Balik Besut

24 Ramadhan 1430H


Isnin, 14 September 2009

Hari ini ke Besut. Balik kampung. Baru berkesempatan setelah hampir sebulan di rumah. Kami bertolak agak lewat. Tinggal Ebah dan K.gee di rumah. Saya, Mama dan Baba bertolak meninggalkan rumah. Saya nak jumpa Tokwe (datuk) dan saudara mara lain. Mama kata dia nak jumpa Tokwe juga. Sudah sebulan tak jumpa. Baba ada urusan lain dengan adik beradiknya.

Mula-mula kami singgah di Kg. Pinang. Rumah Makcik Zah, kakak Baba. Mula-mula tak ada orang melainkan Amin, anak K.tie. Tak lama kemudian, K.tie pulang dari hantar kuih-muih. Selepas itu Makcik Zah pulang dari menoreh. Saya nak duduk lebih lama. Tapi masa tak mengizinkan.

Kemudian ke rumah Pak Ngah Husin, abang Baba. K.pisah juga buat kuih. Tapi akan hantar selepas Asar. Kuat bisnes rupanya saudara mara saya. Kemudian ke rumah Pak Su Li, adik Baba. Pak Su tak ada di rumah. Hanya Mak Su Nah. Tiba-tiba hujan lebat. Tak tunggu hujan berhenti, kami ke rumah A.ngah, adik Mama. Kebetulan A.ngan baru pulang dari sekolah. Di rumah cuma ada C.ngah dan Tokwe. Kami solat di sana. Tak ada makan-makan. Puasa. Haha.

Balik rumah, rasa sangat penat. Mungkin sebab semalam tak tidur.

Ulasan

  1. awak,
    saya suka betullah dengan layout neh.
    simple,clear dan sangat menyedapkan mata memandang..!

    dan tak konfius...!

    BalasPadam
  2. @Lyana: Alhamdulillah, ada orang lain yang suka.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman