4 pembatal wudhu'

WudhuImage by yuni rere via Flickr
1. Keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau kemaluan belakang.

2. Hilang akal dengan tidur atau selainnya melainkan jika tidur tetapi tetap tempat duduknya.

3. Sentuh kemaluan hadapan manusia atau kemaluan belakangnya atau kemaluan selain manusia dengan tapak tangan dan tapak jari-jari sama ada milik orang besar atau milik budak kecil walaupun anaknya sendiri dan walaupun ia telah mati.

4. Bersentuh dua kulit lelaki dan perempuan yang keduanya telah dewasa dan bukan mahram tanpa lapik melainkan pada kuku, rambut, gigi dan anggota yang terpisah.

Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. ada org tak kisah dgn hukum ni coz malas nak amik air smayang balik

    BalasPadam
  2. @Shitsurei Shimashita

    Tak boleh la macam tu. Kena ambil berat la pasal hukum hakam ni... Tak boleh ikut sedap je...

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum,

    Ada pula yang terlalu memberatkan seperti mengatakan batal wuduk bila tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau terpijak tahi cicak.

    Setiap kali belajar bab "perkara yang membatalkan wuduk", memang hanya empat perkara yang Encik Rdhanz sebutkan itulah yang disebut oleh Ustaz dan Ustazah saya. Ada juga yang mengatakan sebagai lima kerana mengasingkan antara hilang akal dan tidur yang tidak tetap kedudukan.

    BalasPadam
  4. @Aiyrie

    Waalaikumussalam.

    Mungkin terkeliru. Sebab itu saya tuliskan semula semuanya di sini. Pertama, untuk saya jelaskan kembali kefahaman saya. Kedua, untuk saya berkongsi dengan kawan-kawan. Ketiga, jika ada sebarang kekeliruan saya berharap mendapat teguran kawan-kawan.

    Terima kasih!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman