Gaza 1430H

Poor Dead YasserImage by spdl_n1 via Flickr
Tubuh masih letih. Saya ingin rehat, tapi tak nak tidur. Ada janji setengah jam lagi. Saya perlu tahu had keupayaan saya. Jika bukan saya yang ambil berat tentang diri saya, siapa lagi, kan?


Sepulangnya saya dari Sinai, terasa berat untuk menulis. Padahal ada beberapa peristiwa penting yang seharusnya kita kongsikan bersama keseronokkan dan kesedihannya. Tapi saya biarkan rakan-rakan yang lain mendahului. Biar saya berjaga-jaga di belakang, agar isu ini tidak hanya hangat saat ia berlaku, bahkan kehangatannya tetap terasa walaupun ia telah pergi.

1430H

Hari ini hari kedua kita hidup dalam tahun baru. Bak kata seorang teman, masanya untuk juruaudit membuat hitungan terakhir untuk tahun yang sudah dan memulakan hitungan yang baru untuk tahun ini.

Setiap orang seharusnya membuat perancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Tidak bermakna kerana terlepas untuk menyenaraikan azam tahun baru semalam, maka sudah terlepas peluang untuk membuat pembaharuan dan perancangan. Itu terlalu kebudak-budakkan. Bahkan matlamat tahunan akan sentiasa dikemaskini setiap bulan dan minggu mengikut kesesuaian. Tiada siapa yang boleh jangka dengan tepat apa yang akan berlaku akan datang. Tetapi, dengan merancang perjalanan hidup akan lebih teratur dan tidak mudah lari fokus.

Makanya, kita merancang, bukan meramal.

Gaza

Sewaktu serangan pertama berlaku, saya tidak tahu bahawa ia seteruk itu. Saya cuma dengar Gaza diserang. Memang semua maklum akan krisis di Gaza. Ketika Israel mengumumkan kemerdekaannya pada Mei 1948, tentera Mesir telah menyerang negara tersebut melalui wilayah ini dan mengakibatkan tercetusnya Peperangan Arab-Israel 1948. Akhirnya Mesir menguasai semenanjung ini sehingga tahun 1967. Sungguhpun begitu, Mesir kelihatan hanya berminat untuk menguasai wilayah ini dan tidak berminat untuk membangunkannya. Buktinya, sepanjang tempoh mereka berkuasa di sana, wilayah ini diserahkan kepada pihak tentera untuk mentadbir. Warga Palestin yang tinggal di sana juga tidak diberikan kerakyatan Mesir.

Kemudian tercetuslah Perang Enam Hari antara Israel dan Mesir. Israel menguasai wilayah ini selama 27 tahun, sehingga 1994. Pada Mei 1994, berlakulah Perjanjian Oslo antara Pihak Berkuasa Palestin dan Israel yang membahagi-bahagikan tanah rakyat Palestin kepada kedua pihak yang terbabit. Yasser Arafat memilih Gaza sebagai pusat pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin. Pada September 1995, dimeterai satu lagi perjanjian damai yang menyerahkan wilayah Tebing Barat kepada Pihak Berkuasa Palestin dan mula membentuk Palestinian National Council yang dianggotai 88 ahli yang dipilih dan mula bersidang di Gaza pada Mac 1996.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Palestin yang diterajui Yasser Arafat berdepan dengan masalah salahlaku tadbir dan penyelewengan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman