Gaza 1430H III: Mati tetap mati!

zoriah_gaza_tunnel_tunnels_egypt_rocket_jihad_...Image by Zoriah via Flickr
Saya terasa kerdil untuk menulis soal Gaza. Perjuangan mereka dikelilingi letupan dan darah. Sedang saya di sini dilitupi dengan selimut tebal. Mereka berjuang untuk terus hidup. Sedang perjuangan saya sekadar untuk mensuakan air yang sejuk ke kulit.


Tapi, beberapa orang kawan di Malaysia bertanya akan hal Palestin. Memang benar, Malaysia terlalu jauh untuk merasakan gema penderitaan di sana. Walaupun sudah ramai yang berusaha mendekatkan rakyat Malaysia akan isu ini, tapi, mata dan telinga kita sudah tertutup dengan masalah-masalah kehidupan.

Ia kembali terbuka saat berlakunya serangan yang besar. Seperti yang sedang berlaku di Gaza kini. Alangkah indahnya jika momentum dari serangan ini digunakan untuk merancang apakah yang akan kita semua sumbangkan kepada Palestin selama 10 tahun secara berterusan.

Bilangan yang terbunuh semakin meningkat. Apatah lagi yang tercedera.

Mereka telah menderita sejak 60 tahun yang lalu. Wilayah yang dikuasai rakyat Palestin semakin sempit. Malahan yang ada pula sentiasa ditekan dengan serangan-serangan yang dilakukan secara berkala.

Mati tetap mati. Kerana itu rakyat Palestin tidak percaya kepada janji damai dengan Israel sebagaimana yang diusahakan Fatah. Akhirnya muncul Hamas yang menjanjikan penentangan secara bersenjata secara berterusan. Mati tetap mati. Tapi, mati dalam berjuang secara berdepan lebih mulia daripada mati dalam menunggu janji damai dari Israel.

Alasan Israel untuk melakukan serangan secara besar-besaran ini ialah untuk menghapuskan Hamas dan mereka mendakwa Hamas menggunakan rakyat awam sebagai perisai untuk berlindung. Amaran untuk keluar dari kawasan serangan telah dikeluarkan dan mereka yang terkorban adalah mereka yang engkar pada arahan tentera Israel. Oh, sungguh licik muslihat mereka!

Sebenarnya, ini adalah cara pemimpin-pemimpin Israel melobi jawatan dalam kerajaan. Lebih brutal, lebih kukuh kedudukan dalam kerajaan. Setiap pemimpin perlu sekurang-kurangnya sekali terlibat dalam operasi pembunuhan besar-besaran untuk menunjukkan keberanian dan kesetiaan mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Kebetulan ada Hamas untuk dijadikan alasan. Arahan untuk berundur ke kawsan lain dikeluarkan semata-mata untuk mengaburi pandangan. Ke mana rakyat Gaza harus lari? Ke sempadan Mesir yang ditutup? Ke kampung-kampung lain yang dikepung tentera Israel? Huh, mereka melayan rakyat Palestin sama seperti melayan ikan dalam akuarium. No way to run, no way to hide!

Sempena tahun baru ini, masukkan cita-cita untuk memahami dan membantu Palestin dalam senarai azam tahun baru anda. Hamas telah lama melancarkan kempen 'One Dollar to Palestine'. Mereka hanya minta USD1 dari setiap seorang untuk disumbangkan kepada Palestin. Adakah kempen itu sampai ke telinga kita? Kalau sampai, apakah tindakan kita?

Di Malaysia, kita sudah ada insan-insan yang siang malam berfikir tentang bagaimana untuk membantu Palestin secara realistik dan praktikal. Mereka perlukan sumbangan dan sokongan anda. Bagaimana jika kita korbankan sepinggan nasi kita untuk Palestin? Hanya RM5 sebulan. Saya yakin, kalian berupaya untuk berbuat sesuatu yang lebih daripada itu.

Fahami isu ini dengan mendalam dan berterusan. Ia akan tercatat dalam sejarah, dan ia lebih indah jika kita turut menyumbang. Teruskan berdoa dan boikot untuk memastikan hati kita sentiasa terikat dan teringat akan mereka.

Sumbangan anda boleh disampaikan terus ke Aman Palestin menerusi akaun di bawah:

Dana Sumbangan Derma
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787


Dana Sumbangan Pengurusan
Bank Muamalat Malaysia Berhad: 12070005133717
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. the least tt we can do, is to boycott us products.. let's teach them a lesson for supporting israel.. wud be good if u can list e products.. bsides coca-cola,mcd,colgate, what else aa?

    BalasPadam
  2. The best list available is from InMinds. I'll post it here.

    Jangan lupa derma.

    BalasPadam
  3. iklan sikit - pd sesiapa, bleh juga menderma pada "NSTP FUND FOR GAZA"

    maybank account number - 514105 320501

    BalasPadam
  4. Aah. Bagi RM5 sorang. Kalau 500,000 orang dah dapat RM2.5 juta!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman