6 jenis bateri untuk kamera digital

Nickel-cadmium batteryImage via Wikipedia
1. Bateri Alkali
Paling meluas digunakan, tetapi cepat habis dan tidak boleh digunakan semula. Perlu bawa banyak jika ingin melancong lama.

2. Bateri Lithium
Juga jenis pakai-buang, tetapi tahan lebih lama berbanding bateri alkali. Agak mahal tetapi kebanyakkan kamera digital sesuai dengan bateri jenis ini.

3. Nickel-Cadmium (NiCd)
Jenis termurah dalam kategori bateri cas semula. Kekuatannya diukur dengan unit mAh -- lebih tinggi lebih kuat. Bateri jenis ini perlu digunakan sehingga habis sebelum dicaj semula atau ia akan cepat rosak.

4. Nickel-Metal Hydride (NiMh)
NiMh adalah jenis bateri cas semula yang paling popular. Ia tahan lebih lama, tetapi akan habis cas jika ditinggalkan di dalam kamera tanpa guna. Seperti bateri NiCd, kekuatannya diukur dengan unit mAh. Ia lebih baik untuk alam sekitar berbanding bateri pakai-buang kerana ia tahan lebih lama dan boleh dicas semula. Ia juga lebih menjimatkan selagi mana ia boleh dicas semula.

5. Lithium-Ion
Bateri jenis ini ringan dan tahan lama. Paling sesuai dengan kamera digital. Namun ia hanya untuk kamera tertentu sahaja, Bererti, bateri untuk kamera Sony tidak boleh digunakan untuk kamera Canon. Mencari bateri tambahan atau menggantikan bateri yang rosak agak memakan masa.

6. Pek bateri
Ia adalah pek bateri yang boleh disambungkan ke kamera digital untuk membekalkan kuasa. Ia dilaporkan tahan lebih lama berbanding bateri biasa. Namun, tidak semua kamera sesuai dengan bateri ini. Untuk itu, anda perlu pastikan dengan pengeluar sama ada kamera anda menyokong bateri jenis ini atau tidak.

Sebelum membeli kamera digital, adalah penting untuk anda menyemak jenis bateri yang digunakan.

Bateri Piramid

Saya sedang meninjau jenis-jenis bateri yang ada di Mesir dan di mana untuk dapatkannya. Baru-baru ini, ketika ke Zaqazig, kawan saya belikan saya empat bateri berjenama Piramid. Hanya beberapa keping gambar sahaja yang sempat dirakam... Oh~

* Terima kasih kepada My Respons atas pembetulan ejaan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. 5 bintang utk bateri piramid..haha

    BalasPadam
  2. @Al-Fatih: Bukan 5 bintang daa... 5 minit. Haha.

    BalasPadam
  3. skrg kat KL bateri NiMh leh dapat 7 hingit utk 2 biji.

    bateri piramid tu mcm skim piramid lah..hehehe!!

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita: Alahai, murahnya. Bateri Piramid tak ada kena-mengena dengan skim piramid. Tapi memang tak digalakkan untuk kamera digital. Sangat tidak digalakkan! :-)

    BalasPadam
  5. FYI, sume battery diukur dlm unit mAh... andaikata 1000mAh, battery tu boleh digunakan selama sejam sekiranya device tu gune 1000mA...

    few tips on Li-Ion battery...
    1. xde memory effects seperti NiCD dan NiMH... so, jgn takot2 nk caj separuh2...
    2. jgn guna sampai betol2 flat battery tuh baru nk recharge... lg cpt rosak... the best, recharge bile ade 40% of power left in the battery...
    3. observe the recharging process... kalo mase recharge tu die build up heat, jgn biarkan lama2 battery tu pada charger... heat boleh rosakkan material Li-Ion menyebabkan kemampuan die menyimpan charge makin kurang...

    tips2 ni good for every Li-Ion battery... termasuk la battery henset, kamera, laptop dsb...

    BalasPadam
  6. petang semalam ana beli bateri eveready cap ayam kt tanta.power sikit dr piramid.5 minit 23 saat je btahan.hangus LE 2.50 huhu..

    BalasPadam
  7. @Thaaqib: Syukran atas pembetulan.

    @Master Red Lion: Thanks for the tips. Semalam survey batteri NiMh di City Star. Bateri Sony 1000+ mAh. Bateri Energizer Rechargable 2000+ mAh. Hm...

    @Munawwar: Kata Hilman, 2 Bateri Piramid boleh bekalkan kuasa untuk 3x snap gambar. Petang tu kami sempat snap 6 gambar :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman