Kau alasanku untuk dewasa

Mineral water being poured from a bottle into ...Image via Wikipedia

Alhamdulillah, sudah siap susun kertas-kertas dalam bilik ini. Rupa-rupanya taklah susah sangat. Sebab semuanya sudah sedia tersusun. Cuma kertas-kertas yang terkini yang perlu dikemaskini dengan teliti.

Begitulah selalunya. Sebelum kita lakukan satu-satu perkara yang kita jarang buat dan tidak suka, kita gambarkan ia sebagai satu kerja yang memenatkan. Padahal, bila dah buat, sekejap saja.

Sekarang tinggal pakaian dan barang-barang yang kecil-kecil yang perlu dimuatkan ke dalam beg dan kotak. Oleh kerana pakaian saya tak banyak, maka saya akhirkan pakaian. Kalau tak nak pakai ape?

Kebelakangan ini orang Malaysia agak sibuk. Makanya, saya tak boleh dah nak ganggu mereka dengan panggilan telefon yang panjang. Sekadar telefon dan beritahu bahawa saya sihat dan dapat tahu yang mereka juga sihat.

Tips kesihatan kali ini ialah, minum air masak banyak-banyak. Walaupun tak seronok minum air masak di musim sejuk sebab akan kerap ke bilik air, percayalah, ia baik untuk kesihatan anda. Anda dikira sihat dan kuat jika berjaya melalui musim sejuk tanpa demam selesema. Dan dikira sihat dan kuat jika berjaya melalui musim panas tanpa sakit tekak. Oh...
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Miskinnya kita ya. Minum air banyak2, makan banyak2, simpan dalam perut. Tapi, kena keluarkan balik. Hebat mana pun seseorang tu, mesti kena buang air jgk.

    BalasPadam
  2. Ya... Saya memang akan berpindah.

    Dan memang itu tabiat manusia. Susah payah cari duit, beli makanan. Lepas tu buang. Lepastu cari duit lagi...

    Alahai...

    BalasPadam
  3. betuul betul betul...

    aku setuju ngan ko.. kerja kalu kita pandang punyalah sukar nak di buat,,, alasannya adalah malas kan.. tapi bila kita buat,,, hek eleh,,, pejam mata pun boleh,, betul ka? hihihi


    AKu sekarang ni tgh batuk dan bersin kdg kdg,, ko ader tip9s x.. tolong gitau dalam blog aku erk. I'll wait 4 u

    BalasPadam
  4. Oho... Nak tips... Tapi tulis dalam blog kamu... OK... Tunggu...

    BalasPadam
  5. berjam2 di hadapan webcam creative. memanfaatkan baki masa di rumah 700

    BalasPadam
  6. apa kaitan tajuk ngan pos ni ye??tengah tercari-cari pautan antara tahuk dan posting??hurmmm..

    BalasPadam
  7. Kaitan?
    Er... Ntah la... Mungkin sebab ada beberapa perkara yang cadangnya nak tulis, tapi tak jadi tulis :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman