Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Peperangan laman sosial menjelang 2010

Imej
Image by enda_001 via Flickr Kita akan menyambut tahun baru 2010 tak lama lagi. Sebagai persediaan menghadapi tahun baru, perubahan demi perubahan telah dilakukan pada laman sosial bagi memastikan mereka mampu mengekalkan jumlah pengguna yang mereka ada sekarang dan juga menarik pengguna baru ke laman mereka.

Internet 2010

Imej
Liputan Al-Jazeera tentang apa yang akan berlaku kepada dunia Internet pada tahun 2010.

Hijrah

Imej
Kuliah Habib Omar bin Hafiz tentang hijrah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

Riz Khan - Shadow Elite

Imej
Rancangan Riz Khan dari saluran Al-Jazeera membincangkan tentang 'Shadow Elite' -- golongan elit yang memanipulasi sistem kerajaan di Amerika Syarikat untuk kepentingan mereka.

Blog pilihan November 2009

Imej
Image via Wikipedia Berikut adalah senarai blog yang menyumbang kunjungan terbanyak ke blog ini sepanjang November 2009:

Artikel pilihan November 2009

Imej
Image by Getty Images via Daylife Lama betul tak menulis. Sedar tak sedar kita sudah dalam bulan Disember. Untuk kali ini saya ubah sedikit apa yang biasa saya buat -- laporan bulanan -- dengan membahagikan ia kepada dua artikel yang berbeza; artikel pilihan dan blog pilihan.

Baiki PC

Imej
Image via Wikipedia Baru-baru ini kawan saya ajak saya temankan dia baiki beberapa PC yang berlonggok di rumahnya. Bila saya tengok sendiri, memang nampak banyak. Berlonggok. Dapat saya fahami perasaan kawan saya kalau PC tersebut tak dibaiki. Menyerabutkan.

Windows 7

Imej
Image via Wikipedia Kehangatan Windows 7 sedang hebat diperbincangkan sejak kemunculannya di pasaran pada 22 Oktober baru-baru ini. Saya antara orang yang teruja dengan pelancarannya kerana pernah mencuba versi percubaan Windows 7. Proses untuk memasangnya mudah dan ia ternyata lebih baik dari versi sebelumnya -- Vista .

Selepas seminggu

Imej
Image by rdhanz via Flickr Seminggu yang lalu, saya masih di Malaysia. Kemaskan barang untuk berangkat ke Mesir. Sedar tak sedar, saya sudah seminggu berada di Mesir. Berikut adalah perkembangan terkini saya:

Laporan Oktober 2009

Imej
Image via Wikipedia Cukup setahun saya aktif dengan blog. Yang saya pelajari lebih banyak dari yang saya tulis. Ini satu kenyataan yang tak semua orang tahu melainkan orang yang melaluinya sendiri. Dengan menulis, anda sebenarnya belajar lebih banyak berbanding membaca.

9HCCM: Hari terakhir

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 9 Khamis, 15 Oktober 2009 Hari terakhir dalam perjalanan saya.

9HCCM: Ronda-ronda Johor Bahru

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 8 Rabu, 14 Oktober 2009 Selesai hantar Faiz dan Faizah di tadika, saya, C.su dan A.su ke UTM. Kemudian saya dan A.su ke terminal bas di Larkin untuk beli tiket. Saya beli tiket bas Transnasional Johor Bahru -- Kuantan (RM26.40).

9HCCM: Ikan goreng

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 7 Selasa, 13 Oktober 2009 Seperti semalam, saya bersama C.su dan A.su menuju ke UTM setelah hantar Faizah dan Faiz ke tadika. Pagi itu saya hubungi Zulkifli , kawan sekolah saya dahulu yang kini bertugas di UTM. Kami berjanji untuk makan tengah hari bersama.

9HCCM: Memancing

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 6 Isnin, 12 Oktober 2009 Saya perlu bangun awal. Pagi-pagi, C.su dan A.su perlu hantar anak-anaknya ke tadika. Pekan Nenas dan UTM juga agak jauh.

9HCCM: Majlis konvokesyen di UIA Gombak

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 5 Ahad, 11 Oktober 2009 Selepas solat dan mandi, Wali ajak saya bersarapan. Kami ke restoran yang berhampiran dengan motorsikal. Elok saja selesai makan, hujan turun renyai-renyai.

Senarai laman web bagi blogger baru

Imej
Image via CrunchBase Berikut adalah senarai laman web yang saya sarankan kepada blogger yang ingin memulakan blog pertama mereka:

9HCCM: Durian!

Imej
Hari 4 Sabtu, 10 Oktober 2009 Bangun pagi, solat Subuh dan main dengan anak-anak K.wa. Kina tidur di rumahnya. Tak lama kemudian dia sampai di rumah K.wa dengan baju baru untuk saya. Terima kasih! Kami keluar sarapan bersama-sama. Dalam perjalanan pulang, K.wa beli durian. Katanya durian Perak adalah yang terbaik. Sebelum balik, sempat lagi K.wa ziarah rumah contoh. Cantik!

9HCCM: Dari Pulau Pinang ke Perak

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 3 Jumaat, 9 Oktober 2009 2.00am: Sampai di rumah A.chik. A.reeh bagitahu biasanya dia tidur di rumah isterinya. Tapi mungkin sebab saya ada malam ini, maka dia pun tidur di rumah.

9HCCM: Sehari di Kedah

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 2 Khamis, 8 Oktober 2009 1.50am: Tiba-tiba tersedar. Bas berhenti. Entah di mana. Penumpang-penumpang turun untuk dapatkan tandas dan makanan. Lebih kurang setengah jam, kemudian kami teruskan perjalanan. Saya pula teruskan tidur.

9HCCM: Sehari di Kota Bharu

Imej
Image by rdhanz via Flickr Hari 1 Rabu, 7 Oktober 2009 Bangun dari tidur, solat dan saya terus bersiap. Saya hanya bercadang untuk bawa satu beg. Tapi terpaksa tambah dengan satu lagi beg kertas. Banyak pula barang yang nak dibawa.

9HCCM: Beli tiket bas

Imej
Hari 0 Selasa, 6 Oktober 2009 9.00pm: Saya ajak A.yed ke stesen bas untuk beli tiket bas. Saya pilih Transnasional perjalanan Kuala Terengganu -- Kota Bharu (RM14.30).

9HCCM: Prolog

Imej
Image via Wikipedia Sebulan saya di Malaysia , saya dapati jadual harian saya agak padat. Terutamanya pada waktu petang. Terikat. Sedangkan cuti saya ada sebulan lagi. Takkan habis macam itu saja?

Puisi buat kawan

Puisi Buat Kawan by ~ rdhanz on deviant ART

Kemaskini Twitter dengan SMS di Malaysia

Imej
Image via CrunchBase Saya banyak gunakan Twitter untuk memberitahu keluarga dan kawan-kawan saya tentang keadaan semasa saya. Twitter boleh dihubungkan ke blog dan Facebook -- dua tempat yang banyak saya habiskan masa ketika online. Namun, sejak saya tiba di Malaysia , saya jarang menggunakan Twitter. Pertamanya, kerana masalah talian Internet . Saya perlu berusaha keras untuk masukkan talian Internet di rumah. Alhamdulillah, berjaya. Tapi, tetap tak boleh selalu kemaskini Twitter saya, sebab perlu berebut dengan Asyraf yang setiap hari nak tengok Ultraman Tiga . Alahai~ Sebab kedua, saya tak boleh kemaskini Twitter dengan menggunakan SMS sebagaimana yang saya lakukan di Mesir. Saya hairan juga kenapa tak boleh. Secara ringkasnya saya katakan, ada masalah untuk lakukannya dengan cara biasa. Rupa-rupanya, untuk kemaskini Twitter dengan SMS di Malaysia, perlu gunakan pihak ketiga. Baru sekejap tadi saya terjumpa V-Club yang membantu pengguna Twitter di Malaysia kemaskini akaun mereka

Aqiqah Aisyah Farhanah

Imej
Aqiqah , originally uploaded by rdhanz . Ramai yang datang semalam. Macam raya. Menu pun mantap. Nasi dagang, kuzi ayam dan gulai lembu dan kambing. Ramai juga yang tanya, "Bila balik?" dan "Bila nak pergi?" Saya juga tanya pada diri sendiri, "Bila nak pergi?"

Laporan September 2009

Imej
Bagaikan satu trend baru, saya lambatkan laporan bulanan saya. Sebetulnya saya tak sempat untuk kemaskini blog saya setiap hari kerana kekangan masa di rumah. Kerana itu kebelakangan ini saya tulis artikel bersiri. Sekali duduk, saya dapat siapkan 5-6 tulisan. Bereri saya dapat berehat dari menulis selama seminggu dan dapat tumpukan kepada hal-hal yang lain. Seminggu dua ini, benak saya penuh dengan idea untuk memperbaiki mutu persembahan blog saya. Beberapa idea penting cuba untuk saya laksanakan secara berperingkat. Antara yang sudah saya buat ialah tukar template dan kemaskini gajet. InsyaAllah, selepas ini banyak lagi pembaharuan yang akan dilaksanakan. Berikut adalah laporan untuk bulan September 2009.

Hari terakhir...

29 Ramadhan 1430H Sabtu, 19 September 2009 A.yed sampai di rumah semalam. Ketika saya tidur. Semua sangka dia akan pulang sendirian. Tapi rupanya K.bae dan Aisyah juga ada. Pagi ini saya nak alihkan baja yang berlonggok di hadapan rumah. Kedudukan asalnya di bawah rumah. Tapi, tahun lepas berlaku banjir besar. Baba bertungkus-lumus menyelamatkan baja. Ada yang 20kg, ada yang 50kg. Saya tak sekuat Baba. Tapi saya tetap nak mencuba untuk mengalihkannya. Menjelang tengah hari, A.chik datang dengan C.chik, A.reeh dan Kimi. Tapi tak lama. Mereka perlu pulang ke Besut. Saya teruskan kerja saya. Tiba-tiba posmen datang. Saya terima kiriman yang mengejutkan dari Aiyrie. Terima kasih banyak-banyak! Kejutan yang sungguh bermakna. Menjelang tengah hari, saya, A.su dan A.yed keluar beli barang. Saya tertidur dalam kereta. Kuat juga penangan baja. Sampai di rumah, saya masih mengantuk. Selepas Solat Asar, saya teruskan kerja saya. Baba sendirian cari daun untuk kambing. Saya dengan ba

Hari yang memenatkan

28 Ramadhan 1430H Jumaat, 18 September 2009 Kami pulang agak lewat. Sampai di rumah, saya cuma sempat tidur sedikit. Kemudian, Mama kejutkan saya untuk sahur. Hajat di hati ingin tidur semula. Tapi, sebab bersembang, saya tak sempat untuk tidur. K.wa dan A.fili sampai dari Perak dengan anak-anaknya. Tambah lagi sebab untuk tidak tidur. Anak-anak K.wa memang comel semuanya; Sarah, Fathir dan Syifa. Kemudian Mama ajak saya ke Batu 6 untuk dapatkan daging. Mama berhajatkan tulang rusuk. Sebab itu kami perlu cepat. Di Batu 6, saya ternampak Cikgu Rowena yang mengajar saya Sains ketika Tingkatan 3. Tak sempat untuk saya tegur. Selepas berbincang, akhirnya saya dan Ebah perlu ke Mydin Mall. Keadaan sudah sesak sungguhpun masih awal pagi. Saya terpaksa letak kereta di Terengganu Trade Centre (TTC), kira-kira 10 minit berjalan. Mujur kami ke sana berdua. Untuk timbang sayur pun perlu beratur panjang. Di sana saya sempatkan diri untuk menyapa Fakhruddin, junior di SMAASZA yang kini bela

Tetamu dari Johor

27 Ramadhan 1430H Khamis, 17 September 2009 Internet melambatkan pergerakkan saya. Itu yang saya perasan sejak Internet disambungkan ke rumah. Saya perlu susun kembali jadual harian saya. Baba ajak saya cari daun-daun untuk kambing. Semakin hari, semakin jauh kami pergi. Sebab kambing tak makan semua jenis daun. Ada beberapa jenis daun yang mereka makan dengan berselera. Antaranya daun pokok mengkudu, gelang dan senduduk. Selepas Solat Zohor, saya dan Baba ke Batu 6, beli satu guni lagi makanan kambing. Sebagai persiapan menjelang raya. Saya basuh kipas selepas Solat Maghrib. Kipas tanpa sawang sangat laju. Namun, mungkin sebab kerja ini yang buat saya mengantuk ketika terawih. Atau kerana cara makan saya. Balik ke rumah, saya dapati C.su dan A.su sampai dari Johor. Selepas bawa masuk barang-barang mereka, saya, C.su, A.su dan Ebah keluar untuk melihat suasana menjelang raya di Terengganu. Batu Burok menjadi pilihan.

Membeli belah di Sabasun

26 Ramadhan 1430H Rabu, 16 September 2009 Saya cuma sempat dua rakaat dengan imam. Kemudian telefon berdering. Kina sudah hampir sampai di stesen bas dari Tanjung Malim, Perak. Saya witir sendirian dan terus ke sana. Mujur kami berdua sempat bersahur di rumah bersama Mama, Baba, A.yed, A.zul, K.gee dan Ebah. Ebah ingin sekali lagi ke perpustakaan hari itu. Kemudian saya dan Mama ke Sabasun. Mama beli barang keperluan rumah, saya beli barang yang K.nor kirim. Lama kami di sana. Tiba di rumah, saya berehat sebentar dan kemudian ke perpustakaan untuk menjemput Ebah. Mungkin kerana keletihan, saya tertidur awal dari biasa sedangkan Mama minta saya masukkan duit ke bank. Mujur A.yed selesaikannya.

Qiamullail

25 Ramadhan 1430H Selasa, 15 September 2009 Siang ke bandar, hantar Ebah ke perpustakaan, buat cukai jalan kereta dan beli tiket. Sampai di rumah, Mama pula ajak ambil baju raya K.wa yang ditempah sebulan sebelum puasa. Sebelum pulang, ambil Ebah di perpustakaan. Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Ada majlis malam ini selepas terawih. Majlis khatam Al-Quran di Masjid UDM. Selesai majlis, saya diberitahu ada qiamullail.

Balik Besut

24 Ramadhan 1430H Isnin, 14 September 2009 Hari ini ke Besut. Balik kampung. Baru berkesempatan setelah hampir sebulan di rumah. Kami bertolak agak lewat. Tinggal Ebah dan K.gee di rumah. Saya, Mama dan Baba bertolak meninggalkan rumah. Saya nak jumpa Tokwe (datuk) dan saudara mara lain. Mama kata dia nak jumpa Tokwe juga. Sudah sebulan tak jumpa. Baba ada urusan lain dengan adik beradiknya. Mula-mula kami singgah di Kg. Pinang. Rumah Makcik Zah, kakak Baba. Mula-mula tak ada orang melainkan Amin, anak K.tie. Tak lama kemudian, K.tie pulang dari hantar kuih-muih. Selepas itu Makcik Zah pulang dari menoreh. Saya nak duduk lebih lama. Tapi masa tak mengizinkan. Kemudian ke rumah Pak Ngah Husin, abang Baba. K.pisah juga buat kuih. Tapi akan hantar selepas Asar. Kuat bisnes rupanya saudara mara saya. Kemudian ke rumah Pak Su Li, adik Baba. Pak Su tak ada di rumah. Hanya Mak Su Nah. Tiba-tiba hujan lebat. Tak tunggu hujan berhenti, kami ke rumah A.ngah, adik Mama. Kebetulan A.ngan

Pasang Streamyx

23 Ramadhan 1430H Ahad, 13 September 2009 Baru berkesempatan untuk berbual panjang dengan Mama setelah seminggu lebih dia di IJN. Kemudian saya keluar beberapa kali untuk selesaikan urusan yang pelbagai. Terkial-kial saya cuba untuk pasang Streamyx. Tidak semudah yang disangkakan. Asyraf tak ke nurseri hari ini. Semata-mata untuk gunting rambut dan beli baju raya. Alhamdulillah, setelah beberapa lama berusaha, akhirnya selesai sudah misi saya memasang Internet di rumah. Harap ramai yang dapat manfaat. Saya ambil masa untuk selesaikan urusan yang tertangguh. Kemudian ke Bazar Ramadhan Gong Badak, beli ayam pusing. Dalam perjalanan pulang saya singgah rumah kawan. Katanya ada kerja terjemahan untuk saya. Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Saya memang suka tugas yang diberi. Sebab itu cepat-cepat saya terima. Selesai terawih, saya dan A.yed keluar makan di luar. Malam ini baru berkesempatan untuk kami berdua berbual-bual. Banyak yang kami bualkan. Saya rasa hal ini sangat perlu

I'tikaf di Masjid UDM

22 Ramadhan 1430H Sabtu, 12 September 2009 Selesai sahur, saya dapat panggilan telefon dari Ebah, adik bongsu saya. Katanya dia sudah sampai di stesen bas dari UIA. Kebetulan masa saya hidupkan enjin kereta, A.yed, Mama, K.bae dan Aisyah sampai dari IJN. Lega. Saya tak buang masa dan terus ke stesen bas. Faiz naik bas yang sama dengan Ebah. Kami bertiga meredah kesejukan pagi pulang ke Kg. Padang Air yang tercinta. A.yed masih tidur ketika saya keluar ke Masjid UDM yang dahulunya dikenali dengan Masjid KUSZA. Ada program i'tikaf. 10-12 September 2009. Saya cuma sempat hadir hari terakhir. Ketika saya sampai, cuma dua orang yang tinggal. U.umar dan U.sabri. Menurut U.umar, ramai lagi yang hadir, tapi sudah pulang kerana masing-masing ada hal mereka. Teringat satu tazkirah yang menyebut, "Orang soleh berada dalam masjid macam ikan dalam air. Orang tak soleh berada dalam masjid macam burung dalam sangkar." Saya memahami hakikat kata-kata ini hari ini. Baru beberapa jam berad

Mama pulang malam ini

21 Ramadhan 1430H Jumaat, 11 September 2009 Saya habiskan pagi dengan mencari gambar-gambar lama dan saya scan untuk simpanan. Banyak gambar yang menarik yang saya jumpa. Tapi ada beberapa gambar yang saya cari dan belum saya temui. Sedar tak sedar, sudah tiga kali saya Solat Jumaat di Batu 6. Di masjid saya sempat tegur Budin dan Madhan, kawan di Mesir. Sebelum pulang, Baba beli lauk berbuka dan saya beli minyak tanah. Di rumah, saya sekali lagi bersihkan tebu yang masih berbaki. Entah kenapa Asyraf banyak ragamnya hari ini. Baba keluar berbuka dengan Cikgu Aziz. K.gee dan A.zul keluar berbuka di luar. Tinggal saya dengan Asyraf di rumah. Kambing belum diberi makan. Terpaksa saya bawa Asyraf ke kandang. Mujur Asyraf jenis yang mendengar arahan. Mama telefon dan beritahu dia akan bertolak pulang malam ini.

Iklan kambing

20 Ramadhan 1430H Khamis, 10 September 2009 Asyraf tidak ke nurseri hari ini. Entah kenapa dia susah untuk bangun pagi ini. Mungkin dia tidur lewat semalam. Tak pernah sebegini. Biasanya mudah saja. Mujur K.gee ada hari ini. Boleh saya keluar hantar barang kepada kawan. K.gee beli pelita dan dia pesan supaya saya belikan minyak tanah. Selesai Solat Zohor, sekali lagi saya keluar. Beli makanan kambing yang sudah hampir habis dan beli lauk berbuka. Saya termenung seketika. Seguni makanan kambing RM32. Tahan seminggu. Bererti sebulan perlukan empat guni. RM128. Setahun RM1536. Banyak juga. Di Batu 6, terjumpa Ustazah Akma yang mengajar saya Pendidikan Islam Tingkatan 3. Tapi tak sempat tegur. Baba sudah lama minta saya buatkan iklan untuk jual kambing. Sekarang baru boleh saya laksanakan. Alhamdulillah, sudah diedarkan. Harap-harap ia berkesan. Balik ke rumah, saya dan Baba bersihkan tebu. Kemudian saya minta tolong penjual air tebu di depan Sekolah Kebangsaan Padang Air unt

Aiman Zaqaziq

19 Ramadhan 1430H Rabu, 9 September 2009 Pagi ini saya bercadang untuk ke bandar untuk selesaikan beberapa urusan. Minta izin Baba dulu. Sebelum keluar, kena bagi makan kambing. Maka jangan tanya kenapa saya memang tak bergaya untuk ke bandar. Haha. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Bermula dengan urusan di Public Bank, daftar Streamyx hinggalah ke tukar duit. Berjumpa dengan Aiman Zaqaziq. Seronok tengok orang yang dah graduate. Hari ini saya diperkenalkan dengan not RM50 yang baru. Duit raya, kata pegawai pengurup wang. Pada sebelah petang saya ke Pejabat Pos Manir untuk tuntut bungkusan yang cuba dihantar posmen ketika tiada orang di rumah. Kemudian ke Batu 6 untuk beli lauk berbuka. Hujan. Saya membeli dalam tempias air hujan. Kemudian saya sempatkan diri ke cyber cafe.

Cinta Sempurna

18 Ramadhan 1430H Selasa, 8 September 2009 Saya selesaikan urusan saya dengan Internet sebelum saya hantar USB Stick yang saya pinjam semalam. Sempat saya tonton empat episod drama Cinta Sempurna di Youtube. Tiba-tiba saya dicurahkan dengan limpahan emosi yang positif kesan dari drama tersebut. Saya alihkan komputer dari bilik ke ruang tamu -- tempat asalnya, dan kemas bilik. Saya kemaskini gambar-gambar perjalanan saya. Tiba-tiba rasa rindu pada K.nor sekeluarga di Leeds. Saya ke Batu 6 untuk beli lauk berbuka. Dua kali terserempak dengan Fatih, junior di Mesir, merangkap jiran. Malam ini kami bertiga; saya, Baba dan Asyraf tidur di ruang tamu. Baba nampak letih. Sangat-sangat letih.

Berbuka di markaz ABIM

17 Ramadhan 1430H Isnin, 7 September 2009 Pagi ini saya pinjam Celcom Broadband dari kawan saya. Cadangan awalnya ingin hantar Asyraf ke nurseri, tapi bila tiba di nurseri, tak ada orang. Tiba-tiba baru saya dapat tahu hari itu ada cuti peristiwa -- Nuzul Quran. Kesibukkan melupakan saya banyak perkara. Seharian saya mencuba keberkesanan Celcom Broadband di rumah saya dengan ditemani Asyraf. A.yed beritahu ada tiga saluran Aisyah yang tersumbat. Doktor pada awalnya ingin bedah dua. Tapi akhirnya hanya bedah satu. Doktor dari Pakistan. Aisyah masih di ICU. Kami bertiga berbuka puasa di markaz baru ABIM di Kg. Tok Jiring. Ramai yang hadir. Termasuk Kamal dan Muiz, junior di SMAASZA. Kamal akan ke Jordan manakala Muiz akan ke Mesir.

Salah faham

16 Ramadhan 1430H Ahad, 6 September 2009 Seharian saya di rumah Najmi. Kemudian saya ke City Connection di bandar Kuala Terengganu untuk tinjau harga tiket ke Mesir. Kuwait Airways, RM1300, satu hala. Pada saya harga itu berpatutan. Maka saya tempah tiket pada tarikh tersebut. Menjelang petang mood saya tak berapa elok. Baba pula letih sebab terpaksa uruskan kambing sendirian di bulan puasa. Maka berlakulah sedikit salah faham ketika kami hampir berbuka puasa. Namun tak lama. Segalanya jernih kembali sebab masing-masing faham keletihan dan kepenatan masing-masing.

Mesyuarat reunion

15 Ramadhan 1430H Sabtu, 5 September 2009 Selain urusan kambing, saya perlu uruskan Asyraf. Sebelum ini Mama yang uruskan. Setiap pagi beg sekolahnya perlu disiapkan dengan susu, pakaian dan lampin. Juga sediakan sarapan untuk Asyraf. Jaga Asyraf tak susah. Cuma perlu faham apa yang dia sebutkan sebab dia masih pelat. Antaranya, cucu melo (susu coklat), ekkemen (Ultraman), mekey mon (Mickey Mouse), eskeyem (aiskrim), air matam (air oren) dan aton (kartun). Yang jadi susah bila dia sebut perkataan lain. Susah nak faham! Kemudian saya dan Baba ke Kuala Berang. Jenguk kebun yang sudah lama tak diselia. Tak lama. Tengah hari kami pulang. Petangnya saya diajak bermesyuarat di Batu Burok untuk Reunion SMKATJ batch 1999-2003 pada 23 September 2009 (Raya ke-4). Sebelum ke Batu Burok, sempat saya singgah di rumah Adam Malik untuk ajak dia bermesyuarat sekali. Dia penat. Saya ke sana sendirian.

Mama ke IJN

14 Ramadhan 1430H Jumaat, 4 September 2009 Komputer berjaya saya hidupkan. Sekali lagi saya dan Baba Solat Jumaat di Masjid Batu 6. Saya cuba untuk sesuaikan diri dengan tugas yang banyak sejak Mama ke IJN.

Berbuka puasa di Masjid Tok Jiring

13 Ramadhan 1430H Khamis, 3 September 2009 Entah jam berapa A.yed sampai di rumah dari Kota Bharu. Selepas sahur, dia dan Mama bertolak ke IJN. Tinggallah kami bertiga di rumah; saya, Baba dan Asyraf. A.zul dan K.gee tidur di klinik. Pagi itu saya dan Baba ke Batu 6 untuk gunting rambut setelah beberapa kali tergendala. Saya cadangkan 1hb kami bergunting, tapi kata Baba, hari Selasa tak elok bergunting. 2hb kami ke Kota Bharu. Selesai bergunting kami ke Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM). Baba perlu proses borang nikah. Kemudian ke bandar. Cadangan asalnya nak cari tiket ke Mesir. Kami biasa berurusan dengan Perpel. Tapi entah kenapa, tutup pula. Sunyi sepi. Tiba di rumah saya minta izin untuk sekali lagi keluar. Saya perlu beli power supply untuk hidupkan komputer. Menjelang Maghrib, saya dan Baba ke Masjid Tok Jiring yang masih dalam pembinaan yang terletak di belakang Maahad Tahfiz wa Tarbiyah (MTT). Ada majlis berbuka puasa. Di sana saya nampak A.zamri, U.ramli dan A.ma

Namanya Aisyah Farhanah

12 Ramadhan 1430H Rabu, 2 September 2009 Saya membelah kegelapan malam menuju ke perumahan Permint Jaya, Cendering untuk berjumpa Nasir. Kami ke restoren seafood dan bersiar-siar di sekitar Lagoon, Kuala Ibai iaitu sekitar Masjid Terapung. Saya pulang setelah hantar Nasir balik. Selesai sahur dan Solat Subuh, pagi itu sekali lagi kami ke Kota Bharu. Saya hanya sempat tidur sejam. Kami bertiga; saya, Mama dan Baba. Setibanya di sana, saya temankan A.yed ke Pejabat Pendaftaran untuk mendaftar kelahiran anaknya. A.yed menamakan anaknya, Aisyah Farhanah. Mama dan Baba berada di wad bersama K.bae. Saluran jantung Aisyah yang menghala ke paru-paru tersumbat. Perlu dibedah. Sebab itu kami berulang-alik ke Kota Bharu. Untuk beri sokongan moral kepada A.yed dan K.bae. Ini anak sulung mereka. Mama pada asalnya ingin bersama A.yed di Kota Bharu, tapi atas sebab teknikal, Mama terpaksa balik. Dalam perjalanan kami berhenti berehat di Masjid Pak Amat. Saya yang baru sejam tidur ambil peluang ini un

Zulfadhli

11 Ramadhan 1430H Selasa, 1 September 2009 Saya cuba untuk tidak banyak keluar untuk mematuhi arahan doktor. Tapi tetap saja ke bandar pada tengah hari dan ke cyber cafe di sebelah malam. Ketika menunggu Baba keluar dari Bank Islam, saya ternampak Zulfadhli Nokman, rakan sekelas di SMAASZA dulu. Dia sedang lintas jalan. Tak berani saya nak panggil. Nanti jadi cerita lain pula. Kebetulan malam itu Nasir online. Saya ajak dia berjumpa. Dia terkejut kerana sudah lewat malam. Saya tegaskan, kalau saya tak buat macam ini entah bila kami dapat berjumpa.

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52

10 Ramadhan 1430H Isnin, 31 Ogos 2009 Pagi ini Kuliah Subuh di Masjid Batu 6. Di masjid saya terserempak dengan A.budi, senior saya di Mesir. Tak lama kerana dia perlu keluar. Pagi itu kami sekali lagi ke Kota Bharu. Kali ini Baba tidak ikut serta. Digantikan dengan Asyraf. Di hospital saya berjumpa K.wa yang kebetulan pulang dari Tanjung Malim ke Pasir Mas kerana kecemasan. Terubat rindu saya pada Sarah dan Fathir. Tapi masih belum berkesempatan untuk melihat wajah Syifa. Kali ini saya berpeluang untuk melihat sendiri anak perempuan A.yed yang baru lahir. Comel! Dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Bukit Tanah. Saya tertidur. Mama juga letih. Sebelum sampai di rumah, Mama turun ke Bazar Ramadhan. Tak sempat memasak hari ini. Demikian saya menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Makanan kambing

9 Ramadhan 1430H Ahad, 30 Ogos 2009 Pagi ini saya ke Pusat Servis Perodua Gong Badak. Kemudian ke bandar dan ke Batu 6 untuk beli makanan kambing. Dua guni. Satu guni untuk seminggu. Petangnya saya ke rumah kawan saya untuk mengambil madu yang saya kirim.

Hospital Raja Perempuan Zainab II

8 Ramadhan 1430H Sabtu, 29 Ogos 2009 Kami tiba di Kota Bharu. Saya agak gementar sebab saya memang diakui buta jalan oleh adik-beradik lain. Apatah lagi di Kota Bharu. Mujur A.yed tunjukkan jalan masuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kami tiba awal pagi. Bukan waktu melawat. Namun Mama dan Baba tetap usahakan untuk masuk. Saya rasa saya tak perlu bersungguh untuk masuk. Saya tunggu di luar. Malam itu kami tinggal di hotel setentang dengan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Sebelum tidur, saya ajak A.yed makan roti canai. Pagi itu saya demam. Sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu, Mama dan Baba sekali lagi masuk ke hospital untuk ziarah K.bae. Saya tunggu dalam kereta dengan memakai topeng muka. Saya tak nak sebarkan demam selesema saya di wad bersalin. Kami bertolak pulang dan dalam perjalanan singgah di Masjid Merang. Saya hantar Baba ke majlis aqad nikah di Tepoh dan saya dan Mama ke Klinik Wan Fazidah di Batu 6. Doktor mengesahkan saya demam

Ke Kota Bharu

7 Ramadhan 1430H Jumaat, 28 Ogos 2009 Selesai sahur dan Solat Subuh, saya teruskan usaha membaiki komputer. Saya dapati power supply yang rosak. Tengah hari itu saya dan Baba Solat Jumaat di Masjid Batu 6. Petangnya saya rasa terkilan sebab kambing banyak terlepas gara-gara dawai pagar yang kendur dan kambing-kambing boleh lompat melepasinya. Malam itu Mama nyatakan hasrat untuk ke Kota Bharu. Selesai terawih di rumah, saya, Mama dan Baba bertolak ke Kota Bharu. Saya memandu dengan berbekalkan air isotonik Excel dan snek Twisties. Lama benar tak makan Twisties. Saya berbual panjang dengan Mama. Dalam perjalanan A.yed telefon dan mengkhabarkan K.bae selamat bersalin secara Cesarean. Anak perempuan. Saya teruja. Tak sabar untuk lihat sendiri si kecil itu.

Komputer rosak

6 Ramadhan 1430H Khamis, 27 Ogos 2009 Rutin harian diteruskan seperti biasa. Cuma tengah hari itu saya keluar membeli barang-barang yang telah saya senaraikan sebelumnya. Di Gong Badak, saya terserempak Cikgu Ramli, guru pakar Matematik PMR yang mengajar saya ketika di tingkatan tiga. Saya perkenalkan diri saya sebagai Ramadhan dan dia mampu sambung nama saya, Ramadhan Syakir. Rasa terharu dengan keprihatinan cikgu. Tiba di rumah, saya basuh kereta. Malamnya, saya cuba baiki komputer yang menurut A.yed sudah lama tidak digunakan. Ada dua komputer di rumah. Satu yang memang asal di rumah. Yang kedua milik A.tohir yang dia tinggalkan di rumah saya sebelum ke Leeds. Kedua-duanya tak dapat digunakan.

Perbaharui lesen memandu

5 Ramadhan 1430H Rabu, 26 Ogos 2009 Selesai sahur, saya temani Baba ke Kg. Raja, Tepoh untuk Kuliah Subuh. Pulang dari kuliah, saya ikut Baba uruskan kambing. Kambing perlu diurus dua kali sehari. Pagi dan petang. Sebelah pagi kami beri makan daun-daun. Biasanya Baba yang uruskan. Juga isi air jika sudah kering atau kotor. Sebelah petang juga diberi daun-daun tapi menjelang Maghrib, bekas makanan akan diisi dengan makanan segera. Tengah hari itu A.ngah dan C.ngah datang dari Besut. Kemudian saya dan Mama ke bandar. Ke bank dan Sabasun -- pasar raya yang unik di Kuala Terengganu. Saya katakan ia unik kerana ia komited dalam memboikot produk Amerika dan Israel. Poster dan iklan boikot turut dipamer di pasar raya ini. Saya ke JPJ untuk perbaharui lesen saya dan lesen K.nor. A.yed dan K.bae ke Kota Bharu kerana K.bae bercadang untuk bersalin di sana. Saya sekali lagi ke kedai yang saya beli simcard semalam kerana nombor saya masih belum aktif.

Pesawat rosak

4 Ramadhan 1430H Isnin, 24 Ogos 2009 Masih di Lapangan Terbang Stansted. Kami naik tram ke balai berlepas dan tunggu di sana. Kami diberitahu pesawat rosak dan penerbangan kami ditangguhkan. Bekalan makanan dan air sudah saya habiskan sebelum ke balai berlepas. Saya fikir makanan dan minuman tak dibenarkan masuk ke kawasan ini. Rupanya tidak. Penerbangan kami terlewat tiga jam setengah. Saya sempat hubungi K.nor sejam sebelum berlepas. Mujur pengurusan Air Asia X beri layanan yang baik buat penumpang muslim. Waktu solat diberitahu, tempat solat disediakan, makanan mereka simpan dan waktu berbuka juga diumumkan. Selasa, 25 Ogos 2009 Bila tiba di Malaysia, saya kena ikut kalendar Malaysia. Masih Ramadhan ke-4. Setibanya di LCCT, Kuala Lumpur, saya hubungi K.wa. Tak dapat. Saya cuba hubungi A.yed. Dapat. Alhamdulillah. Katanya K.wa tak akan ke lapangan terbang, sebaliknya C.su akan ke sini dari Pulau Pinang. Saya makan di Marrybrown dan terima sms dari C.su. Katanya dia sudah

Syahir dan Nik

3 Ramadhan 1430H Ahad, 23 Ogos 2009 Penerbangan saya dijadualkan malam ini. Saya perlu bersiap-siap. K.nor siapkan sandwich untuk saya. Dua bekas besar. Saya capai pisang buat bekal. Juga air masak sebotol. Saya bertolak dari Leeds dengan bas. Tukar bas di Milton sebelum tiba di Lapangan Terbang Stansted. Dengan sandwich K.nor, saya berkenalan dengan Syahir dan Nik. Dua rakan sekerja yang berjalan-jalan menziarah UK dan Eropah. Dengan pertolongan mereka, saya terselamat dari membayar denda beg terlebih muatan. Kami menuju ke balai berlepas bersama-sama.

Puasa 17 jam

2 Ramadhan 1430H Sabtu, 22 Ogos 2009 Hari ini saya, A.tohir dan Ifah ke bandar dengan bas. K.nor dan Ateef tinggal di rumah. Tiga jam keliling bandar, penat juga. Mujur cuaca di Leeds sentiasa sejuk. Kurang sedikit rasa letih walaupun siangnya panjang. Subuh pukul 3.00 pagi. Maghrib pukul 8.00 malam. Berapa jam? 17 jam!

Berpuasa di Leeds

1 Ramadhan 1430H Jumaat, 21 Ogos 2009 Saya memulakan Ramadhan saya sehari awal di Leeds. Berpuasa di negara yang penduduknya bukan majoriti beragama Islam bererti tiada suasana meriah yang boleh diharap dan dinantikan. Tiada keghairahan untuk terawih. Apatah lagi saya yang masih dalam perjalanan. Destinasi akhir saya di Malaysia. Mujur K.nor tak lupa dengan amalan bersahur. Saya, K.nor dan A.tohir bersahur bersama walaupun Subuh masuk pukul 3.00 pagi. Kami bersahur sekitar 2.15 pagi. Saya dan A.tohir ke masjid untuk solat Jumaat. Khatib menyampaikan khutbah dalam Bahasa Arab. Katanya, "Puasa menghalang kita dari melayan syahwat yang halal. Maka bagaimana halnya dengan syahwat yang haram (lebih-lebih lagi ditegah)!" Untuk memeriahkan suasana, petang itu saya uli tepung untuk buat roti canai. Masih jauh lagi dari sempurna. K.nor kata jarang boleh masak sekali terus menjadi. K.nor berjaya hidupkan suasana berbuka dengan masakannya. Berserta kuih. Sedap!

Ramadhan 1430H

Tak semua kawan berpeluang untuk balik ke Malaysia cuti tahun ini atas alasan yang pelbagai. Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua pengalaman sepanjang Ramadhan tahun ini. Setiap hari Ramadhan sangat bermakna kepada saya. Setiap tahun ada pelajaran baru yang saya terima. Tahun ini lain pula ceritanya.

Kembara 18 hari

Alhamdulillah, Allah Subhanahu wa Taala melapangkan rezeki saya untuk buat apa yang saya cita-citakan selama ini; mengembara sendirian di bumi asing. Ia bermula dengan ura-ura kakak sulung saya akan ke UK, ikut suaminya yang melanjutkan pelajaran di sana. Otak saya mula ligat berputar menyusun dan mengatur. Selesai peperiksaan, saya mula laksanakan apa yang saya sudah rancangkan. Dengan bantuan kawan-kawan dan keluarga yang baik hati, segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih kepada Mama, K.wa, Khai, Wan Hilmi, Hilman, Adam Tan dan C.su atas bantuan yang diberi. Tak lupa Fahmi dan Ismail atas pengalaman perjalanan mereka yang lalu. Juga buat Amir, Tarmizi, Faiz, Ubai dan K.nor sekeluarga. Juga kawan-kawan serumah dan sepanjang perjalanan. Bertemu dengan kalian buat perjalanan ini lebih bermakna. Di sini saya buat ringkasan catatan perjalanan selama 18 hari dari Mesir hingga ke Malaysia. Hari 0 (7 Ogos 2009): Majlis tanasuh Hari 1 (8 Ogos 2009): Kemalangan di padang pasir,

Laporan Ogos 2009

Imej
10 artikel yang paling kerap dibaca sepanjang Ogos 2009: 1. Rukun Islam dan rukun Iman 2. Sejarah perkembangan Islam 3. Kemalangan di padang pasir 4. 5 rukun khutbah Jumaat 5. Perkembangan teknologi komunikasi 6. Doa lembutkan hati anak 7. Pemeriksaan pasport 8. Adobe Illustrator 9. Disoal siasat 10. Warna Pelangi 10 blog yang menyumbang kunjungan terbanyak sepanjang Ogos 2009: [+1] 1. Raqaiq [baru] 2. Dr. Saif 88 [kekal] 3. Wahyu Suci [-3] 4. Maizatul Ranai [+4] 5. Cucu Dagang [baru] 6. Kembara Mursyid [-2] 7. Azan Subuh Khamis [-4] 8. Jelajah Mesir [baru] 9. Dunia Pengembara [-4] 10. Nik Afra Seperti biasa, blog yang tersenarai dijemput untuk memaparkan logo ini di blog masing-masing. Maaf, lambat sikit (baca: banyak). <a href="http://rdhanz.blogspot.com/2009/09/laporan-ogos-2009.html"><img src="http://i182.photobucket.com/albums/x158/rdhanz/ogos-2009.png" border="0"></a> Terima kasih kerana masih t

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

25 Ogos 2009 1.30am: Saya ubah jam telefon bimbit saya ke waktu tempatan. Waktu Malaysia. Kami mendarat dengan selamat. Kemudian bergegas mengambil beg. Di lapangan terbang kelihatan ramai orang memakai topeng muka. Saya cuba telefon K.wa. Tak dapat. Saya cuba hubungi A.yed. Mujur, A.yed jawab panggilan saya. Keajaiban terjadi. K.wa tak jadi menjemput saya ke Tanjung Malim, Perak. Sebaliknya, C.su akan ke lapangan terbang dari Pulau Pinang. Saya mendengar dengan bingung. Tak apalah, asalkan ada yang menjemput. 2.30am: Saya ke Marrybrown untuk makan. Saya tanyakan juruwang berapa haribulankah hari ini. Saya agak terkeliru. Tak sangka sudah seharian berada dalam pesawat. 3.00am: Saya terima sms dari C.su. Katanya dia sudah sampai. Tak susah untuk kami berjumpa. Saya tinggalkan barang-barang saya dekat dengan kereta C.su dan saya ke surau untuk solat. Surau penuh dengan jemaah tabligh sedang tidur. Lampu pula ditutup. Gelap. Mujur ada antara mereka yang sedang tahajjud. Saya

Terkandas di Stansted

24 Ogos 2009 12.00am: Ada dua pintu yang perlu kami lepasi sebelum kami tiba ke Gate 16. Untuk kedua-duanya kami perlu menunggu agak lama dengan suasana yang sangat bosan. Kedai-kedai bebas cukai semuanya sudah tutup. Yang menemani kami cumalah bangku yang kebetulan selesa. 12.30am: Kami melepasi pintu pertama. Kemudian tidur di bangku yang tersedia. 1.00am: Melepasi pintu kedua. Dari pintu ini, kami perlu menaiki tram menuju ke Gate 16. Kami antara yang terawal, namun memilih untuk baring di atas lantai. Bersih. Tak ada masalah. Berkarpet pula. Tiba-tiba kami diberitahu pesawat kami ditangguhkan penerbangannya hingga ke waktu yang diberitahu. Aduh. Macam mana nak beritahu K.wa di Malaysia? Kredit sudah habis. Nak telefon K.nor pun, waktu sudah larut malam. Rupa-rupanya pesawat rosak. Perlu dibaiki dengan segera. Semua penumpang menunggu dengan gelisah. Saya hanya bersahur dengan air liur. Sandwich sudah awal-awal lagi habis. Air pun tak ada. 3.50am: Berpandukan jadual sol

Lapangan Terbang Stansted

23 Ogos 2009 Destinasi pertama saya ialah Milton. Di sana saya perlu tukar bas untuk ke Stansted. Dengan kredit yang sudah habis, saya tak ada pilihan lain melainkan menghadapi apa yang akan berlaku dengan tenang. 4.50pm: Tiba di Milton. Saya mengambil sudut yang jauh dari orang lain. Di sana saya isi masa dengan membaca Al-Quran. Ada seorang pegawai stesen yang kelihatan berminat dengan saya. Saya agak bimbang kerana saya khuatir kalau-kalau saya ada buat sebarang kesalahan. Rupa-rupanya dia berasal dari Sanaa, Yaman. Sudah bertahun-tahun tinggal di UK. Saya katakan padanya yang saya pernah ke Yaman selama tiga bulan dan saya belajar di Al-Azhar, Mesir. Dia kelihatan teruja. Baru saja kami mesra, bas datang. 7.10pm: Hanya tinggal empat penumpang dalam bas yang ingin ke Stansted. Pemandu bas kata, dia terpaksa teroka jalan baru kerana ada jalan yang ditutup. Maka, kami 20 minit terlewat dari jadual sebenar. Mukanya ganas, tapi sangat bersopan. Saya berlegar sekitar lapangan te

Meninggalkan Leeds

22 Ogos 2009 2.30am: Saya terjaga dan solat serta sahur. 3.45am: Masa untuk Solat Subuh. Kemudia tidur kembali. 8.30am: Saya isi pagi ini dengan melayari Internet. Hari ini hari terakhir saya di Leeds. Maka saya bercadang untuk keluar membeli cenderahati untuk dibawa pulang. K.nor cadangkan supaya saya cuba pergi dan balik sendirian. Cadangan yang menarik. 12.00pm: Kebetulan ada barang yang A.tohir ingin beli, maka kami turun ke bandar bersama-sama dengan Ifah. Pergi dengan bas dua tingkat. Di hentian bas ada tertulis bas akan tiba berapa minit lagi. Sistem yang sangat membantu mengurangkan tekanan menunggu. Di bandar, kami pusing beberapa kedai. Saya sudah dapatkan apa yang saya inginkan. Cadangan asal saya nak pulang sendirian manakala A.tohir dan Ifah pulang dahulu. Tapi, akhirnya badan terasa penat, kami pulang bersama-sama. 3.30pm: Kami tiba di rumah dan berehat di depan TV. 8.20pm: Tiba waktu berbuka. Selesai solat, saya pun tidur. 23 Ogos 2009 2.00am: Saya

Ramadhan dan Jumaat di Leeds

21 Ogos 2009 Saya berterawih, bersahur dan Solat Subuh, kemudian tidur. 9.00am: Bangun dari tidur saya layari Internet dan bersiap untuk Solat Jumaat. Pada mulanya saya dan A.tohir bercadang untuk berjalan. Menurut K.nor agak jauh. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Kami batalkan hasrat untuk berjalan. Dengan kereta, A.tohir letakkan kereta berhampiran tempat dia belajar dan kami berjalan meredah hujan renyai-renyai ke masjid. Seketika kami berhenti kerana hujan agak lebat. Masuk ke masjid, khutbah sudah dimulakan. Sangka saya khutbah dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dalam Bahasa Arab. Bahasa yang khatib gunakan sangat lancar dan mudah difahami. Mengikut gaya khutbah, saya menjangkakan khatib dari Mesir, tapi bahasa yang digunakan sangat baku membuatkan saya sangsi dengan tanggapan pertama saya. Khatib menjelaskan perihal Ramadhan. Kebetulan hari pertama Ramadhan di Leeds ini hari Jumaat. Jemaah diingatkan tentang kelebihan Ramadhan dan ibadah yang disarankan diamalkan da

Membeli-belah di Leeds

19 Ogos 2009 4.40am: Bangun dari tidur, Solat Subuh, kemudian melayari Internet. Tak lama selepas itu, menonton TV. K.nor sediakan sarapan. Nasi lemak sambal bilis. Lama benar tak merasa nasi lemak sesedap ini. 11.00am: Kami semua ke Morley dengan menaiki kereta. Pemanduan dibantu dengan satellite navigation yang lebih dikenali di sini dengan panggilan Tom Tom. Peta dipaparkan dan dibantu dengan arahan audio. Tiba di Morley, kami dikelilingi premis yang menjual pelbagai barang terpakai. Hasil jualan akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang menaungi premis tersebut. Ada organisasi untuk jantung, orang tua, kanak-kanak autism dll. Barang-barang dijual dengan harga yang murah kerana semuanya didermakan orang ramai. 2.30pm: Kami pulang dengan barang-barang yang dibeli. Untuk diri sendiri dan juga sebagai hadiah buat sanak saudara di Malaysia. Tiba di rumah, kami berehat dan K.nor sediakan nasi ayam. Saya makan dengan berselera. Maklumlah, nasi ayam beras basmati. Tak jumpa di

Berehat di Leeds

17 Ogos 2009 Saya merayau-rayau di stesen bas. A.tohir kata dia dalam perjalanan. Saya duduk. Tak ramai orang di stesen. Sunyi. Saya mencari-cari wajah yang saya kenali. Tiba-tiba, bila saya berpaling ke kanan, saya ternampak A.tohir sedang menghampiri. Alhamdulillah! Kami menuju ke kereta. Kelihatan K.nor tersenyum dari dalam kereta. Masuk saja dalam kereta, ada Ifah dan Ateef. Tapi Ateef sedang tidur. Kami terus menuju ke rumah K.nor. 8.30pm: Jarak antara stesen bas dan rumah tak begitu jauh. Saya tiba di rumah K.nor dan rehatkan diri. Saya dijamu dengan sup ketam dan ayam goreng. Selesai makan, saya lepaskan geram dan rindu kepada anak-anak K.nor. Ternyata mereka sangat gembira sehingga penat saya melayan mereka. Penat tapi puas. Malam semakin tua. Budak-budak sudah tertidur. Mata saya pun mula mengantuk. Cadangnya nak sembang dengan K.nor bila budak-budak sudah tidur, tapi masing-masing sudah mengantuk. Esok perlu bangun awal untuk Subuh. Subuh di sini awal. Pukul 3.30

Disoal siasat

17 Ogos 2009 5.00am: Telefon saya berbunyi. Sengaja saya tetapkan penggera supaya saya tidak terlewat. Saya bergegas ke surau untuk solat. Saya tak boleh lengah-lengah. Kemudian saya beratur untuk check-in. Pegawai datang dan tanyakan tentang visa. Saya nyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk UK kerana ada perjanjian antara dua negara. Dia seperti kurang yakin. Katanya, ada sebuah negara di Asia yang sebelum ini tidak perlukan visa ke UK tetapi selepas Ogos ini, rakyat negara ini perlukan visa. Saya tersenyum kelat. Malaysiakah itu? "As far as I know, I don't need visa to enter UK," saya beri penegasan. "I'll check." Dia menuju ke arah rakannya dengan pasport saya. Mungkin kepada pegawai yang lebih tinggi pangkatnya. Sememangnya saya sudah diberi peringatan bahawa urusan untuk masuk ke UK agak sukar. Saya mendekati mereka. Pegawai yang lain datang. Bahasa Inggerisnya bagus. Bahkan paling bagus di kalangan orang Turki

Selat Bosporus

16 Ogos 2009 5.40am: Saya bangun agak lewat pagi ini. Mungkin kepenatan setelah seharian berjalan semalam. Selesai solat saya layari Internet untuk elakkan diri dari tidur semula. Banyak juga yang perlu saya catatkan dalam blog. Kawan saya cadangkan saya meredah Selat Bosporus. Cadangan yang baik. Ia akan memakan masa selama enam jam. Saya pasti pemandangan yang indah sedang menanti. 8.40am: Saya bertolak dari rumah agak awal. Tapi terpaksa menunggu agak lama di hentian bas. Saya menunggu bas 43r yang membawa saya dari Rumeli Hisarustu ke Kabatasy. Bas agak lengang. Dari Kabatasy saya naik tram ke Eminonu yang telah saya ziarahi semalam. Tempat adanya Spice Bazar. Sampai sahaja di Eminonu, saya melintas jalan melalui laluan bawah tanah dan menuju ke jeti dan beli tiket feri pergi-balik. TL20 (RM40). Berpinar sekejap mata melihat harga yang terpapar. Sebabnya, dalam buku panduan yang tertulis ialah TL7.50 (RM15). Dua kali ganda lebih. Oleh kerana saya tiada rancangan lain, say

Pasar seni di Eminonu

14 Ogos 2009 9.40pm: Akhirnya saya bertemu dengan kawan saya. Kami terus menuju ke Rumeli Hisarustu, kawasan di mana dia tinggal. Tiba di Rumeli Hisarustu, kami singgah di pasar raya dan beli susu, pisang dan air mineral. Sebelum ke rumah, kami singgah di kedai makan dan menikmati sup yang sangat sedap. 11.00pm: Kami tiba di apartment. Dia akan tinggalkan saya sendirian di biliknya. Dia sendiri akan tidur di rumah kawannya, tiga minit dari situ. Dia tunjukkan bilik air dan dapur agar saya selesa untuk bergerak dalam rumah tersebut. Sebetulnya dia tinggal dengan beberapa orang yang lain, namun kebetulan semua keluar. Dia nasihatkan saya agar berehat kerana perjalanan saya sangat jauh. Dia keluar dan saya basuh pakaian saya sebelum tidur. Sempat juga melayari Internet. 15 Ogos 2009 4.30am: Saya bangun untuk Solat Subuh. Tak lama kemudian saya terdengar laungan azan. Saya solat sekali lagi kerana menyangka solat saya yang sebelum ini tidak sah kerana belum masuk waktu. Rupa-rup