Sewa 700 tak akan duduk diam dan akan sentiasa melakukan eksperimen demi eksperimen demi mencari ilmu dan pengalaman. Dua hari lepas, kami cuba untuk mengalami sendiri keseronokkan melayari Internet yang berkelajuan 1Mbps, 4x ganda kelajuan sebelum ini. Tengok Youtube tak payah tunggu...! Haha... Untuk menampung kos R&D yang kami jalankan, maka kami melakukan sedikit perubahan kepada caj perkhidmatan kami di sini. Internet: 1. Sejam: LE0.50 2. Sehari: LE5 3. Sebulan: LE35 Printing: LE0.25 Scanning: LE0.25 Dalam masa yang sama, saya masih membuka tempahan Muslim-T yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Tempahan tidak dikenakan sebarang deposit! Klik di sini untuk katalog dan countdown tutup tempahan. Manakala buku Tokoh-Tokoh Islam keluaran Keluarga Penuntut-ptnuntut Terengganu pula sudah habis dijual. Dengan ini, pesanan ditutup. Dengar cerita, akan diusahakan cetakan kedua yang lebih tebal dan lebih berkuali

Picasa 3

Imej
Image via CrunchBase Yay! Post yang ke-100! Google buat hal lagi. Semalam, selepas saya mendapat tahu bahawa Google telah melancarkan Picasa 3.0 , sebuah perisian untuk menguruskan gambar-gambar dalam komputer anda, saya download dan install perisian tersebut dan mencubanya. Ternyata, ia sememangnya sebuah perisian yang bagus! Sugguhpun perisian ini boleh digunakan apabila kita offline, tetapi ia membuat saya berfikir untuk mengalihkan semua gambar saya dalam Flickr ke Picasa Web . Kenapa? Sekiranya anda belum tahu, Flickr adalah milik Yahoo , saingan rapat Google . Picasa pula tentunya milik Google, dan Blogger juga. Sekarang, secara automatik, apabila saya menggunakan Blogger , saya turut menggunakan Picasa Web sebagai image hosting saya. Saya lebih suka idea mengurangkan akaun dalam Internet . Kan bagus kalau satu akaun boleh digunakan untuk semua urusan? Sekarang, saya masih mengekalkan galeri Flickr saya. Kerana saya ada kawan di sana.

Video konspirasi

Imej
Image via Wikipedia Sepetang melihat video-video yang berkaitan dengan konspirasi yang didalangi Illuminati , sebuah pergerakan rahsia antarabangsa yang mengawal kuasa besar untuk menguasai dunia. Benar, semua fakta yang ditampilkan perlu ditapis kembali, namun, berasaskan video-video tersebut, ada beberapa perkara yang perlu kita perhatian apabila kita berdepan dengan media antarabangsa, khususnya yang datang dari Amerika Syarikat: 1. Bentuk segitiga atau piramid. 2. Gambar atau lambang mata tunggal. 3. Gambar jangka lukis dan buku yang terbuka. 4. Lantai petak-petak hitam putih. 5. Frasa " New world order ". 6. Gaya bersalam. 7. Gaya tangan yang mengangkat jari telunjuk dan kelingking sambil mengenggam jari lain. 8. Angka 9 dan angka 11 yang merujuk kepada kes 11 September 2001. Apa faedahnya mengetahui semua ini? 1. Keyakinan bahawa musuh Islam berjaga malam untuk menguasai dunia dan musuh utama mereka sekarang adalah Islam setelah masyarakat Kristian suda

Kaji minat anda

Imej
Image by Escape_to_Christel via Flickr Anggap sahajalah saya baru sahaja mendapat inspirasi dari seorang kawan yang prihatin untuk membantu kawan yang lain membina diri. Dalam perbincangan kami, timbul isu bagaimana menggilap bakat individu. Lantas saya teringat satu kaedah yang pernah saya baca tentangnya. Maka, saya kongsikannya di sini. Mengkaji minat anda Ramai yang sebenarnya tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dalam hidup mereka. Mereka hanya ikut apa yang orang kata tentang mereka dan mereka hanya buat apa yang sememangnya tersedia di hadapan mereka. Sehingga satu tahap, mereka lupa akan potensi sebenar diri mereka dan bakat-bakat semulajadi mereka dipendam, tidak diluahkan malah dilupakan. OK, saya tak bercadang untuk menyenaraikan masalah dunia di sini. Cukup dengan kita tahu kepentingan untuk mengetahui minat kita dan tidak melepaskannya dengan sia-sia. Mari kita mulakan percarian! Ambil sehelai kertas, dan tuliskan 50 perkara yang anda paling suka buat. Apa

Masa dan usia

Imej
Image by ToniVC via Flickr Cakap saya diajuk anak Turki semalam. Comel! Alhamdulillah, jadual tidur saya kembali normal. Menjelang tengah malam, mata mulai mengantuk dan dengan mudah saya tertidur. Tidak seperti dua hari sebelum ini. Namun, dalam kenyamanan dan nenyaknya tidur, ada beberapa isu yang sedang saya fikirkan. Tentang usia dan masa. Bayangkan, dalam 20 tahun kita hidup, hanya 1/4 daripada usia tersebut kita dibebankan dengan tanggungjawab dosa pahala. 3/4 selebihnya, atau 15 tahun pertama adalah kehidupan yang percuma! Memikirkan hal ini, dan apa yang telah berlaku lima tahun yang lepas, tentunya akan menerbitkan rasa insaf dengan sendirinya. Apatah lagi apabila kawan saya menyamakan 'buku nota' dengan buku catitan amalan. Tentulah saya terkesan, kerana sayalah pemilik 'Buku Nota' -- judul blog ini. Masa dan usia adalah persoalan yang perlu sentiasa ditanyakan secara terus-menerus. Perlu banyak pendekatan untuk mewarnai hari-hari dengan warna-warn

Tak tidur...

Imej
Image via Wikipedia Saya tak dapat lelapkan mata malam ini. Sama seperti semalam. Daripada saya habiskan masa di bawah selimut, saya tuliskan beberapa perkara yang berlaku malam ini. Pelayar web ( web browser ) yang saya guna kini tidak lagi dalam peringkat beta (percubaan). Google Chrome versi penuh dilancarkan pada 11 Disember 2008 iaitu kemaskini yang ke-15 sejak ia mula-mula dikeluarkan. Saya juga sedang mencuba produk baru keluaran Google iaitu Google FriendConnect. Anda boleh menerokainya pada ruang kanan-bawah blog ini.

Berniaga cara Tauhid wa Nur

Imej
Image via Wikipedia Baru sahaja pulang dari menyelesaikan beberapa tugasan. Siang yang pendek memaksa saya menangguhkan juga satu urusan yang telah lama tertangguh. Pada mulanya saya ke Citibank di Abbas Aqqad untuk membayar bil Internet . Inilah kelebihan melanggan khidmat Internet dengan syarikat LinkDSL. Kaedah pembayarannya yang pelbagai menarik minat saya. Kami cuma berhubung melalui telefon dan e-mel. Saya masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, saya menelefon syarikat ini atas nama eksperimen untuk cuba memasukkan talian Internet ke rumah. Alhamdulillah, kami dapat memanfaatkan banyak perkara melalui eksperimen itu. Cuma satu perkara yang saya terkilan, ketiadaan mesin bayaran automatik EZ Machine. Ketika mesin ini masih beroperasi, saya boleh buat bayaran di Saraq Mall dan kemudian saya boleh singgah di Technology Mall untuk meninjau harga barang komputer. Malah, bayaran melalui mesin ini lebih cepat sampai berbanding melalui Citibank. Ah, tak guna ditangisi perkara yang

Cerita tentang Mesir

Imej
Pagi AidilAdha yang dingin , originally uploaded by rdhanz . "I never know about Mesir unless through your story." Demikian tiap patah perkataan tersusun dalam mesej yang saya terima dari kawan saya semalam. Benar, memang antara niat saya memulakan blog ini adalah untuk menceritakan perihal kehidupan di Mesir kepada keluarga dan kawan-kawan. Juga sebagai inspirasi kepada adik-adik dan sesiapa jua yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini. Atau sekadar ingin menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini. Semasa kami di aliran Thanawi dahulu, kami tidak ada banyak maklumat tentang Mesir. Beberapa minggu sebelum bertolak, saya pergi ke kafe siber untuk mencari maklumat tentang Azhari di Mesir, tetapi ternyata tidak mudah. Akhirnya, saya gunakan Google Earth untuk melihat dengan sendiri keadaan Mesir. Pandangan dari udara tentu berbeza dengan pandangan biasa. Tapi, hanya itulah yang saya ada. Saya print beberapa versi peta. Semata-mata untuk memenuhkan rasa ingin tahu tentang kea

Pernikahan itu...

Imej
Image by Faizal Rahman via Flickr Ucapan pada cenderahati yang A berikan pada hari walimahnya tempoh hari: "Pernikahan bukan bererti keinginan semata, namun sebuah keberanian untuk mengambil tanggungjawab dan kesediaan untuk berjuang. Bukan untuk menjadi malaikat yang serba sempurna, kerana kita adalah pasangan manusia biasa yang mempunyai potensi hina dan mulia. Bukan untuk sekadar meraih bahagia, namun keikhlasan menerima apa adanya dan bersama saling menguatkan dalam meraih syurgaNya." Jom baca pendapat SaifulIslam tentang kahwin semasa belajar! * Photo by Piotr Bizior

Sembang bisnes hingga larut malam

Imej
Image via CrunchBase Bincang tentang perniagaan hingga larut malam. Otak terasa tepu. Ia bermula dengan kaki yang berpijak di bumi yang nyata melompat, kemudian terbang ke alam khayalan dan kemudian diakhiri berpijak semula ke alam nyata. Inilah yang dinamakan percambahan idea atau brainstorming. Perkara-perkara yang diperkenalkan ialah asas kepada laman web dan blog. Bagaimana ia berfungsi sebagai tapak yang boleh dilihat sebagai rumah atau kedai -- sesuai dengan untuk apa digunakan laman web tersebut. Isu-isu teknikal yang berbangkit ialah kaedah menerima bayaran dan membuat pembayaran. Isu ini lebih rumit apabila anda adalah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Malaysia memang banyak kemudahan, tetapi kami di Mesir. Di Mesir barangkali ada kemudahan, tapi kami rakyat Malaysia. Oh, kami dalam dilema... Kemudian, idea bercambah-cambah, membuat saya meluahkan apa saja yang terlintas dibenak. Blogging , Vlog, slideshow, After Effect, Photoshop , shopping cart , HTML