City of Dionysias


City of Dionysias, originally uploaded by rdhanz.
Kami ke Fayyum hari ini. Pada asalnya ada tiga tempat yang menarik untuk dituju. Pertama, Tasik Qarun. Kedua, kincir air. Ketiga, Istana Qarun.



Kota Lama Dionysias

Setelah mendayung sampan ke tengah-tengah Tasik Qarun, kami bertolak ke tempat yang dikatakan sebagai Istana Qarun. Apa yang ada di sini adalah kota lama Dionysias. Kawasan ini merupakan permulaan jalan ke Oasis Bahariyah. Kelihatan batu kapur-batu kapur yang tersusun rapi membentuk asas kepada dinding. Sungguhpun segalanya telah runtuh, tetapi rekabentuk sebuah rumah masih kelihatan dengan jelas.

Bangunan yang saya sangkakan sebuah istana rupa-rupanya adalah kuil yang dipersembahkan kepada Sobek-Re. Sobek adalah dewa yang digambarkan sebagai manusia berkepala buaya manakala Re adalah dewa yang digambarkan sebagai manusia berkepala burung. Ia dianggarkan dibina sejak tahun 330 sebelum Masihi.

Anda boleh lihat gambar-gambar lain dalam galeri Flickr saya.

Air terjun di tengah padang pasir

Kemudian, kami berangkat ke kawasan air terjun. Pada awalnya saya kurang yakin akan kewujudan air terjun di Fayyum ini. Sepanjang perjalanan, hanya padang pasir yang kelihatan. Apabila kami menghampiri kawasan yang disebut-sebut ada air terjun, hanya Tasik Qarun yang kelihatan. Tanah juga rata.

Namun, setelah menghampiri kawasan tersebut, saya terpegun. Sememangnya ada air terjun di tengah-tengah padang pasir yang mengalir masuk ke Tasik Qarun!

Anda boleh melihat gambar air terjun tersebut dalam galeri Flickr saya.

Qarun, Nabi Musa dan tasik

Setelah selesai bergambar, kami bertolak pulang. Dalam perjalanan kami menyusuri Tasik Qarun. Qarun adalah si miskin yang merupakan sepupu Nabi Musa Alaihi Salam. Namun, Allah Subhanahu wa Taala meluaskan rezekinya hinggakan kekayaannya melimpah ruah. Nabi Musa berpesan kepadanya supaya mendermakan hartanya kepada fakir miskin sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Qarun engkar dan berkata bahawa kekayaan itu adalah hasil dari ilmunya yang luas. Maka, Allah telah menelannya dan harta-hartanya. Demikian cerita yang terselindung di sebalik Tasik Qarun yang aneh. Kenapa aneh? Kerana air tasik itu masin dan berombak ketika malam. Sekali pandang, memang saya akan katakan bahawa Tasik Qarun bukanlah sebuah tasik, tetapi laut. Subhanallah!

Terima kasih kepada Khai, Faeq dan abangnya kerana sudi mengajak saya untuk memenuhkan kereta.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Air yang membentuk air terjun itu datang dari mana? Ulas sikit. Air tasik, air hujan? FakirFikir

    BalasPadam
  2. salam rdhanz
    menarik en3 ni.. kakyong gemor citer2 journey yg mcm ni...

    BalasPadam
  3. Punca air terjun tersebut adalah anak sungai. Tapi, tak dapat saya pastikan sumber utamanya.

    InsyaAllah, saya akan tulis lagi jika saya keluar jalan-jalan...

    BalasPadam
  4. Mesir salah satu destinasi impian kami sekeluarga. Insyaalah kalau ada rezeki sampailah kami ke sana. semoga sihat. salam ukhwah.

    BalasPadam
  5. Salam ukhuwwah. Silalah datang ke sini. Setiap bulan ada saja kunjungan dari Malaysia. Ada banyak tempat untuk dilawati. Semunggu belum tentu cukup!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman