Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

cute kid (Explore)Image by Swami Stream via Flickr

Antara perkara yang menarik dalam laporan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) adalah negara yang tidak mengamalkan PPSMI menunjukkan prestasi cemerlang. Lihat prestasi 35 negara berikut:

1. Singapura 567 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa komunikasi keluarga)
2. Taiwan 561
3. Jepun 554
4. Korea Selatan 553
5. England 542 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
6. Hungary 539
7. Republik Czech 539
8. Slovenia 538
9. Hong Kong 530
10. Persekutuan Rusia 530
11. Amerika Syarikat 520 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
12. Lithuania 519
13. Australia 515 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
14. Sweden 511
15. Scotland 496 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
16. Italy 495
17. Armenia 488
18. Norway 487
19. Ukrain 485
20. Jordan 482
21. Malaysia 471 (PPSMI + BM, Inggeris bukan bahasa ibunda)
22. Thailand 471
23. Serbia 470
24. Bulgaria 470
25. Regim Israel 468
26. Bahrain 467
27. Bosnia & Herzegovina 466
28. Romania 462
29. Iran 459
30. Malta 457 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa rasmi)
31. Turki 454
32. Syria 452
33. Cyprus 452
34. Tunisia 445
35. Indonesia 427

Kecuali Singapura dan England yang bahasa di rumah pelajarnya adalah Inggeris, 10 negara yang teratas tidak datang daripada negera yang tidak mengamalkan PPSMI.

Harap maklum, bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda England, Amerika Syarikat, Australia dan Scotland.

Kajian sosiolinguistik menunjukkan bahawa bahasa dalam kalangan keluarga di Singapura adalah Inggeris (Tajuddin Jaafar, 2005).

Hanya Malta yang mengamalkan ddasar PPSMI di samping bahasanya sendiri. Namun bahasa mereka itu adalah bekeluarga dengan bahasa Inggeris.

Data ini membuktikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda itu lebih berkesan.

(ulasan penuh)
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Salam bro.

    Bagi saya bagi isu ini, sudah ramai yang mempertahankan dan tidak kurang juga ramai yang ingin memansuhkan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran terutamanya Matematik dan Sains.

    Persoalan yang timbul ialah, selama mana kita ingin terus menggunakan bahasa ibunda (di mana Bahasa Melayu bukanlah antara bahasa dunia jika dibandingkan dengan Mandarin, English, Spanish dan French) dan ingin mengetepikan Bahasa Inggeris.

    Ramai mana di kalangan belia kita sekarang yang fasih berbahasa Inggeris dengan pronunciation, vocabulary dan even basic grammar yang betul dan tidak berterabur?

    Boleh dikira dengan jari. Jika ini berlaku, bolehkah kita bersaing dengan dunia luar dan berkomunikasi dengan berkesan jika hanya mahir dengan bahasa ibunda?

    Jika Singapura boleh dengan mengamalkan Bahasa Inggeris di dalam percakapan seharian (setahu saya English merupakan bahasa pertama di negara tersebut seperti India) kenapa tidak Malaysia? Kenapa kita perlu membandingkan negara kita dengan negara yang tidak mengamalkan Bahasa Inggeris sebaiknya kita membandingkan dengan negara yang mengamalkannya seperti contoh terdekat Singapura. Malah mereka berjaya menduduki tangga pertama.

    Jika Singapura boleh, apa bezanya dengan Malaysia? Ya, mungkin ada setangah pihak yang mengatakan senang untuk membentuk Singapura kerana negaranya kecil.

    Bagi saya (setelah merujuk adik bongsu saya yang suka dengan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) kita harus terus membentuk generasi yang mahir di dalam Bahasa Inggeris kerana di dalam akademik pun banyak buku-buku rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris.

    Tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam.

    Bahasa adalah perantara untuk mendapatkan maklumat. Jika ternyata dengan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris membuatkan pencapaian murid merosot (sila rujuk link di atas), kenapa tidak diteruskan sahaja pengajaran dalam Bahasa Melayu?

    Matlamat pengajian Matematik dan Sains adalah untuk memahami dan mendalami ilmu tersebut dan bukanlah sebagai latihan untuk fasih dalam Bahasa Inggeris. Jika dalam Bahasa Melayu sendiri sudah payah nak faham, macam mana pula jika diajar dengan Bahasa Inggeris.

    Lihat lapan lagi negara yang tersenarai di kalangan 10 teratas. Mereka mengajar dalam bahasa ibunda mereka.

    Pertama, ia seiring dengan usaha membentuk bangsa Malaysia.

    Kedua, ia meluaskan lagi penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam masyarakat.

    Terima kasih atas komentar saudara :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman