Cerita pagi ini

A screenshot of Ubuntu Linux Desktop, v6.06LTS.Image via Wikipedia
Tubuh terasa lemah. Barangkali kerana tidur lewat. Tidur awal pun jika tidak kena caranya lenguh juga.

Wayar disambungkan, suis pemanas air dipetik dan kunci air dibuka. Kemudian muka disembamkan ke bantal sambil menunggu air panas. Hati terasa sakit mengenangkan talian Internet yang tidak stabil.

Bukan setakat tidak stabil, bahkan bagaikan mempermainkan perasaan!

Di manakah silapnya?

Tidak tahu di mana silapnya. Sebelum ini, memang saya sudah cam ada masalah pada talian. Dari arahan ping -t pada tetingkap Run saya dapat kenalpasti bahawa sekiranya ping dibalas dari IP 169.xxx.xxx.xx, maka talian akan bersambung secara normal. Namun, ia kerap berubah. Apabila ia berubah kepada IP 10.x.x.x atau 127.x.x.x, talian bagaikan terputus sementara. Terpaksa menunggu ia berubah kembali kepada IP 169.xxx.xxx.xx.

Namun kali ini situasi sangat berbeza. Saya tidak lagi gunakan arahan ping -t sebagai pedoman kerana arahan ini tidak disertakan dengan masa. Saya jadikan graf trafik talian pada Utorrent komputer sebelah sebagai rujukan. Di sana ada pilihan graf setiap sesaat, setiap lima saat, setiap 30 saat dan setiap lima minit. Saya dapat mengesan pukul berapakah talian bersambung dengan baik dan berapa lamakah tempoh sebelum ia terputus kembali.

Benarlah, kadang-kadang ada perkara yang kita tak perlu tahu. Jika kita tahu akan menambah lagi derita menanggung sakitnya hati.

Main-main ya?!

Talian bagaikan bermain-main dengan saya. Ia muncul sekali-sekala. Yang kelihatan pada graf umpama lukisan sebuah bukit kecil ditengah-tengah laut yang rata dan ia dengan perlahan bergerak ke arah kiri. Bererti sebentar tadi talian bersambung, namun ia segera terputus.

Air sudah panas. Masa untuk mandi. Ada hikmah di sebalik semua ini. Pertama, saya kini tidak lagi ada sebab untuk leka di hadapan komputer. Sekarang sudah April. Gendang imtihan sudah dipalu. Kedua, banyak yang boleh saya pelajari dari masalah-masalah seperti ini.

Siaran ulangan hard disk rosak

Beberapa hari yang lepas, secara tiba-tiba hard disk saya rosak. Saya cuba membaikinya, namun ibarat tikus membaiki labu, hard disk itu semakin teruk rosak. Benak saya buntu memikirkan gambar-gambar dan data-data lain yang tersimpan di dalamnya. Tekad dalam hati, saya takkan beli yang baru selagi belum habis ikhtiar membaiki hard disk ini.

Maka buat sementara waktu, saya perlu mencari kaedah penyelesaian masalah yang berkos rendah. Sebuah hard disk baru dengan kapasiti minumum semasa 160GB berharga LE210. Saya turun ke kedai alat tulis di bawah rumah dan dapatkan USB Flash Drive berjenama Kingston dengan kapasiti 4GB yang berharga LE60. Dua hari saya berpening kepala menyelesaikan masalah ini. Saya namakannya sebagai eksperimen. Mujur waktu itu talian Internet masih tersambung dengan elok walaupun kadang-kadang terputus tanpa amaran awal.

Komputer tanpa hard disk

Eksperimen berjaya. Sistem komputer saya kini tidak memerlukan hard disk, diganti dengan USB Flash Drive. BIOS motherboard saya tidak menyokong fungsi boot dari USB, namun saya selesaikan isu ini dengan menyediakan USB Boot CD. Bererti, untuk hidupkan komputer saya, saya perlu masukkan USB Boot CD tersebut dan akan terpapar menu untuk hidupkan operating system yang dipasang pada USB Flash Drive.

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope beta

Sudah tentu saya tidak lagi menggunakan Windows XP seperti sebelum ini. Saya kembali kepada Ubuntu setelah meninggalkannya beberapa tahun yang lalu. Saya memilih versi 9.04 beta yang diberi nama Ubuntu Jaunty Jackalope yang lebih popular dengan nama Ubuntu Jaunty. Versi penuh akan diedarkan 23 April 2009.

Cuma ada beberapa masalah teknikal yang belum berjaya saya selesaikan kerana tiada talian Internet.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam penuh sabar buat kamu...

    jujunrnya,dari kalimah yang pertama hinggalah yang terakhir....satu pun Damai tidak faham apa yang kamu katakan...sungguh perkataan yang berkaitan dengan komputer ini sangat kompleks huhuhu

    BalasPadam
  2. @Damai

    Waalaikumussalam,

    Sebenarnya, saya terkesan dengan novel yang baru saya baca. Maka, gaya tulisannya terbawa-bawa ke blog ini.

    Tidak perlu faham semua. Cukup sekadar tahu bahawa komputer saya rosak.

    :-)

    BalasPadam
  3. @Rozita

    Paling tidak ada blog...

    :-D

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita

    Alhamdulillah, dah OK. Cuma, bila temporary files dia penuh, dia akan restart sendiri. So, kena jimat-jimat, tak boleh buat kerja banyak-banyak...

    :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman