Perjalanan jauh dan cerita lucu

The co-driver is seated lower in the car to im...Image via Wikipedia

Bercerita tentang lawak, saya sebelum ini memang tak ambil endah akan cerita lawak. Apatah lagi lawak yang dibuat-buat. Oleh kerana itu saya mengalami masalah untuk memindahkan cerita lucu kepada orang lain. Biasanya saya ketawa sendirian sedang kawan yang lain tersenyum kelat.



Namun, kebetulan satu malam saya diajak menemani seorang kawan ke Sinai. Perjalanannya jauh dan membosankan. Apatah lagi di waktu malam. Penumpang lain telah tidur. Mata saya pula semakin berat. Radio tak dapat cari siaran. Bila pasang CD, tersekat-sekat. Maka, untuk memecahkan kesunyian dan menghindari mengantuk, saya ceritakan kepadanya satu cerita yang kebetulan saya teringat tentangnya.

Suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa doktor dengan kedua-dua belah telinganya melecur. Doktor bertanya, "Awak ni kenapa?"

"Tadi, sedang saya seterika baju, kawan saya telefon, Kebetulan saya letak telefon bimbit saya dekat dengan seterika panas. Saya tersilap angkat dan saya letakkan seterika panas tu ke telinga kanan saya. Itu yang jadi macam ni..."

"Oh... Tapi, itu telinga kanan. Telinga kiri awak pula kenapa?"

Dengan nada sedih dia menjawab, "Kawan saya tu telefon dua kali..."


Ketawa kami berderai. Mata kembali segar. Maka, otak ini melilau mencari-cari cerita lawak lain yang diingati. Sejak hari itu saya mula mencari-cari cerita lawak untuk dihafal. Kemudian dipindahkan kepada kawan-kawan yang lain.

Semua ini berlaku dengan sekejap. Dan sekejap juga ia berakhir. Saya akhirnya kembali meneliti perbuatan itu. Memang tak sepatutnya saya terlalu obses dengan cerita-cerita seperti ini. Ketawa menggelapkan hati. Benar.

Namun, berbalik kepada situasi mengantuk dalam kereta, sebenarnya perbuatan menghiburkan orang lain dalam bermusafir adalah sesuatu yang diberi ganjaran pahala. Semua maklum perjalanan yang jauh amat memenatkan. Dengan hiburan yang tidak keterlaluan, ia bukan sahaja mengurangkan mengantuk bahkan menguatkan persahabatan antara pemandu dan co-driver.

Teka-teki: Macam mana seorang lelaki boleh menjadi makmum dalam masa yang sama dia adalah imam?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. lucu gak cerita sterika tu..mula2 pk jugak ape lawaknye tp bile tgok kwn ana suke ana pon suke la..imam yg batal air sembahyang pastu jd makmun..betol ka??

    BalasPadam
  2. Memang cerita itu agak tidak lawak apabila ditulis, tetapi boleh membuat seseorang pecah perut jika diceritakan dengan nada yang betul.

    Jawapan untuk teka-teki: Lelaki itu namanya Imam. Hehe...

    BalasPadam
  3. Cm pnh dgr je cte sterika tuh..hehe..

    BalasPadam
  4. sian kat tlinga die..huhu..=]

    BalasPadam
  5. @Mak Cik
    Aah. Memang kesian pun. Kesian juga pada doktor yang terpaksa layan karenah dia...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman