SaifulSham -- Usahawan muda Internet

"Membantu merealitikan perniagaan Internet anda."

Demikian motto yang tertera pada blog SaifulSham. Blog ini merupakan antara blog rujukan perniagaan Internet di Malaysia. Blog ini dikendalikan oleh dua orang, Syazwan dan Sabri. Ya, nama SaifulSham hanya sekadar gimik. Mungkin kerana gandingan SyazwanSabri tidak begitu manis didengar atau mungkin kerana tidak ingin berebut nama siapa yang akan didahulukan. Hehe. Jangan marah, ye...!

Rentetan perjalanan

Kedua-dua pemuda ini memulakan perniagaannya ketika belajar. Bermula dengan buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kemudian mereka menganjurkan bengkel perniagaan Internet dan seterusnya, mereka lancarkan perkhidmatan web hosting yang direka khusus buat usahawan Internet.

Berbeza dengan pendekatan blog IrfanKhairi, SaifulSham menyediakan artikel-artikel yang panjang dan kebelakangan ini jarang ada artikel baru yang tersiar. Namun, jenama SaifulSham telah kukuh dan himpunan artikelnya sesuai untuk membimbing usahawan Internet untuk memulakan langkah mereka.

Pendedahan rahsia

Kelebihan yang paling ketara dalam blog SaifulSham ialah pendedahan tips-tips yang biasanya tidak didedahkan oleh orang lain. Ini memberi gambaran bahawa SaifulSham sememangnya berpengalaman dalam perniagaan dan memiliki tips-tips yang lebih bebat yang belum disiarkan. Ia membuat pembaca tertunggu-tunggu pendedahan yang seterusnya dari mereka.

Satu lagi contoh penggunaan blog untuk mengukuhkan jenama.


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. dalam apa jua bidang perniagaan keazaman dan ketabahan adalah penting. Born to be bznesman/woman tu anugerah Illahi. Naiwatu yg penting dan lihat ia sbgai tanggungjawab.
    ada yg buat bznes coz nak cari duit nak kawin pastu senyap ja.

    BalasPadam
  2. Benar. Jika berniaga untuk matlamat yang singkat, maka singkatlah usia perniagaan itu. Usahawan yang sebenar ialah usahawan yang memenuhi keperluan masyarakat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman