Ramadhan dan Jumaat di Leeds
21 Ogos 2009 Saya berterawih, bersahur dan Solat Subuh, kemudian tidur. 9.00am: Bangun dari tidur saya layari Internet dan bersiap untuk Solat Jumaat. Pada mulanya saya dan A.tohir bercadang untuk berjalan. Menurut K.nor agak jauh. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Kami batalkan hasrat untuk berjalan. Dengan kereta, A.tohir letakkan kereta berhampiran tempat dia belajar dan kami berjalan meredah hujan renyai-renyai ke masjid. Seketika kami berhenti kerana hujan agak lebat. Masuk ke masjid, khutbah sudah dimulakan. Sangka saya khutbah dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dalam Bahasa Arab. Bahasa yang khatib gunakan sangat lancar dan mudah difahami. Mengikut gaya khutbah, saya menjangkakan khatib dari Mesir, tapi bahasa yang digunakan sangat baku membuatkan saya sangsi dengan tanggapan pertama saya. Khatib menjelaskan perihal Ramadhan. Kebetulan hari pertama Ramadhan di Leeds ini hari Jumaat. Jemaah diingatkan tentang kelebihan Ramadhan dan ibadah yang disarankan diamalkan da