Iqamah itu visa
Image via Wikipedia Gara-gara tidur lewat semalam, saya hampir terlepas peluang untuk memperbaharui visa yang telah tamat tempoh sebulan yang lalu. Semalam ada ceramah umum yang disampaikan oleh tetamu-tetamu dari Malaysia . Balik dari ceramah tak terus tidur. Layan Internet dulu. Saya akan tulis tentang ceramah tersebut bila saya dapat kembali kamera yang dipinjam M semalam. InsyaAllah, saya akan tulis. Saya terkejut dari tidur jam 10.30 pagi. Begitu penting urusan visa ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bangun saja terus sandang beg dan menuju ke pejabat imigresen. Berikut beberapa butiran berkenaan urusan memperbaharui visa (iqamah): Memperbaharui visa Dokumen yang diperlukan: 1. Pasport yang sah. 2. Pengesahan (tasdiq) kuliah. Boleh didapati dari pegawai hal ehwal pelajar di universiti (syu'un tullab). 3. Dua salinan pasport pada muka surat yang tertera butiran peribadi pemegang. 4. Dua salinan pasport pada muka surat yang tertera cop visa terakhir dan cop