Kemalangan di padang pasir

Terima kasih kepada Ustaz Hakimi, Salman, Hilman, Hakim, Anas, Fahmi, Aiman, Azrul dan Hanif atas kesudian menyediakan makanan, memberi nasihat dan menghabiskan makanan yang banyak malam tempoh hari.

8 Ogos 2009

Pagi itu saya bangun sebelum Subuh. Mandi dan bersiap-siap. Sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, saya dan Hilman solat Subuh bersama. Kami perlu cepat kerana ingin tiba di stesen bas sebelum 6.00 pagi.

5.15 am: Turun dari rumah dengan Hilman. Saya izinkan dia bawa beg saya yang besar kerana perjalanan saya masih jauh. Tiada kedai yang dibuka pada waktu ini melainkan kilang isy (roti). Kami berjalan melalui celah-celah bangunan untuk cepat sampai dan jauh dari pandangan orang lain.

Tiba di hentian bas, saya beli air kotak dan snek sebagai bekal. Mujur tak perlu tunggu lama, Eltramco (van) ke Ramsis tiba. Eltramco ke Ramsis pasti akan melalui Abbasiah; tempat yang saya tuju. Tak seperti biasa, Eltramco ini bergerak dengan tenang dan ini buat hati saya agak gusar. Bahkan banyak berhenti untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

20 minit kemudian kami tiba di stesen bas di Abbasiah. Sangka saya kami terus boleh masuk dan tunggu di tempat yang disediakan di dalam stesen. Duf'ah (polis) yang menjaga pintu pagar itu berkata, bas akan tiba 6.30 pagi dan saya akan dibenarkan masuk pada pukul 6.00 pagi. Maka, kami terpaksa menunggu di luar. Kelihatan beberapa pemuda Mesir yang akan menaiki bas yang sama tercegat berdiri sambil menggalas beg yang besar.

Tidak lama kemudian kami semua dibenarkan masuk. Banyak yang saya borakkan dengan Hilman sehingga tak sedar masa berlalu dengan pantas. Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Taala kerana dikurniakan kawan sepertinya. Benarlah, hidup lebih mudah dan seronok bila berteman. Kini saya faham perasaan itu.

6.40 am: Bas tiba dan saya mengambil tempat. Bas bergerak meninggalkan stesen menuju ke hentian seterusnya untuk mengambil penumpang. Saya terpegun melihat bangunan-bangunan lama ala Inggeris yang belum pernah saya lihat sebelum ini di Kaherah. Sayang, saya belum bersedia dengan kamera ketika itu. Bas terus meluncur laju menuju Semenanjung Sinai.

7.15 am: Pemandu bas membunyikan hon. Saya lihat ada sebuah pikap Chevrolet berwarna hijau di hadapan dipandu dengan laju. Ia mengelak ke kanan, memberi laluan kepada bas untuk memotong (kereta di Mesir stereng sebelah kiri). Apabila pikap itu berada betul-betul bersebelahan bas, saya lihat ia terhuyung-hayang. Tak stabil. Di belakangnya ada beberapa orang lelaki berdiri. Tak lama kemudian, ia hilang kawalan dan terbalik di sebelah kiri merempuh longgokan pasir yang banyak di sisi jalan.

"Ilahi! Ilahi!" hanya itu yang mampu saya jeritkan ketika itu.

Keadaan tegang seketika. Namun pemandu bas mengambil keputusan untuk terus bergerak demi mengejar waktu. Saya harap tiada yang meninggal dunia. Serta merta teringatkan pesanan kawan-kawan supaya sentiasa memperbaharui niat. Andai apa-apa berlaku, kesudahannya baik. InsyaAllah.

Kiri dan kanan hanya padang pasir. Bas meluncur laju dengan diiringi bacaan Al-Quran oleh Syeikh Muhammad Rif'at dari stesen radio Iza'ah Al-Quran.


Ulasan

  1. syakir...post skali dgn gamba nnt ya

    BalasPadam
  2. Innalillah.....seb baik tak dihimpit bas, kalo tak haru....

    BalasPadam
  3. Ana yg patut syukur ade superhero cam anta. Kekuatan J memang menyeronokkan huhu..

    Teruskan menulis, hilang sikit risau.
    Take care, ya!

    BalasPadam
  4. @Joe Tahir: Oh, gambar pemandangan ada dalam Flickr. Gambar peribadi ada dalam Facebook.\
    @Bro Mie: Itulah. Mujur...
    @Anonymous: Superhero? Hero saja la... Belum super lagi. Hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman