Gaza 1430H II

This image was copied from en.wikipedia.org. T...Image via Wikipedia
Intifadhah Kedua meletus pada September 2000. Pada Februari 2005, Israel memutuskan untuk berundur dari Gaza. Rancangan ini dilaksanakan pada 15 Ogos 2005 dan selesai pada 12 September 2005. Israel juga berundur dari Jalan Philadelphi iaitu jalan yang sempit berhampiran dengan sempadan Gaza dan Mesir setelah Mesir bersetuju untuk mengawal sempadan tersebut.


Pada tahun 2006, Hamas telah memenangi pilihanraya umum Palestin, mengalahkn Fatah dan beberapa parti lain. Kerajaan yang dipimpin Hamas enggan untuk mengiktiraf Israel. Sebagai respond, Israel, Amerika, Kanada dan Kesatuan Eropah membekukan dana-dana kerajaan Palestin. Maka, keadaan politik dan ekonomi di Gaza meruncing.

Pada Januari 2007, pertembungan berlaku antara Hamas dan Fatah. Hujung Januari 2007 menyaksikan satu pelan damai antara kedua parti tersebut. Namun, setelah beberapa hari, anggota Fatah menyerang universiti yang dikatakan ada hubungan dengan Hamas.

Pada Jun 2007, ketegangan antara Hamas dan fatah meruncing. Pada 14 Jun 2007, Gaza dipimpin sepenuhnya oleh Hamas dan Presiden Mahmoud Abbas (Fatah) mengumumkan keadaan darurat dan membentuk kerajaan baru tanpa penyertaan Hamas. Kerajaan baru ini menangkap ahli Hamas dan menutup pejabat-pejabat Hamas di Tebing Barat.

Kerajaan Abbas mendapat sokongan antarabangsa. Akhir Jun 2008, Mesir, Jordan dan Arab Saudi mengiktiraf kerajaan Abbas di Tebing Barat adalah kerajaan yang sah. Mesir memindahkan kedutaannya dari Gaza ke Tebing Barat. Kerajaan Hamas di Gaza dipulaukan. Namun, Abbas ditekan oleh Mesir dan Arab Saudi supaya berbincang dengan serius dengan Hamas.

Hamas pula disokong oleh Syria dan Iran. Hamas juga telah dijemput ke beberapa negara termasuk Rusia, Amerika dan Kesatuan Eropah untuk berbincang tentang keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Oleh kerana Israel dan sekutunya tidak ingin mengiktiraf kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin (Hamas), mereka menutup jalan Rafah yang bersempadan dengan Mesir.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman